@ Trip to Gold Coast Morib

Wednesday, September 26, 2012

Baru ada masa nak cerita pasal trip to Gold Coast Morib seperti yang Ibu ada bagitau dalam entri lepas. Voucher tu untuk sehari je. Oklah sebab taklah jauh sangat. Dari Kota Damansara ke sana dalam sejam setengah - boleh tengok sini untuk tengok route ke Morib.
 
Sampai je mestilah terus chec in kan. Agak ramai juga orang masa tu. Bilik pun limited tak dapat nak request2. Takpelah mana-mana pun bolehla kan.


Persekitaran cantik dan style cuma bab kebersihan je kurang sikit. Boleh pula dekat kerusi kat depan kaunter tu banyak lalat. Sabar jelah. Huhu. Satu lagi diorang tengah dok mengecat so bususk skit la baunya.


Dapat je kunci (kad sebenarnya), kami terus ke bilik. Sebab bilik limited maka takdapatla katil double. Dapat twin sharing. Oklah bila cantum jadi lagi besar :P. Tak bestnya sebab view luar mengadap jalan. Bilik mengadap waterpark dah habis. Sob sob. Jom tengok bilik - first time berjaya ambil gambar bilik hotel, kalau tak selalu lupa je.

Ammar posing dengan Amani

Ada tingkap direct ke bilik air

 Jacuzi
 
Ada peti ais dan cerek
 
Kira dari segi bilik. Memnag puas hatilah. Bersih dan cantik. Kemudian Ayah dan Ammar terus ke waterpark kat bawah. Ibu bagi tiket waterpark Ibu kat Ammar. Yelah buat ape pula Ibu nak ikut. Amani bukan boleh mandi lagi. Tak dapat nak jengok Ammar dari bilik. So dalam pukul 6 petang tu Ibu turun ambil gambar. Sebab dah janji nak jumpa Ayah di pantai.

Gambar dari celah bangunan


Best juga waterpark die. Kira puas hati. Walaupun hari Jumaat memang ramai orang. Kalau time anak dara mesti Ibu dah join. Ni dah jadi mak dara - tengok jelah ye.

Area pantai

 Pondok - macam restaurant rasanya
 
 Pantai yang surut
 

Jumpa Ayah dan Ammar di sini. Tunggu giliran main ATV.

 Ayah, Ammar dan Amani
 
 
 
Jauh pula gambarnya. Maklumlah sambil dukung Amani sambil ambil gambar.


Ammar nak juga bergambar depan ni. Cantik katanya.
 
Then kami terus balik bilik. Buat agenda mandi manda di bilik pula. Memang kecut la badan Ammar asyik berendam.
 
 Gambar bilik air
 
 Ammar berendam dalam jacuzi
 
 Amani hanya boleh golek atas katil je ye sayang
 
Lepas mandi, kami bersiap untuk dinner. Dinner dalam khemah besar di sebelah hotel. Dapat dua kupon free. Sepatutnya Ammar kena bayar tapi orang yang jaga tu macam lepaskan je. Agaknya die malas nak kira budak-budak kot.
 
 ketar pula gambarnya
 
 
Banyak juga pilihan

Nasi berlauk

 Ibu makan nasi ayam
 
Buah, cucur, ais krim dan kek pun ada
 
Makanan dia kira ok. Ada rasa. Sedap la juga. Kira kenyang la kami makan. Berbaloi la kan kiranya. Cuma satu je kureng sikit - atas meja banyak macam binatang tu - tak tau apa nama. Kena lap sikitla. Baru nampak bersih sikit.
 

Lepas makan, kami naik bilik balik. Rehat-rehat. Layan movie kat laptop. Pastu tidur. Boleh pula hujan selebat-lebatnya pula malam tu. Takut pula Ibu. Dahla tepi pantai ni. Huhu.
 
Esoknya semua bangun awal. Nak pergi breakfast dan mandi. Penat juga pujuk Ammar bangun. Dahla sejuk kan. Amani je rileks.

Budak tak mandi

 gambar water  theme park dari tempat breakfast
 
Breakfast pun sedap. So lepas makan, Ayah dan Ammar sambung masuk water theme park. Ibu dan Amani naik ke bilik. Kemas-kemas barang. Kami check out awal sikit sebab nak pergi tempat lain pulak. Kesimpulannya - bagi Ibu oklah kalau nak bawa anak-anak bercuti. Aktiviti cuma ada water theme park dan ATV tu je. Kat luar dari hotel macam takde ape sangat. Pekan Banting happening tapi jauh. Kira untuk rileks2 anak beranak memang sesuai plus makanan pun sedap. Heh. Bolehla bagi 4 bintang. Eceh.
 
 Bertolak pulang. Bye-bye  Gold Coast Morib. Ada rezeki kami datang lagi.

10 kawan BabyIbu berkata-kata..:

MizzTina said...

jacuzi tu yg best...

Nad @ MamaZN said...

la..igtkan mandi skali! :)
hihihi...
takpe, janji ammar seronok :)
lenkali amani dh besar sket bleh dtg lagi ^_^

Farr said...

salam.
nak tanya...
waterpark dia boleh pakai baju biasa tak?
ke kena pakai swimming attire je?

Atia Adina said...

bestnya...teringin nak ke sini...bila ntah....

mama salmi said...

La yana dah sampai yer gold coast morib.. dekat la dengan mie hehe... saya dok banting.. dah penah pegi situ utk main waterpark cuma x penah check in hotelnya je hehe...

AkmaFaizal said...

best tu siap ada jakuzi..xpernah lagi merasa..hehe

tgh ade ankkecik ni, mcm2 aktiviti terhad..so kna tunggu ank membesar dulu baru leh berjimba2..hehe

Ummi Maryam said...

Cam menarik je. Dekat2 pun dekat, takdelah jauh sgt kan. The last time dgr masa tu dlm pembinaan, dah siap cantik rupanya, walaupun tak sepenuhnya. BOleh masuk dlm cdgan tmpt berjln2 short trip.

kinna said...

sy pegi masa family day baru ni..kalo nak pegi, jgn amek wikend sbb org terlampau ramai. masa kitorg buat family day, ada lagi 3 grup buat family day. bygkan betapa pack nye tmpt tu (esp time breakfast).

bilik mmg best sbb ada jacuzi. theme park dia pon best. xyah pakai swimming attire...

Rozita said...

bestnya...tq for review... teringin nak ambil pakej birthday dia..cam berbaloi..

ieyda said...

xpenah smpi lg sne, ingt cuti2 thn depan kot nk pilih tmpt nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop