@ Petua elak kena kuning/jaundice

Thursday, June 28, 2012

Banyak petua yang kita selalu dengar untuk baikkan penyakit kuning/jaundice ni. Antaranya:
  • Minum susu kambing
  • Jemur kat matahari pagi (ada dr kata boleh ada yang tak)
  • Minum air perahan sengkuang cina
  • Elak barang berwarna kuning
  • Ibu tak boleh makan halia
  • Letak daun buah sukun bawah baby punya tempat tidur
dan banyak lagi...

Baru-baru ni dapat petua baru. Tapi ni more too mencegah. Kira kena amalkan semasa mengandung. Ada 2-3 orang yang memang amalkan dan alhamdullilah anak mereka takde kuning. Petuanya ialah minum air kelapa setiap hari semasa mengandung - amalkan di hujung kehamilan.

Tetiba terliur la org tgh pantang ni tgk. Huhu.

Ibu minum juga air kelapa tapi seminggu sekali je (time g pasar malam). Itu pun sebab nak baby kulit bersih. Alhamdullilah dua-dua Ammar dan Amani lahir kulit bersih - kira tak mengelupas. Jadi pada yang tengah mengandung bolehla cuba ye. :)

@ Cerita-cerite

Wednesday, June 27, 2012

Masih dalam mood berpantang so mood menulis kurang sikit. Lagipun 'nurse' kat rumah tak bagi mengadap laptop lama-lama. Wifi takdela pula kalau tak leh update guna hp je. Huhu. Cerita terkini?

Cerita Ibu
Belum sempat nak cerita pasal pengalaman bersalin normal. Tapi kesimpulannya tak semudah disangka (yang lepas seminggu dah sihat boleh jalan la la la). Sampai hari ni masih berjalan ala-ala kepit sebab masa beranak tu koyakannya panjang hingga ke hujung b#####. Kenapa koyakannya panjang -sebab Amani agak besar berbanding Ibunya ni. Huhu. Hari-hari berdoa semoga cepat baik - susah nak susukan Amani bila nak duduk pun senget benget.

Cerita Ammar
Ammar sekarang demam. Penangan kena pergi sekolah 2-3 hari. Ammar baik tak kacau Amani cuma kesian la sebab die nak perhatian. Ibu pun tak boleh layan sangat sebab sakit belum baik. Tok Abah dan Mak Su jelah melayan Ammar kat sini. Ni gambar Ammar pergi sekolah hari tu. Pagi pergi ceria-kang pukul 10 melalak nak balik. Haihhh.

Cerita Amani
Dah pandai demand nak suh dukung bagai. Menangis pun dah volume tinggi. Tapi so far oklah cuma suka berjaga malam tu yang tak berapa tahan. Takpelah yang penting sihat.


P.s: Tak sabar tunggu Ayah datang Khamis ni. :)

@ 4 kg

Tuesday, June 26, 2012

Hari ni hari ke 21. Amani dah 4kg. Patut senget Ibu dukung Amani. Sekarang ni Ibu dah ala-ala zombie. Malam dari pukul 1 sampai pukul 5 pagi Amani berjaga. Siang dia tido. Terpaksala la Ibu ikut. Huhu.

@ Senarai susu dan kandungan gula

Wednesday, June 20, 2012

Sudah banyak entri Ibu tulis berkenaan dengan kandungan gula dalam susu formula seperti:



Mungkin ramai ingat ini hanya sekadar strategi pemasaran. Oh sememangnya anda salah. Kali ni Ibu akan bagi fakta pula. Sebelum ni Ibu dah nyatakan, setakat ini, hanya satu sahaja jenama susu formula yang betul-betul tiada gula. Selepas penyebaran maklumat tersebut, kebanyakan jenama lain juga menyatakan yang susu mereka juga “no sucrose” atau “no added sugar”.

Walaubagaimanapun, dakwaan ini mengelirukan kerana mereka hanya fokus pada satu jenis gula tambahan iaitu sucrose tanpa mengambil kira gula tambahan yang lain seperti  glucose syrup solids, corn syrup solids, dextrin, maltodextrin – rujuk  Gula dan karbohidrat.

Ini terbukti melalui satu kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik Universiti Sydney berkenaan Glycemic Load (GL) dalam growing up milk powder (GUMP) di Malaysia (1). Penyelidik ini mengkaji GL dalam GUMP yang berbeza dengan gula tambahan yang berlainan. Apa yang mengejutkan - kajian ini mendapati kandungan gula dalam GUMP di Malaysia terlalu tinggi (1;2).

Oh mesti korang tertanya-tanya, apa itu GL?

GL is the measure of changes to the sugar level in the bloodstream of a child after drinking a glass of growing up milk.

Kandungan GL yang tinggi  dalam susu formula bermaksud wujudnya banyak gula tambahan dalam susu formula manakala kandungan GL yang rendah bermaksud tiada atau rendah kandungan gula tambahan. Ini bermaksud sekiranya GL rendah makanya lebih bagus untuk anak kita. Mari kita tengok keputusan kajian ke atas GUMP di Malaysia (3):


Berdasarkan graf di atas kita dapati yang kebanyakan GUMP mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini dapat diringkaskan seperti berikut:


Jenama yang “tiada gula tambahan” mempunyai GL ~2.6. Ini lebih kurang sama dengan susu natural yang asal. GL yang rendah menunjukkan yang ia memang tiada gula tambahan dan baik untuk kanan-kanak. Kandungan gula tambahan yang tinggi akan meningkatkan risiko penyakit kritikal kepada kanak-kanak.

Kajian di atas membuktikan hanya satu jenama yang betul-betul tiada gula tambahan. Jenama lain dilihat mempunyai kadar GL yang agak tinggi dan mengelirukan pengguna dengan dakwaan sebelum ni. Fakta sudah ada maka terserah pada anda untuk buat pilihan terbaik untuk anak anda. Tepuk dada tanya selera.

Rujukan

(1)    Stirling, E. Get the Scoop with Emma Stirling. The scoop on GUMPs. 1 April 2012. http://ginews.blogspot.com/2012/04/get-scoop-with-emma-stirling.html

(2)     Brand-Miller J, Atkinson F, et al. Excessive added sugars in children’s milk products; hidden risks for health. Proceeding of the Nutrition Society of Australia, 2011, 35:41. http://www.amj.net.au/index.php?journal=AMJ&page=article&op=viewFile&path%5B%5D=1153&path%5B%5D=880

(3)    Brand-Miller J . 7 GUMPs GI and GL results. 1 April 2012. http://ginews.blogspot.com/2012/04/gi-update.html

@ Balik Berpantang

Alhamdullilah dah 5 hari balik berpantang di Kedah. Kuning Amani dah ok. Cuma Ibu je belum berapa sihat sebab jahitan di bawah belum ok. Huhu. Nantilah bila ada masa akan Ibu ceritakan pengalaman bersalin normal kali ni. Memang lain pengalamannya. Buat masa ni tengok gambar Amani selepas cukur dulu ye.



@ Penjagaan tangan dari kuman seharian

Saturday, June 16, 2012

Sebagai Ibu bapa kita harus selalu peka dengan kehadiran kuman di sekeliling anak kita.  Kuman tidak dapat dilihat tetapi ia berada di mana-mana, tidak hanya di kerusi tandas dan tong sampah. Kuman juga terdapat di tempat-tempat ini:

  • Alat kawalan jauh TV: Ia dipenuhi dengan kuman terutamanya jika anda sering menikmati snek di depan TV sambil menukar saluran TV ketika demam. Jangan lupa membersihkan alat kawalan jauh TV dan tangan anda semasa menonton rancangan kegemaran anda.
  • Telefon: Tempat paling sesuai untuk kuman berpindah dengan mudah dari mulut ke tangan anda dan sebaliknya. Jangan lupa untuk menyahjangkit telefon dan telefon bimbit anda dengan kerap.
  • Butang: Kita menyentuh butang setiap hari samada dalam lif, mesin layan diri / ATM / pembayaran auto, permainan arked .... semuanya tempat pengumpulan kuman dan bakteria. 
  • Troli membeli-belah: Disini kuman bergerak dengan mudah antara tangan, makanan dan muka. Jaga kebersihan diri anda dengan mengesat kuman dengan tisu Kleenex®.
  • Eskalator: Tempat berpegang sentiasa disentuh oleh ramai orang yang membawa kuman dan bakteria. Pertahankan diri anda secara berkesan dengan tisu Kleenex®. 
  • Papan kekunci komputer: Tangan yang kotor dan cebisan makanan yang jatuh di celah kekunci menjadikan papan kekunci anda sarang kuman.
  • Wang: Wang kertas dan duit syiling telah melalui pelbagai tempat kotor sebelum ia sampai kepada anda. Kesat tangan anda (selepas memegang wang) terutamanya sebelum makan dengan tangan atau sebelum menyentuh mana-mana bahagian muka anda.

Jadi macam mana nak buat? Kita haruslah sentiasa membawa tisu basah untuk cuci tangan anak kita pada bila-bila masa. Kleenex® telah memperkenalkan Tisu Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex®.  Ia boleh didapati dalam pek kecil dan mudah dibawa di mana seisi keluarga dapat menggunakan dan menghargainya. Simpankannya dalam beg, tempat simpanan sarung tangan dan laci pejabat untuk mengingatkan diri bahawa kita harus membersihkan tangan sebelum makan dan minum, selepas bermain atau memegang haiwan kesayangan, waktu rehat, selepas batuk atau bersin dan lain-lain situasi di dalam dan luar rumah.


Tisu Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® berkesan dalam membenteras 99.9% kuman tapi masih lembut untuk kulit anda. Tisu yang bebas alkohol, juga diperkaya dengan Mentega Shea, Aloe Vera semulajadi dan Vitamin E membantu menyuburkan kulit selain membersihkannya! Ia juga disahkan oleh pakar dermatologi selamat untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Ia tidak meninggalkan rasa kekeringan, tidak melekit atau meninggalkan keladak bersabun dan tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan. Selain itu, tekstur unik dan permukaan kapasnya yang lembut memastikan kulit dibersihkan secara lembut keseluruhannya.

Tisu Lembab Pembersih Tangan Nyahkuman Kleenex® bertemakan Disney (dalam bungkusan tiga pek) berharga RM6.90. Hanya didapati untuk masa terhad, Kleenex® juga memberikan buku aktiviti dan botol minuman kanak-kanak yang menarik untuk setiap pembelian.



Gunakan tisu pembersih tangan nyahkuman Kleenex® Setiap Hari untuk Membenteras Kuman Degil!


Nak cuci tangan Ibu!!

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang produk dan cara mengekalkan kebersihan tangan kita, sertai perbincangan dan aktiviti  menarik dan jadilah peminat pergerakan perkongsian Kleenex  Malaysia di http://www.facebook.com/Kleenex.Malaysia, atau hubungi  Talian Khidmat Pengguna Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari bekerja dari 9 pagi ke 5 petang. 

@ Semoga cepat baik sayang

Monday, June 11, 2012



Amani kena kuning. Kena admitted semalam. Semoga cepat baik dan lekas keluar dari hospital.

Posted via Blogaway

@ Diaper cake untuk Amani

Saturday, June 9, 2012



Thank you  Nets Baby Cake. Comel sangat. 

Posted via Blogaway

@ Buku Panduan Berpantang

Friday, June 8, 2012



Ilmu yang perlu ada bagi bakal ibu, bakal ibu yang nak jaga anak/menantu dalam pantang dan bakal bapa yang nak kena jaga isteri dalam pantang.



Antara kandungan buku:
A) Pantang Larang ketika Berpantang
B) Rawatan-Rawatan Dalam Pantang
C) Jadual Waktu Berpantang
D) Panduan Pemakanan Sihat Untuk Ibu Dalam Pantang
E) Cara Pemakanan Untuk Ibu Berpantang
F) Jenis Lauk Pantang
G) Resepi Ratu Hati
H) Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang
I) Akibat Melanggar Pantang
J) Senarai Barang dan Bahan Dalam Berpantang

Hanya RM18 including postage

Berminat boleh dapatkan di FB Siti Aishah Confinement

@Alhamdullilah

Thursday, June 7, 2012



Alhamdullilah. Baby nur amani telah selamat dilahirkan pada 3.03, 6 /6/ 2012 dengan berat 3.5 kg di pmc sg buluh. Dilahirkan secara normal walaupun dengan banyak dugaan. Nanti ibu cerita lagi. Br balik rumah dan jumpa hdset ni.

Posted via Blogaway

@ Quilt Baby Yang Cantik

Ingat tak Ibu dok cari baby bedding set? Akhirnya jumpa juga yang sudi jahitkan untuk Ibu. Terima kasih Intan Payong Handmade. Paling best kat Intan Payong Handmade ni ialah die siap ada set quilt untuk travel. Senang nak dibawa ke mana-mana.

Set travel quilt
Pelbagai pilihan
Set quilt dan bantal untuk girl
Set quilt dan bantal untuk boy

Banyak lagi pilihan - boleh jengah Intan Payong Handmade ye :)

@ Doa Mudahkan Bersalin

Wednesday, June 6, 2012


Selain bacaan surah Maryam dan surah Yassin, ini antara doa yang diamalkan:

1. Doa Nabi Yunus


2. Doa dari surah an-nahl. Klik gambar untuk tgk besar -



Semoga dipermudahkan kita bersalin. Amin.

@ Debaran

Tuesday, June 5, 2012

Malam ni ada check up dengan Dr. Lepas tu baru decide macam mana. Doakanlah ye. Semoga dipermudahkan semuanya. Sangat berdebar ni.



@ Pemenang Hadiah Misteri


Ingat tak lagi entri tanya pasal set bersalin? Ibu ada cakap pasal hadiah misteri. Ala hadiah kecil je pun saje memeriahkan suasana. Hadiahnya ialah RM10 kepada seorang pemenang. Nak pos-pos macam tak sempat je so bagi cash jelah senang leh transfer. Maaflah tak banyak. Lain kali kita buat lagi dan upkan skit ye. Heh. Pemenang dipilih guna Random.org dan pemenangnya ialah


P.s: Nanti email Yana eh Kinna
P.s.s: Tq pada yang sudi kongsi pengalaman ye

@ 39 weeks check up

Monday, June 4, 2012

Semalam pergi check up. Sedar tak sedar dah 39 minggu. Huhu, Memang berdebar. Baby pula masih sedap dok dalam perut. Tiada tanda lagi. So far check alhamdullilah. Semua normal. Tapi Dr. ada bagitau, kalau takde tanda juga minggu ni ada can kena induce. Alamak - debar nak try normal belum hilang - ni tambah debar nak kena induce pula.

Ibu dah mula minum air selusuh dan minyak tanak. Juga amalkan doa-doa mudah bersalin seperti surah Maryam dan doa nabi Yunus. Bila baca pengalaman bersalin di blog dan forum. Macam-macam ceritanya. Ada yang sejam lebih je dah bersalin, ada juga sampai dua hari. Huhu. Rezeki masing-masing.

Jadi sekarang Ibu hanya boleh doakan semoga semuanya dipermudahkan. Ibu pun dah tak sabar tunggu baby keluar. Ammar pun cakap die tak tahan tunggu baby nak keluar dari perut ibu, lama sangat. Yelah, kalau Ammar dulu, time ni dah buat kenduri akikah - Ammar kan keluar 37 weeks. Takpelah, Ibu sabar menanti. Korang pun doakan sama ye, semoga dipermudahkan ibu bersalin. :)


@ 5 Tahun Sudah

1 Jun lepas genap 5 tahun Ibu dan Ayah melayari bahtera (eceh). Alhamdullilah pahit manis kami lalui bersama. Dengan Ammar sebagai pengikat kasih, hubungan kami semakin utuh. Semoga Allah berkati hubungan kami hingga ke akhir hayat.




Gambar kenangan 5 Tahun lalu

Gambar terkini dengan Ammar dan baby dalam perut.


Nota penting: Sila jangan bandingkan ganbar Ibu dulu dan sekarang ye :P

@ Takde Rezeki Tengok Wayang Free Lagi :(

Friday, June 1, 2012


Sepatutnya Ibu ada event kat Gardens petang ni. Ada makan-makan, ada shoulder massage, ada tengok wayang - cerita best pula tu - what to expect when you're expecting.



Tapi nak buat macam mana - takde rezeki. Ibu contact agentnya sebab kena bawa Ammar sekali - yelah mana pula nak tinggal Ammar - event tu sampai kul 11 malam. Sekali die kata budak-budak tak dibenarkan. Takpelah next time jelah ye. Takde rezeki nak ke sana :(.


@ Mother & Baby Expo 2012 @ PWTC

Ada sesiapa pergi? - Kot-kot dekat ofis - kasi la review sikit. Boleh ajak Ayah pergi. Takut tak best nanti tak berbaloi pulak. Huhu. Dahla tengah sarat sesangat - bak kata Ayah kang terbersalin kat situ pula :P.


Mother & Baby Expo 2012
1st June 2012 - 3rd June 2012
11.00 am - 9.00pm
Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop