@ Ting tong

Monday, September 3, 2012

Susahnya nak curi masa mengadap laptop ni. Ini baru sempat tapi ada kerja pula nak kena submit. So Ibu ringkaskan dulu k.
 
Amani
Alhamdullilah dah keluar hospital. Terima kasih atas doa semua. Tapi still kena makan ubat sampai 6 minggu dan buat follow up untuk scan bengkak di saluran darah di jantung. Nanti akan cerita detail if kesempatan. Semenjak balik sangat cembeng - asyik nak nangis je. Mungkin tak sedap badan asyik nak kena makan ubat setiap 6 jam. Tidur pun mengalir air mata ni. Huhu.
 
 
 
Ammar
Ammar dah boleh adapt jadi abang yang baik. Tak kacau adiknya cuma Ammar ni memang jenis mulut bising so kadang-kadang adik terjaga. Dah boleh mengeja sikit-sikit dan sekarang suka melukis pula. Sekolah? Jangan tanya. Dengar sekolah je dah meraung. Huhu.
 
Ibu
Masih struggle nak biasakan diri dengan kehadiran Amani. Masih tak boleh nak curi masa untuk study. Agak pening mencari solution untuk jaga Amani supaya Ibu boleh buat kerja. Ada sesiapa nak kerja jaga Amani? Kalau ada -contactlah Ibu ye. Nasib baik permohonan pelanjutan biasiswa diluluskan. Jadi Ibu ada tambahan masa lagi untuk submit. :|
 
Contest
Dah ada pemenang untuk contest Top Commentator. Insyaallah esok Ibu umumkan. Contest Top Commentator untuk bulan 9 dah bermula k. Hadiah sama juga macam bulan Ogos. So sertai beramai-ramai. Satu lagi contest pun akan diumumkan dalam masa terdekat.
 
Tu je buat masa ni. Ada pula orang main mercun malam-malam ni. Terjaga budak dua orang tu. Haiihh.

4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

eza miza said...

alhamdulillah..semoga perjalanan hidup ibu akan berjalan lancar...aminnn...ibu mesti kuatkan semangat utk amani n ammar k..

Nad @ MamaZN said...

alhamdulillah...
moga terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup di samping amani n ammar

Allene said...

dugaan setiap ibu tu berbeza kan... harap kita sama2 tabah menghadapinya...

GOSIP ARTIS MALAYSIA said...

hmm.. rasa sayu tengok amani tidur.. smoga segalanya brjalan dgn lancar.. ibu pasti boleh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop