@ Mestilah yang Terbaik

Monday, September 3, 2012

Sebagai ibu bapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak kita dalam semua segi. Kita akan berusaha bagi penjagaan terbaik, makanan terbaik dan perhatian terbaik untuk mereka. Selain kesihatan – tumbesaran badan, tumbesaran otak anak adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan dari kecil lagi.
 
Ibu percaya semua ibu bapa nak anak yang bijak. Kalau tidak masakan kita sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit nak hantar anak pergi tadika atau tuisyen yang terbaik. Sanggup juga beli set buku ribuan ringgit. Itu semua untuk pastikan anak kita bijak pandai. Supaya dapat bersaing dalam dunia sekarang ni.
 
Sebab tulah, kita kena titikberatkan tumbesaran otak anak kita sedari kecil. Selain daripada rangsangan luar, pemakanan juga memainkan peranan yang sangat penting. Salah satu nutrient penting untuk pertumbuhan otak adalah DHA. Apa tu DHA? DHA ni merupakan kunci pertumbuhan blok sel otak.
 
Tapi kat mana sumber nak dapatkan DHA ni? Sekarang ni mudah, dalam susu formula selalu memang ada. Selepas habis penyusuan susu badan, SUSU FORMULA merupakan makanan wajib anak kita jadi pengambilan susu formula yang mengandungi DHA sangat baik untuk tumbesaran anak kita.
 
TAPI, DHA saje tak mencukupi sebenarnya. Ramai ibu bapa amik ringan soal ni. Bagi mereka, asalkan kat label susu formula ada DHA – cukupla tu. Banyak ibu bapa tahu kepentingan DHA dalam pertumbuhan otak anak tapi ada yang ingat mereka hanya perlu bagi banyak DHA sahaja pada anak ereka. Pemahaman ni salah sebenarnya.
 
DHA memang penting untuk membantu membina sel otak tapi DHA saja tak mencukupi. Anak kita juga perlukan Gangliosides untuk membantu sel otak berhubung. Lagi banyak sel otak berhubung, lagi cepat anak kita belajar. Jadi gabungan DHA dan GANGLIOSIDES akan menjadikan pertumbuhan otak yang lebih optima.



 
Lukisan rumah pertama Ammar – Ibu pun terkejut tengok dia pandai hubungkan rumah, matahari, awan dan pokok dalam lukisannya.

Bila Ibu belek-belek susu formula kat pasaran, hanya Anmum Essential je yang ada gabungan unik DHA dan Gangliosides. Memang Ammar suka sangat Anmum Essential ni. Selain ia tanpa gula tambahan dan menyediakan keperluan nutrient yang cukup untuk tumbesaran otak anak kita, ianya juga sangat sedap rasanya.


Yummy kata Ammar

Macam sekarang ni, walaupun tak pergi sekolah. Ammar dah pandai speaking dengan belajar di tv je (Ammar suka tengok Magic English tu). Contohnya bila die belajar satu ayat “I love EGG word” (contoh mudah). Nanti dia boleh tukar ayat tu dengan perkataan lain – EGG tu dia ganti dengan IBU/AYAH. Kiranya dia boleh faham makna ayat tu dan bukan sekadar hafal. Kiranya sel-sel otak berhubung untuk pembelajaran.
 
Ibu dah buat pilihan Ibu. Anda bagaimana? Untuk maklumat lanjut layari: www.anmum.com.my

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Allene said...

lin pun bg hafidg anmum klu tak cukup susu... tak tahu plak anmum ni antara yang terbaik, sebab lin pkai beli jer hari tu.. :D

eza miza said...

Dah try susu tu dgn adi hakimi.. Tapi dia xlalu pula... Huhu..

Nad @ MamaZN said...

saya BF kan baby jek
lepas 2 tahun baru cari susu FM
biase beli DL jek

eza miza said...

Eza pon pakai dutch lady gak.. Coklat..baru adi hakimi mnum...

GOSIP ARTIS MALAYSIA said...

wahh.. bagusnya.. kena promot kt ibu2 ni :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop