@ Bila berdua

Monday, September 10, 2012

Baru 3 bulan jadi ibu beranak dua. Semuanya rasa kelam kabut. Semuanya rasa tunggang terbalik. Nak makan pun tak kenyang. Mandi tu basah - tapi nak berconditioner ke berscrub memang mimpilah. Nak study - ni lagila tak nampak gaya. Huhu.
 
Kalau duduk rumah dengan Ammar dan Amani memang macam kapal terbalik je rasa. Ammar biasala nak makan itu ini, nak main pun nak juga kita terlibat, nak baca buku pun seminit sekali kena bacakan. Amani pula tak katala - nama pun baby. Menangis nak berdukung dan nak berkepit. Lebih-lebih lagi sejak die kena demam kawasaki. Memang lebih merap.
 
Paling 'best' bila budak berdua ni berduet menangis. Waaa memang rasa Ibu pun nak menangis sekali. Ammar selalu time adik nangis tula - "Abang nak makanan". Kalau cakap sekejap. Mulalah menangis merengek macam kena pukul. Padahal time adik tak menangis nak diberi makan tak nak. Memang buat Ibu ni sakit jantung. Huhu.
 
Sangat kagum pada yang ada anak banyak. Ibu dengan dua orang ni pun penat. Bila malam konon nak study tapi asal letak kepala je memang terlelap terus. Penat. Kalau siang tak dapat pula nak curi2 rehat sebab bila Amani tidur (tidur yang sekejap tu) time tulah nak makan, nak kemas rumah, nak lipat kain. Curi-curi check email dan update blog bolehla - sebab tak pakai otak banyak kan. Kalau study ni nak start engine je mau sejam. Nak termenung2 cari idea lagi. Huhu.
 
Harapan Ibu - tengah cuba nak adapt dan buat jadual lagi bagus supaya boleh study. Belum jumpa pengasuh untuk Amani so selagi tu Ibu memang kat rumah jelah. Lagipun Dr tak bagi Amani pergi nursery sebab kesan ubat Kawasaki tu - nanti lain entry ibu cerita.
 
Tapi apa-apa pun bersyukur sangat dengan kehadiran dua permata hati ni. Walau buat Ibu stress mereka jugalah yang buat Ibu tersenyum. Tak gitu?
 
 

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Allene said...

dugaan kan ibu... lg2 klu time dorang menangis je... aduh... mmg rasa nak meletup.... iman kena kuat... klu tak... jd lain nnt. menyesal sudah hari tak guna... :)

eza miza said...

Memang kena kuat semangat kan...

adianiez AIDA said...

waktu aida baru je jadi ibu beranak 2, ok skit bcoz 1 tahun parents dok sekali. now, aida baru jadi ibu beranak 3, 2 org kakak tu da besar. maka, aida kurang rasa kelam kabut :) but, memang kena tabah bila anak da lebih dari 1 :)

Nad @ MamaZN said...

u can do it!

cepat jek rambut amani tumbuh ;)

GOSIP ARTIS MALAYSIA said...

smoga ibu kuat semangat.. masa mereka kecil ni la kna brsusah payah, nnt dh besar panjang rasa lapang..

Ummi Maryam said...

bagaimanalah sy nnti bila maryam ada adik pula ya..tp bila masing2 dh besar, tentu kita rindu saat diorg masih baby n kecil kan..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop