@ Kuih Keria Bulat-bulat

Tuesday, July 31, 2012

Semalam minta ayah belikan ubi kentang. Sekali salah faham ayah belikah ubi keledek putih. Ingat nak goreng je tapi teringat pula kuih keria. Macam sedap je makan kuih keria panas-panas.

So rebus je ubi keledek dan garam secubit. Lenyek dan gaul dengan tepung gandum. Pastu uli je. Sebab kekangan masa - gentel je bulat2. Cepat sikit siap.


Lenyek dan campur dengan tepung gandum


Gentel bulat-bulat tapi comel-comel. Sekali masuk mulut je.


Goreng di kala dekat berbuka


Siap. Yummy. Kuih keria bersalut gula. Time panas memang boleh habis sepinggan. Heh.

@ Lega


Setelah mengodek2 blog akhirnya berjaya hilangkan malware. Alhamdullilah. Tapi bloglist Ibu terkorban dalam perjuangan itu. Harap korang boleh tinggalkan link balik ye. Nak kena buat bloglist baru. Jangan tinggal link kat sini. Tinggal kat exchance link atas tu. Kepada sesiapa yang memang dah ada tinggalkan link sebelum ni tak perlu tinggal sekali lagi. Ibu akan add balik semua dari mula. Siapa yang tiada harap sudi tinggalkan ye. Tq dear





Tinggalkan link anda di sini

@ Photo Magnet - RM28 je

Monday, July 30, 2012

Ingat tak Ibu pernah buat photo magnet?




Sekarang ada lagi tawaran - ada lagi 6 jam kalau nak beli photo magnet ni. Sempat lagi. Klik sini kalau berminat.


 

@ Check kerja ibu?



Ammar tengok ibu punya draft thesis. Biasa sv check memang akan betulkan grammar dan ayat. Bila ammar tanya, ibu bgtau cikgu yang check kerja ibu.

Tiba- tiba semalam ammar datang pada ibu dan hulurkan suratkhabar. Kata ammar- . Ni ibu. Kerja ibu abang dah check. Abang penat ni buat kerja.

Tergelak tengok 'keje' ammar. Bolehla  jadi lecturer besar nanti.

Posted via Blogaway

@ Tak tahan

Friday, July 27, 2012



Dulu masa takde Amani, Ibu boleh tengok je skirt-skirt comel berlari-lari di wall FB. Telan air liur jelah. Kadang-kadang geram sangat beli juga untuk hadiah sedara ke kawan ke.

Tapi sejak ada Amani - duit pula berlari-lari mengejar skirt-skirt comel tu. Heh. Memang geram. Ada je terpampang kat wall FB tu. Tulah sekarang ni tak payah nak keluar shopping. Semua ada. At least dulu kalau nak baru cari. Sekarang ni barang pula cari tuan. Ada je kat wall tu ha. Sekali tengok boleh tahan. 4-5 kali tengok memang tak tahan. Hehe.







Ha cantik-cantik kan. Memang geram sangat. Ini ibu amik kat Marvelous Baby's. Kalau minat jemputlah jengok ye.

@ Sekadar Berkongsi

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Firman Allah yang bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. (Surah Al Ahzab Ayat 59) Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Imran bin Hushain ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

@ Shawls ARZU dan ala ARZU for sale!!

Thursday, July 26, 2012

Mari-mari beli tudung raya. Nak let go shawl Ibu. Semua BARU - tak pernah pakai. Ni kes pergi ramai-ramai pastu seronok membeli. Ada shawl ARZU yang memang beli di butik Arzu dan ada juga tudung ala Arzu. Ha ada pula tudung ala Arzu. Tudung ala Arzu ni sebijik macam tudung ARZU cuma tak dibeli di butik Arzu. Material dan design sama.

Selalu harga shawl Arzu kat butik RM200++. Tapi kali ni nak let go murah-murah je. Nak kosongkan almari (supaya boleh beli yang baru :P). Bukan apa sebab tak pakai baik jual kan - dah ada baby lagi malas nak melilit. :).


Sehelai RM69
Dua helai RM120

Memang berbaloi tau ni. Harga asal tak dapet de. Dah kira rega lelong.


Ini Shawl Patchwork. Sangat cantik. Harga asal dalam RM150. Material die cotton dan chiffon.



Patchwork Brown


Patchwork Grey - Sold


Patchwork Cream - Sold


Patchwork Dark Grey



Ini pula chiffon. Gambar atas contoh kawan Ibu punya. Yang kaler peach tu lain skit dalam cerah tapi luar gelap.


Chiffon peach - Sold



Chiffon Purple - Sold

Berminat? email babyibu at gmail dot com

@ Pulang

Wednesday, July 25, 2012

Ibu dah selamat tiba di Kota Damansara. Banyak benda kena settle. Nak kemas rumah dan unpack barang. Memang pening. Amani pula asik nak berkepit dengan Ibu. Nasib baik adik Ibu ikut sekali balik KD. Bolehla gilir-gilir jaga sementara nak kemas.

Satu lagi adalah problem dengan malware ni. Cara nak buang senang je patutnya - just buang link mamacakes apa tu. Tapi problemnya ialah Ibu tak jumpa link tu kat mana. Tak dapat nak buang. Huhu. Ada sesiapa boleh tolong? Buka HTML pun tak jumpa link yang ada malware tu.

Kalau ada sesiapa boleh tolong bagi tau eh. Tak sempat nak mengodek - limited time depan laptop. Supervisor pula dah emel minta kerja. Huhu. Insyaallah settle unpack dan hal malware - boleh berblog macam biasa dan bayar hutang pengalam bersalin dan pantang. Huhu.

@ Dua lagi baik dari satu

Tuesday, July 24, 2012

Dah tengok iklan Anmum Essential yang terbaru? Mestila dahkan. Bijak sungguh kanak-kanak sekarang ni. Yelah kadang-kadang kita tak sangka kanak-kanak mampu buat perkara sebegitu.



Teringat Ammar masa kecil. Ibu ada pasang pagar di bilik study. Yelah takut Ammar masuk panjat kerusi ke kotak nanti jatuh. Sekali ada satu hari, Ammar tolak baldi. Panjat baldi tu dan langkah pagar. Masa tu Ammar baru setahun. Kira baru dapat kaki. Tak sangka Ibu Ammar boleh fikir idea nak langkah pagar tu. Nasib baik Ibu ada tepi tu untuk pegang Ammar.


Sebab tulah, untuk membolehkan anak-anak kita memperolehi pertumbuhan dan fungsi otak yang optima, nutrien yang baik diperlukan. Sebelum ini ramai ingat kanak-kanak hanya perlukan DHA je. Kalau beli susu, cari yang ada kandungan DHA sahaja. Salah tu. Kanak-kanak juga perlukan nutrien lain seperti Gangliosides untuk perhubungan sel otak. Lagi banyak sel otak berhubung lagi cepat kanak-kanak belajar.

Inilah yang cuba diserapkan oleh formula terbaru Anmum Essential yang mengandungi gabungan DHA dan Gangliosides dalam formula yang unik. DHA membantu membina sel otak dan Gangliosides menghubungkan sel-sel otak itu. Gabungan kedua-dua nutrien ini memberikan hasil yang lebih optima dalam perkembangan otak anak kita.

Formula terbaru Anmum Essential sekarang mempunyai LEBIH DHA dan Gangliosides. Belum ada jenama susu formula yang lain yang menawarkan kelebihan berganda seperi Anmum Essential tau. Jadi apa tunggu lagi – buatlah pilihan bijak dengan Anmum Essential kerana bersama, sesuatu yang hebat boleh tercipta.



Untuk maklumat lanjut layari: www.anmum.com.my

@ Menanti

Thursday, July 19, 2012

Hari ni hari ke 44. Hari merdeka :P. Sekejap je rasa. Alhamdullilah badan semakin kuat. Nanti Ibu cerita pengalaman bersalin. Asyik bertangguh sebab Internet sangat lembab kat sini. Huhu.

Ni Tengah tunggu bidan. Bidan nak datang untuk mandi bunga dan tetap batu merian. Nak mandi bunga untuk naikkan balik seri. Hehe. Tapi sini hujan pula. Sejuk la nak mandi nanti. Huhu.




Minggu depan akan balik KL. So boleh kembali bersiaran dan settlekan isu malware (dengan harapan if amani tak asyik nak dukung je). Jadi tunggu ye - maybe juga akan lancarkan satu contest sempena nak raya ni. Tungguu!!!

@ Preview

Wednesday, July 18, 2012

@ Hijab by Poppin’ Hijab

Tuesday, July 17, 2012



Rasanya ramai dah mula membeli kelengkapan nak raya walaupun belum start puasa. Yelah bulan puasa mana larat nak mencari. Tak gitu? Bagi yang pakai tudung mesti mencari2 tudung yang match dengan baju. Tudung pula sekarang kan macam-macam jenis. Antara yang Ibu suka tengok tudungnya ialah Poppin' Hijab. Bolehla jengah FB Poppin' Hijab ye.

 
Poppi’ Hijab promises to thrill and lavish you with quality and variety from custom made hijabs. Beside's our ready stock custom-made hijabs, we can also take in special orders from beautiful yous. Price range is around RM10-RM30 depending on material used and accessories. Generally, price is inclusive of postage.







@ Ada sama?

Monday, July 16, 2012

Gambar Ammar dan Amani di umur sebulan. Ada sama?

@ Internet dan Malware

Friday, July 13, 2012

Lama tak update. Internet very very slow kat sini. Memang tahap nak check email pun berejam menunggu nak buka. huhu. Jadi Ibu pun rehat jelah menjalani pantang. Alhamdullilah semakin sihat walaupun masih sakit-sakit di bahagian tertentu. Belum sempat nak update pengalaman bersalin lagi. Kalau Internet ok nnati bolehla sebab nak upload gambor susah betul.

Oh ya ramai email Ibu pasal ada Malware kat blog. Dah perasan masa balik ke sini. Tapi tak dapat detect link tu di mana. Dalam bloglist takde. Nak godek html Internet teruk sangat takut nanti lain jadi. Minggu ni Ibu buka dari laptop dah takde. Korang buka blog babyibu ada Malware lagi tak?

@ Bubblegun

Tuesday, July 10, 2012

Berminat?
FB bawal collection

RM20 sahaja






@ Apam Telur Dinasour

Heh. Selalu apam polkodot. Tapi kali ni apam telur dinasour. Apa bezanya? Sama je cuma apam telur dinasour kaler dotnya lebih satu kaler. Heh.

Actually last week ada buat kenduri akikah sikit untuk Nur Amani. Gambar akikah belum ada - masih ada kat cameramen aka pak ngah opy. Ibu dan ayah langsung tak amik gambar guna hp - huhu. So kenala tunggu gambar dulu baru leh update cerita akikah.

Sempena kenduri, saje nak order gift. Dah lama teringin nak order apam ni. Tapi sayang boleh tgk jelah. Makan tak boleh. Huhu. Memang laku betul. Cepat habis apam yang dihidang (ladybird) dan juga gift (apam telur dinasour). Kata orang yang makan - memang sedap. Cantik pun cantik.

Terima kasih Qaseh Delight kerana sudi ambil order last minit ibu. Pinjam gambr ye - time kenduri tak sempat amik.


Ini dihidang. Saje tulis nama buat habuan amik gambo.

Apam telur dinasour dalam pack of 2

@ 30 hari

Friday, July 6, 2012

Mengira hari habis pantang. Getting better tapi belum betul-betul baik lagi. Insyaallah minggu depan Ibu cerita pengalaman bersalin. Minggu ni sibuk sikit ada benda kena submit. Ok mari cuci mata gambar Amani 30 hari - gambar ibunya tak payahla ye :P.




@ Koleksi Baju Nursing

Thursday, July 5, 2012

Masa Ammar dulu tak tahu sangat pasal baju nursing. Main pakai je apa ada. Kena beli singlet nursing takut 'seksi' masa menyusu. Tapi panas la pula berlapis-lapis. Kali ni dah pandai sikit. Dah beli baju nursing - untuk duduk di rumah. Kalau sekadar keluar dekat-dekat boleh sarung cardigan je. Senang.




Comel je kan? Ibu suka sangat.
Berminat - KLIK SINI

@ Free untuk sape ada baby bawah 3 bulan

Wednesday, July 4, 2012

Ibu dah register PetPet Easy Start Programme. Tadi baru pihak PetPet call untuk confirmation. Katanya nanti die akan poskan polisi insurans ke rumah. So sape yang ada baby masih di bawah 3 bulan boleh register. Senang je - klik link bawah ni, isi borang dan nanti die akan call rumah. Jom join!!


@ Tulis paper?

Tuesday, July 3, 2012

Baru baca email ada abstrak yang dihantar ke satu konferens diterima. Full paper nak hujung minggu ni. Aduh mampukah nak tulis. Ammar demam lagi. Nak mengadap laptop time pantang ni memang dugaan. Harap-harap sempat. Kalau tak sempat kena hantar tempat lain la. Huhu dugaan pelajar yang takde cuti pantang 3 bulan.

Google

@ Oh Pavlova

Monday, July 2, 2012

Tengah-tengah pantang ni boleh pula teringat Pavlova. Hmmm sedapnya. Masa mengandung dulu memang asyik makan Pavlova je. Beli kat kedai tak tau mana sedap - paling senang order je. Selalu Ibu order yang kecil. Memang sekali hadap je :P.
Nyum-nyum

Medium

Sedap kan. Ini boleh order terus di

Contact No: +6012-968 3738
Email: ahhanafiah@gmail.com

Ada saiz :
Small RM30
Medium RM55
Large RM100

 Delivery can be arranged too at a minimal cost!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop