@ Alkisah Kaki Bangku

Friday, September 21, 2012

Ya Ibu memang kaki bangku. Apa tu kaki bangku? Kaki bangku tu orang yang takde bakat bersukan - fokusnya main bola sepak tapi dalam kisah ibu ni bersukan. Kiranya bukan kaki bangku lagi dah masuk tangan bangku. :P Bukan tak cuba - dah cuba tapi memang tak mampu. Kalau lari semput, main bola jaring pun tak ke mana. Huhu. Kata orang bakat bersukan ni genetik. My Mama wakil universiti - sampai umur 40an jugakla - main bola jaring. Tapi sayang tak turun kat Ibu bakat tu. Mungkin ikut belah my Abah kot.

Kat sekolah dulu, cikgu selalu masuk nama untuk lari la, lompat jauh, lompat tinggi. Alasannya sebab Ibu tinggi dan kaki panjang. Adeh kaki panjang tak semestinya lari laju dam lompatnya jauh cikguku syg. So asal hari sukan mesti Ibu sakit kepala fikir macam mana nak 'lari' dari kena lari. Tak sanggup lari kena tinggal sedepa. Huhu.

Akhirnya tiap2 kali hari sukan Ibu akan tawar diri jadi AJK. Jadi tukang hias khemah, tukang buat air dan ape-ape je asalkan nampak sibuk dan tak perlu join aktiviti yang sukan ni. Masa sekolah di Kelantan pula, Ibu dilantik jadi ketua rumah sukan. Masa ni lagi la rasa macam nak ketuk kepala kat dinding. Tapi best juga sebab tak perlu join lari-lari sebab sibuk handle peserta - kononnyelah. Hukhuk.

Pernah juga main tenis dan skuash tapi ala-ala jelah. Joging pun Ibu tak minat. Satu-satunya cara Ibu bersenam ialah berjalan mengukur shopping complex - itu je mampu tahan kaki sakit walau seharian ulang alik dalam bangunan tu. Heh.

Sebab tu sejak awal lagi Ibu suka orang yang kuat sukan. Berbakat dalam sukan adalah salah satu kriteria dalam pilih calon suami okeyy. Hehe. Alasannnya? Sebab Ibu nak anak pandai bersukan. Jangan ikut Ibu yang asyik senaman mata depan tv je ni :P. Yelah walaupun tak confirm tapi 50% ada canlah kan. Dan alhamdullilah Ayah kuat bersukan - terlebih pula sebab asal weekend je bz dengan badminton la, futsal la, bola padang l basikal la. Semoga Ammar dan Amani ikut jejak Ayah ye.

Luahan hati seorang kaki bangku


 Sumber

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Nad @ MamaZN said...

heheheeh...
takpela, ayah ammaramani rajin bersukan
harap2 anak2 ada la yg ikut jejak ayah nnt, hehe

eza miza said...

Hehehe... Eza memang minat bersukan... Cuma skg nie ja kurang... Tapi waktu pj xlepaskan peluang jugak.. Main gak ng student... Tp pelik me chubby...hehe

Ummi Maryam said...

Rindunyaaa nak bersukan. Zaman sekolah dahulu agak aktif. Tapi lepas masuk uni, dah mula pudar sbb dah rasa berat badan ni nak berlompat2..malu pun ada..huhu..

Syima Emi said...

bila baca entry ni terus teringat aah la kak yana ketua rumah sukan arif kan.. hikhik..

AkmaFaizal said...

hehe sib ada ayhnye yer...tp kalau dh xminat nk buat mcm mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop