@ Petua elak kena kuning/jaundice

Thursday, June 28, 2012

Banyak petua yang kita selalu dengar untuk baikkan penyakit kuning/jaundice ni. Antaranya:
  • Minum susu kambing
  • Jemur kat matahari pagi (ada dr kata boleh ada yang tak)
  • Minum air perahan sengkuang cina
  • Elak barang berwarna kuning
  • Ibu tak boleh makan halia
  • Letak daun buah sukun bawah baby punya tempat tidur
dan banyak lagi...

Baru-baru ni dapat petua baru. Tapi ni more too mencegah. Kira kena amalkan semasa mengandung. Ada 2-3 orang yang memang amalkan dan alhamdullilah anak mereka takde kuning. Petuanya ialah minum air kelapa setiap hari semasa mengandung - amalkan di hujung kehamilan.

Tetiba terliur la org tgh pantang ni tgk. Huhu.

Ibu minum juga air kelapa tapi seminggu sekali je (time g pasar malam). Itu pun sebab nak baby kulit bersih. Alhamdullilah dua-dua Ammar dan Amani lahir kulit bersih - kira tak mengelupas. Jadi pada yang tengah mengandung bolehla cuba ye. :)

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Anonymous said...

Hehe typo.. Air kepala...

eima said...

alhamdulillah utk aku berjaya

selain tu ape yg aku amal utk elakkan kuning adalah pantang mkn semua jenis benda berawet spt asam² jeruk2, byk kan jagung time mengandung

alhamdulillah dedua anak aku tak de kuning

transformed housewife said...

anak knur yg ketiga ni plg teruk kena kuning. masa hr kelima, kena masuk hospital 2 hr. skrg (hr ke18) pun masih ada lg sikit kuning tu.

Norlida said...

Lagi satu petua mkn bendi rebus mase pregnant... alhamdulillah anak 1st takde jaundise. Time anak kedua x sempat nak amalkan. Kene prolong jaundise smpi kene refer hospital. 5 minggu br ok doktor istilahkan sbg breasfeed jaundise tp tetap kene bf utk hilangkan jaundice

mommyosh said...

minum susu kambing skang tak digalakkan koz takut de pnyakit brucellosis..
petua lain, bg anak isap air anggur itam tu..mak nye jgn lak mkn hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop