@ Denda

Wednesday, August 1, 2012



Ammar dah semakin besar. Dah pandai nak tunjuk perasaan. Dah pandai nak berdolak dalik bila disuruh sesuatu. Dia pulak jenis sangat aktif. Memang penat la nak uruskan lebih-lebih bila dah ada baby.

Selalunya Ibu cuba cara psikologi - pujuk dia dan bagi sebab kenapa dia tak boleh buat sesuatu. Contohnya "Abang, janganla jerit-jerit, babykan tidur, masa Ammar baby, semua orang diam je, kesian baby nanti bangun dia nangis".

Kalau mood Ammar ok. Dia pun - ok Ibu abang quiet. Kalau mood tak baik dihentam menjerit juga. Begitu juga kalau nak kemas mainan. Sepuluh kali suruh baru nak buat. Terlompat sana sini. Hilang suara Ibu ni.















Ibu dah cuba elak dari nak pukul (bukanlah pukul just cubit sikit) - tapi kadang-kadang memang tak tahan. Tapi bila Ammar menangis, Ibu pun nak menangis. Kesian pula. Kecil lagi budak ni.


Selain tu, Ibu just buat denda macam kalau tak dengar cakap nanti no games, no tv. Tapi macam kurang berkesan sangat. Ada orang cakap, buat timeout. Minta anak duduk di suatu tempat untuk beberapa minit - untuk muhasabah diri. Hmm dah cuba tapi tak berjaya juga. Nak kurung dalam bilik takut nanti trauma pula budak tu. Huhu - sangat tak sesuai.

Ammar ni jens aktif, jadi lagi kita marah nak denda - lagi dia buat meraung ala-ala cerita ibu mertuaku. Abis kaki ibu dipeluk sambil cakap sori ibu abang tak buat lagi. Hmm Ibu mana sampai hati lagi nak marah. Huhu.

Korang pula disiplinkan anak korang macam mana? Share la sikit mana tau boleh dipraktiskan.

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

~: Mrs Apek aka UmmiNor:~ said...

Yana, maybe u boleh try cara ni. br tau dr sorang ustaz...bila anak nak start tantrum/ mengamuk atau kita nak dia buat sesuatu, kita pergi dekat dia cepat2 dan peluk cium dia for 10 saat. then baru kita cakap apa yg kita nak dia buat. so far saya punya berkesan dgn cara ni, anak2 slow down sikit bila buat this technique. Ustaz tu ckp anak2 bukan apa, dia nak perhtaian kit aja. wallahuallam.

Nad @ MamaZN said...

nak cuba cara umminor atas ni la!
moga berkesan

Cahaya Kita said...

sometime memang geram kan kat anak yg tak dengar kata..
saya baru merasa susah senang jadi parent... hope ibu boleh bagi tips yg banyak k...

eza miza said...

Eza pon mghadapi keadaan mcm ibu jgk.. Adi hakimi mkin hari sgaja mguji mama n papa dia.. Mgkin nak tarik perhatian sbb kami dua keja kan... So, waktu dgn dia tu cuma sat ja kat umah... Risau jgk dianjd pemberontak kalo kt berkasar sgt ng dia... Huhuhu... Perlukan tips mcm ibu jgk...

Adaa said...

huhu bab yang marah anak pastu same2 nanges tu soo true..Adaa pon sama, kdg2 terlebih geram, tapi bising pon mulut ni jelah..last2 dia nanges kita pon nanges kesian huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop