@ Senarai susu dan kandungan gula

Wednesday, June 20, 2012

Sudah banyak entri Ibu tulis berkenaan dengan kandungan gula dalam susu formula seperti:



Mungkin ramai ingat ini hanya sekadar strategi pemasaran. Oh sememangnya anda salah. Kali ni Ibu akan bagi fakta pula. Sebelum ni Ibu dah nyatakan, setakat ini, hanya satu sahaja jenama susu formula yang betul-betul tiada gula. Selepas penyebaran maklumat tersebut, kebanyakan jenama lain juga menyatakan yang susu mereka juga “no sucrose” atau “no added sugar”.

Walaubagaimanapun, dakwaan ini mengelirukan kerana mereka hanya fokus pada satu jenis gula tambahan iaitu sucrose tanpa mengambil kira gula tambahan yang lain seperti  glucose syrup solids, corn syrup solids, dextrin, maltodextrin – rujuk  Gula dan karbohidrat.

Ini terbukti melalui satu kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik Universiti Sydney berkenaan Glycemic Load (GL) dalam growing up milk powder (GUMP) di Malaysia (1). Penyelidik ini mengkaji GL dalam GUMP yang berbeza dengan gula tambahan yang berlainan. Apa yang mengejutkan - kajian ini mendapati kandungan gula dalam GUMP di Malaysia terlalu tinggi (1;2).

Oh mesti korang tertanya-tanya, apa itu GL?

GL is the measure of changes to the sugar level in the bloodstream of a child after drinking a glass of growing up milk.

Kandungan GL yang tinggi  dalam susu formula bermaksud wujudnya banyak gula tambahan dalam susu formula manakala kandungan GL yang rendah bermaksud tiada atau rendah kandungan gula tambahan. Ini bermaksud sekiranya GL rendah makanya lebih bagus untuk anak kita. Mari kita tengok keputusan kajian ke atas GUMP di Malaysia (3):


Berdasarkan graf di atas kita dapati yang kebanyakan GUMP mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini dapat diringkaskan seperti berikut:


Jenama yang “tiada gula tambahan” mempunyai GL ~2.6. Ini lebih kurang sama dengan susu natural yang asal. GL yang rendah menunjukkan yang ia memang tiada gula tambahan dan baik untuk kanan-kanak. Kandungan gula tambahan yang tinggi akan meningkatkan risiko penyakit kritikal kepada kanak-kanak.

Kajian di atas membuktikan hanya satu jenama yang betul-betul tiada gula tambahan. Jenama lain dilihat mempunyai kadar GL yang agak tinggi dan mengelirukan pengguna dengan dakwaan sebelum ni. Fakta sudah ada maka terserah pada anda untuk buat pilihan terbaik untuk anak anda. Tepuk dada tanya selera.

Rujukan

(1)    Stirling, E. Get the Scoop with Emma Stirling. The scoop on GUMPs. 1 April 2012. http://ginews.blogspot.com/2012/04/get-scoop-with-emma-stirling.html

(2)     Brand-Miller J, Atkinson F, et al. Excessive added sugars in children’s milk products; hidden risks for health. Proceeding of the Nutrition Society of Australia, 2011, 35:41. http://www.amj.net.au/index.php?journal=AMJ&page=article&op=viewFile&path%5B%5D=1153&path%5B%5D=880

(3)    Brand-Miller J . 7 GUMPs GI and GL results. 1 April 2012. http://ginews.blogspot.com/2012/04/gi-update.html

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop