@ getting better

Wednesday, August 29, 2012



Alhamdullillah

Posted via Blogaway

@ Kawasaki?

Tuesday, August 28, 2012



Amani disahkan dijangkiti demam kawasaki. Apa tu? Boleh google. Punca tak dapat dikenalpasti. Simpton? Deman berpanjangan, rashes, mulut jadi merah - ni simpton yg amani ada.

Pagi tadi dr scan jantung. Ada saluran darah bengkak so sah amani kena demam kawasaki. Sedih sangat ibu masa dr scan tu. Ayah pula takde. Sambil pangku amani sambil dengar explanation.

Ini dr dah mulakan treatment. Kesian sangat amani. Lemah je. Ya allah sembuhkanlah anakku. Tak sanggup tengok amani macam ni.

Posted via Blogaway

@ Admitted

Monday, August 27, 2012



Amani masuk wad hari ni. Ibu sangat susah hati. Dr  baru datang check. Keputusan darah pun belum keluar lagi. Harapnya hanya sekadar demam biasa. Semoga amani cepat sembuh sayang.

Posted via Blogaway

@ Penangan raya

Sunday, August 26, 2012



Sejak balik dari kampung sampai sekarang baby amani demam. Kesian sangat die. Doakan amani cepat baik ye auntie2 semua.

Posted via Blogaway

@ Gambar Raya 2012

Friday, August 24, 2012

Lamanya tak bersiaran. Biasalah sibuk di hari raya. Rasanya belum terlewat nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang sudi melayari BabyIbu ni. Di kesempatan ini juga nak memohon maaf andai ada salah dan silap yang BabyIbu lakukan.

Kali ni balik kampung di Kuala Pilah. Pertama kali beraya bersama baby Amani. Ini je gambar yang ada. Kami tak bawa balik kamera sebab kereta dah penuh :P. Tak cukup tangan dah nak usung kamera - kena usung Amani dan baby bag - heh rasa kekok sebab Ammar dah besar. Apa-apa pun harap semua gembira di hari raya. :)



@ oh cantiknya

Friday, August 17, 2012



Posted via Blogaway

@ JBoxing by Jovian Mandagie

Wednesday, August 15, 2012

Adeh teringin sangat rasanya nak pergi ke JBoxing Day by Jovian Mandagie. JM dah lancarkan koleksi yang bakal dijual esok. Memang cantik-cantk Ibu tengok.



Ibu teringin sangat nak baju bawah ni - Jenina. RM400. Warna dan designnya sangat cantik. ALahai.




Ada yang pergi? Teringin sangat nak pesan satu. Yelah Ibu pas habis pantang ni pun teringin la kan nak berjovian juga di hari raya ni. Huhu. Kat mana dan bila JBoxing ni?

FINAL BATCH JOVIAN RTW 2012
SHANGRI-LA KUALA LUMPUR
16 AUGUST 2012
8AM-7PM


Jemput serbu eh. Ops sebelum serbu sila ke page JM dulu. Boleh tengok design yang ada dan isi borang untuk elak kesesakan trafik - adoi saya jeles.

@ Rumahku

Tak tau pula Ammar dah pandai lukis rumah. Selalu main conteng je. Bangga Ibu -sebab Ibu masa umur ni belum pandai lukis cam gini - huhu.

@ RM50 untuk 5

Tuesday, August 14, 2012

Sempena promosi Fotografi Raya RM100 ni, ada lagi promosi terkini iaitu

RM50 untuk 5

Apa tu? Sekiranya anda rekemen 5 orang kawan untuk fotografi (yang confirm booking) - fotografi untuk anda hanya RM50 je. Ha bestkan. So apa lagi bolehla cari kawan ke kakak ke sepupu ke join sekali ambil gambar raya.


@ Nak join?

Monday, August 13, 2012

Sebelum raya akan diumumkan contest.

Apa kena buat? Apa hadiahnya? Tunggu.....


@ Nak Potret Raya? - RM100 sahaja

Sempena hari raya ni, Monolog Seni buat promosi istimewa hari raya. Fotografi Raya di rumah anda. Harga bermula serendah RM100. Tapi terhad kepada 50 orang sahaja. Kira sape cepat die dapat la. Nak buat gaya skema ke gaya bebas ke terpulang pada anda.

Sape Monolog Seni ni? Mereka dah terlibat lama dalam bidang fotografi ni - dah ambil gambar artis bagai - boleh tengok contoh gambar di SINI. Cuma sebelum ni jarang aktif secara penuh sebab dua-dua tengah amik master.

Siapa berminat boleh email terus untuk maklumat pakej fotografi. Tempoh promosi ni sampai habis syawal. Boleh contact terus untuk book time dengan Monolog Seni.

PROMOTION FOR RAYA FESTIVE: FAMILY POTRAITUREFor any inquiries or booking, please do not hesitate to contact us via:
mobile: 
Sofi Mohd | 019 200 2458
Faizah Mohd | 013 965 9655

email:
sofimohd.monologseni@gmail.com
faizahmohd.monologseni@gmail.com



Owh Ibu interpremm...

@ 15 tahun

Sunday, August 12, 2012

Dah 15 tahun berlalu. Dari semua anak dara 16 tahun sampailah sekarang - semua masih tampak sama je. Walau tak jumpa selalu tapi bila jumpa rasa dekat sangat. Friends forever - tiba2 teringat lagu viva forever, i'll be waiting, everlasting :) - haih teringat zaman sekolah dulu.

Gambar masa beriftar bersama

@ Jimat RM4 - TGV Cinema

Saturday, August 11, 2012

@ muntah

Friday, August 10, 2012



Dari malam tadi dah 10 kali muntah. Pagi ni cirit pula. Makan apa semua keluar balik. Skrg nak ke klinik. Kesian dah lembik anak sayang ibu ni.

Posted via Blogaway

@ Comelnya booties ini

Thursday, August 9, 2012

Ehem ini lepas gian namanya. Dulu nak sangat baby girl la katakan. Dah dapat mula la balas dendam beli barang kiut miut yang boy tak boleh pakai.

Dulu pernah juga beli stoking kait untuk Ammar. Kali ni beli untuk Amani pula. Siap beli topi dan headband lagi - dengan harapan nak cover rambut cacak amani tu :P. Meh cuci mata.



Macam flip flop gitu


Ni ayu skit

Haha geramnya

Ha comel-comel kan. Tak sabar nak pakaikan kat Amani. Kalau berminat nak order boleh tempah di sini. KLIK SINI. Happy shopping!!

@ Doa Anak Degil

Just nak share dr FB


kredit: fb kedaibukuonlinedotcom

@ Terima kasih bouncer

Wednesday, August 8, 2012



Terima kasih sebab kasi amani tidur lama dan ibu bolehla nak buat keje lain. Tanpa dikau mau pergi toilet pun susah. Huhu.

Bouncer fisher price. Beli murah dari kawan ibu kat uk. Second hand tapi condition tip top. Okla tu. Nak beli baru mahal betul. Tapi memang berbaloila. Ibu suka.

Posted via Blogaway

@ Sandal raya

Saper berminat.

Sandal Clarks. Saiz 10.5.

Harga - RM 90 je.

Berminat boleh email elywana@gmail.com







Cantik ni sayangnya Ammar dah ada satu. Kalau tak confirm Ibu amik.

@ Kuih raya dalam bekas cantik

Tuesday, August 7, 2012



Tak boleh blah kan tajuk. Heh. Baru dapat bekas kuih brand tupperware. Kebetulan dapat kuih raya yang ditempah.

Apa lagi semangat la isikan kuih. Silap2 ada can before raya dah habis. Huhu. Tahun ni tempah kuih semprit, sarang semut dan cornflake je. Buat? Huhu memang takde gaya.

Posted via Blogaway

@ Wajah Baru

Perasan tak BabyIbu dah berwajah baru. Tahun ni kan dah ada Amani so kenala tukar header baru. Alang-alang tu tukar sidebar sikit sebab dah bosan dengan yang lama. Harap korang suka.


Suka sangat gambar Amani :)

Tq Kak Emila tolong buatkan. Love your artworks very much.

@ oh jovian

Monday, August 6, 2012


Rupanya dah lama heboh pasal baju jovian ni. Ibu baru tahu. Dah termiss jualan kat zalora. Huhu. Bila tengok saiz dah takde.

Bajunya memang sangat cantik. Hai teringinnya nak satu - sambil telan air liur. Huhu.

Adeh tk lh upload gmbo plak. Klai tak tau google je jovian - mesti ada gmbr bjunya yg cun2 tu.

Posted via Blogaway

@ 2 months

Hari ni Amani genap 2 bulan. Sekejap je rasa. Dah pandai senyum dan nak berborak.


Rambut je tak turun2 lagi. Cacak je. :P

@ PARAM TTDI

Sunday, August 5, 2012

Apa tu PARAM? Ianya ialah Pasar Ramadhan. Tahun ni memang tak pergi lagi sebab Amani kan masih baby sangat. Rasa tak sesuai sangat nak pergi dengan asap-asap bagai tu.

Tapi semalam sampai juga. Niatnya bukanlah nak pergi PARAM, saja nak pergi butik Munawarah kat TTDI. Alang-alang pergila Param kat situ. Beli apa kat Munawarrah? Emm takde hasil sebab harga bajunya semuanya buat Ibu termenung. Huhu.

Kalau kat Param TTDI, selalu satu je yang kami confirm beli. Nasi beriani. Sangat sedap tau. Beratur juga la nak beli.


Inilah gerainya


Ibu beratur. Ayah jaga Amani

Pastu pusing seround and balik. Tak beli sangat pun lain - beli cempedak goreng je sebab teringin sangat. Tapi mahal gila la cempedak. Beli juga sebab bau die memanggil-manggil. Huhu.


Ammar beli apam balik. Ops bila tengok gambar ni rasa macam masih tembam. Haha. Err muat ke baju raya ni - Huhu.

@ Kasut Clarks Budak

Saturday, August 4, 2012

Last stock kasut clarks budak.. Saper berminat boleh email babyibu at gmail dot com

Clarks 1
RM100 sahaja

 Saiz 10 uk




Clarks 2

Saiz 10.5.
RM 90 je.

 




@ My beg raya

Friday, August 3, 2012



Beg raya ibu tahun ni diimport direct dr US. Memang murah je kalau beli di outlet di sana. Tq bestpren ibu tolong belikan. I loikee

Posted via Blogaway

@ Pantang setahun

Ini adalah pantang untuk setahun. Bukan pantang jumpa mau makan, tapi pantang tak boleh makan. Kalau ikut orang utara. Perkara yang perlu pantang makan sampai setahun ialah ais (erkkkk - bulan posa ni memang tercabar betul), mee (mee besar) dan laksa.

Terliur tengok laksa yang dihidang masa kenduri akikah amani :(

Masa Ammar memang setahun la tahan nafsu walaupun favourite Ibu ialah mee goreng. Bila jumpa mee goreng - mesti tengok dengan penuh perasaan. Huhu. Harap kali ni pun berjaya pantang setahun. Kenapa perlu pantang? kononnya tak nak kasi urat kembang sebab kalau mee dan laksa tu kan ada kapur. Hmm kita ikut jelah kan....

@ Penyelamat di kala kesakitan

Thursday, August 2, 2012

Masa beranak hari tu - jahitan ibu agak banyak (owh still hutang pengalaman bersalin - nanti ya sebab panjang entrinya - huhu). Jadi memang minggu-minggu awal sangat sakit bila nak duduk. Tersenget sana, tersenget sini.

Kemuadian, Ibu kan balik pantang Kedah. 6 jam tu nak duduk dalam kereta. Ngeri mula-mula bila fikir nak duduk lama. Sebab sakitnya rasa macam pisau hiris-hiris tu. Memang boleh nangis. Huhu.

Nasib baik kawan Ibu - Jue bagi pinjam ring cushion. Apa benda ring cushion? Ada panggil pelampung, ada panggil bantal donat - pendek kata ia adalah bantal bulat yang berlubang di tengahnya. Ibu pakai haritu brand Safe n Sound. Tak jumpa pula gambarnya. Tapi lebih kurang bawah nilah.



So bila duduk atas ring cushion ni takdelah sakit. Rasa selesa. Sampaila ke Kedah dengan selamat dan less pain. Alhamdullilah.

@ Bengkung

Masa pantang time Ammar Ibu tak bengkung. So bila lahirkan Amani baru sibuk cari bengkung. Mula-mula beli bengkung biasa RM40.


Memang sedap pakai tapi nak ikat memang bercinta. Agak susah nak pakai dan buka. Last-last ibu beli bengkung moden kat bengkungmoden.com.



Memang senang. Strap je. Memang berbaloi beli. Walau dah habis pantang ibu still pakai. Semoga perut kembali turun seperti asal. Chayokk!! Oh ya bengkung ni juga sesuai dipakai untur orang yang czer.

@ Hadiah Misteri

Wednesday, August 1, 2012

Mulai bulan ini (Ogos 2012), Ibu akan berikan hadiah misteri bernilai RM30 kepada Top Commentator atau Pengomen Terbanyak. Pemenang akan diumumkan pada 30hb setiap bulan.

Macam mana nak sertai? Tak perlu buat pape. Nanti widget ni akan kira komen yang ditinggalkan untuk 30 hari terakhir. Pada 30hb - pengomen terbanyak akan menang. Ibu dah install widget kat sidebar belah kanan.


Hadiah akan bertukar setiap bulan. Untuk bulan ni hadiahnya ialah FM London. Jadi jom mengomen!!! :)

@ Denda



Ammar dah semakin besar. Dah pandai nak tunjuk perasaan. Dah pandai nak berdolak dalik bila disuruh sesuatu. Dia pulak jenis sangat aktif. Memang penat la nak uruskan lebih-lebih bila dah ada baby.

Selalunya Ibu cuba cara psikologi - pujuk dia dan bagi sebab kenapa dia tak boleh buat sesuatu. Contohnya "Abang, janganla jerit-jerit, babykan tidur, masa Ammar baby, semua orang diam je, kesian baby nanti bangun dia nangis".

Kalau mood Ammar ok. Dia pun - ok Ibu abang quiet. Kalau mood tak baik dihentam menjerit juga. Begitu juga kalau nak kemas mainan. Sepuluh kali suruh baru nak buat. Terlompat sana sini. Hilang suara Ibu ni.















Ibu dah cuba elak dari nak pukul (bukanlah pukul just cubit sikit) - tapi kadang-kadang memang tak tahan. Tapi bila Ammar menangis, Ibu pun nak menangis. Kesian pula. Kecil lagi budak ni.


Selain tu, Ibu just buat denda macam kalau tak dengar cakap nanti no games, no tv. Tapi macam kurang berkesan sangat. Ada orang cakap, buat timeout. Minta anak duduk di suatu tempat untuk beberapa minit - untuk muhasabah diri. Hmm dah cuba tapi tak berjaya juga. Nak kurung dalam bilik takut nanti trauma pula budak tu. Huhu - sangat tak sesuai.

Ammar ni jens aktif, jadi lagi kita marah nak denda - lagi dia buat meraung ala-ala cerita ibu mertuaku. Abis kaki ibu dipeluk sambil cakap sori ibu abang tak buat lagi. Hmm Ibu mana sampai hati lagi nak marah. Huhu.

Korang pula disiplinkan anak korang macam mana? Share la sikit mana tau boleh dipraktiskan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop