@ 6? oh tidak

Wednesday, September 26, 2012

Ceritanya bermula begini. Lepas Amani lahir, Ammar baru tahu Amani tu baby girl. Mula-mula dia tak nak. Katanya Abang nak baby boy. Baby boy boleh ajak main bola. Ibu pun pujuk-pujuklah. Yelah takut pula nanti dia tak suka Amani ke puk Amani ke. Ibu kata next time baby boy pula k. Ammar pun senyum. Ok Ibu - nanti lepas ni baby boy pastu baby girl pastu baby boy pastu girl balik k. Hoho. Ibu layankan ajelah.
 
Masa balik kampung baru ni, ada yang tanya Ammar. Nak adik lagi ke? Ammar cakap nak adik lagi 6.  Boy, girl, boy girl, boy girl. Ayak nak pengsan pulak Ibu dengar. Betul-betul nak adik 6. Ibu beranak Amani pun trauma tak hilang lagi. Huhu.
 
Ibu rasa sorang lagi bolehla kot. Lebih-lebih tak mampu. Fikir bersalin satu hal. Fikir nak jaga satu hal. Sangat salute pada yang beranak banyak dan rileks je jaga anak. Ibu jaga Ammar pun boleh kena migrain hari-hari. Huhu. Bayangkan kalau 6. Memang la pengsan. Takpelah Ammar ye. Doakanlah ada rezeki baby boy nanti ye - nanti tu err 3-4 tahun lagi kot. Huhu.
 
 
Ha kalau macam ni lain ceritanya :p

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Nad @ MamaZN said...

wah! jauh angan2 ammar :)

Angah said...

ammar yang bercita2 tinggi haha

~emi~ said...

Hehe...klu sy pulak, sy tak kisah nak anak ramai pun. Tp jarak umur tu mmg kena jaga la...Taknak umur dekat2, nnt kualiti tu kurang. Tak terjaga pulak.

AkmaFaizal said...

tu ikut kemampuan masing2..rezeki anak2 ni Allah yg tentukan kan...

saye pun pening gak ni..baru ank 4.yg kembar ramai tu..mcm manalah yer.berbalik pada ketentuan Allah jugalah kan...Dia tahu tahap kemampuan hamba2Nya ;)

Ummi Maryam said...

Wah, cam best ramai anak. Tp bila memikirkan masa sakit bersalin & loya2 tu..aduhai. Tp best & teringin anak ramai. InsyaAllah kecil2 bersusah2 insyaAllah, dah besar moga ramai yg mendoakan kita hendaknya =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop