@ SLAB/SLAI 2012

Wednesday, September 19, 2012

UM telah keluarkan iklan untuk SLAB/SLAI bagi tahun 2012 ni. Apa tu SLAB/SLAI? SLAB ni Skim Latihan Akademik Bumiputra/IPTA. Sesiapa berminat nak sambung belajar sepenuh masa boleh rujuk maklumat lanjut di sini.
 
Ramai cakap bestnya sambung belajar. Best memanglah best sebab tak perlu kerja 8 to 5. Elaun pun masuk tiap-tiap bulan. Memang flexible la. Tapi, banyak juga tanggungjawabnya. Bukan senang nak study bila dah berkeluarga ni. Lelaki mungkin no problem (sebab boleh balik rumah - mandi, makan pastu sambung study). Kita perempuan ni balik rumah banyak pula benda lain menanti - nak sedia makan, mandi anak, kemas umah, lipat kain..dan banyak lagi. Settle kerja rumah nak tidurkan anak - pastu memang kirim salam nak bangun dah sebab bateri dah flat.
 
Semangat memang kena waja dan kuat. Macam Ibu - kalau dulu pergi UM memang kat lab akan fokus siapkan kerja ikut schedule. So balik rumah memang fokus kerja rumah. Tapi sekarang memandangkan belum ada siapa nak jaga amani, so Ibu duduk rumah. Memang dugaan besarla nak study di rumah. Memang lagi best bergolek dengan amani :P.
 
Apa-apa pun azam kena kuat - lebih-lebih yang full research. Hati kena tabah. Setakat menangis seround dua dan rasa nak hentuk kepala kat dinding tu - err memang biasala. Kena banyak tawakal pada Allah dan doa supaya Allah permudahkan urusan kita. Besar pahala belajar ni dan lagi besar pahala bila kita menabur ilmu bila selesai belajar nanti. Insyaallah.
 
 
 
 

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

nora said...

memang betul... susah sangat nak commit pada writing bila dah berkeluarga especially kalau ada anak kecik... nak tulis satu baris ayat pun susah kannnn ..

Ummi Maryam said...

Tabah sungguh para ibu yg belajar dengan anak kecil. Memang sgt besar pengorbanannya.

Moga Ibu sentiasa dipermudahkan urusan & berjaya dlm bidang yg diceburi!

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

salam..


saye tak bape paham dengan SLAB/SLAI ni...bole terangkan..dan ape beze dengan tutorship...

sy dpt offer utk buat master dengan lecturer mase study dulu..tapi sy tak tau mane satu nak pilih..SLAB/SLAI ke tutorship? cud u advise? master sy full time research..

eza miza said...

hehhe... betul2..semangat kena waja.. encik suami pon ada cakap kat eza kalau nak smbung tggu anak besaq sket... dia keja shif memang susah la nak tnggai..huhu... harap2 satu hari nnti eza dapat sambung jgkk... aminn

BabyIbu said...

SLAB/SLAI ni biasiswa. Siapa yang amik tutorship pun akan sambung belajar guna biasiswa SLAB/SLAI ni. Sekarang ni banayk universiti dah tak amalkan tutorship. Direct minta SLAB/SLAI.

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



ok terima kasih ye...

Nad @ MamaZN said...

insya-Allah yana bleh buat :)

yg penting semangat kene kuat dan kene ada kerjasama dgn suami :)

Farr said...

salam.

sy pun sambung belajar. sian kat anak, still hantar g nursery wpun sy ada kat rumah. mmg xdpt nak siapkan kerja kalau x hantar dia ke nursery.

smoga usaha kita diberkatiNya. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop