@ Coach Madison Sophia Satchel

Wednesday, October 31, 2012


Madison sophia satchel on clearance and cun sgt.
Hanya RM880.
 
Berminat?
Email babyibu at gmail dot com.

Posted via Blogaway

@ Jorte

Semalam Ibu sibuk google personal organizer untuk install kat HP. Setelah install dan try a few apps Ibu buat keputusan nak try Jorte. Jorte ni personal organizer application. Konon nak paperless. Tak nak guna organizer biasa la ni.
 
Kelebihan Jorte ni boleh update dengan Google calendar. Senang sikit boleh view schedule dan at task masa kat luar or sambil bergolek dengan anak-anak. Nanti Ibu review best ke tak. So far macam ok. Ibu dah add task tuk daily. Ehem ni semangat sebab dah gabra keje tinggal lama :P.  Nak cuba boleh install kat Play Store sini.

@ Baru sampai

Tuesday, October 30, 2012



Alhamdullilah sampai. Bertolak dari penang pukul 2. Hujan lebat di beberapa tempat. Jammed sikit area sungai buluh.

Ok time bercuti dah habis. Buat keje pula ye ibu. Tapi first thing first. Unpack barang dulu. Huhu.

Posted via Blogaway

@ Jangan Lupa

Monday, October 29, 2012

Tinggal dua hari je lagi untuk join contest.




Jemput sertai ye..

1 November 2012 akan ada contest baru pula :)

Stay tuned!!

@ Ragam Amani

Firstly nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua. Sekarang Ibu masih di kampung. Raya belum habis. :) Jangan mare eh. Tak semat nak berblog panjang-panjang. Meh layan gambar Amani time raya hari tu.


NAk duduk macam orang besar. Nak baca pun ada hati juga ni


@ Kasut Comel Untuk Amani

Thursday, October 25, 2012


Dapat Amani pakai raya ni :)
 
Photo: Kasut raya for amani..from mummy
 
Tenkiu mummy

@ Sesi balut ketupat

Wednesday, October 24, 2012



Malam ni kat rumah mak tok. Sesi balut ketupat. Ibu dah cuba seround. Tapi failed. Huhu. Takpelah. Ibu makan jelah ye.

Posted via Blogaway

@ Balikkkkk

Masa entri ni publish Insyaallah Ibu dah selamat sampai di Kedah. Pulang malam tadi. Semangat nak beraya. First time Amani nak beraya di Kedah. Kali ni bz sikit sebab kena pack barang untuk 3 orang. Nasib baik Ayah pack barang sendiri :P. Kalau ada Internet nanti Ibu post entri lagi ya. :)

@ Bacalah anakku

Tuesday, October 23, 2012



Ibu ajar ammar baca buku guna siri bacalah anakku. Belajar ikut mood. Kadang sehari satu muka kadang banyak. Alhamdulillah sekarang dah buku 6.

Sekarang baca bm dulu lepas ni english pula. Tapi kelakar juga sebab even boleh baca tapi dia tak berapa paham. Cthnya cuba baca. Dia baca bahasa baku so tk faham. Bila cakap cube bace. Oooo barulah ammar faham katanya. Memang budak keyell btul. Huhu.

Posted via Blogaway

@ Is your face sun-protected?

Walaupun sekarang ni musim hujan, tapi time panas tu tetap panas. Nama pun Malaysia kan. Iklim Khatulistiwa gitu. Kulit Ibu pula jenis yang cepat burn. Kalau kena panas sikit je cepat je tukar kaler  . Tension tau. Pulak tu sekarag ni naik motor. Memang le tadah muka kat matahari.
 
 

Panas ni



Ammar pun tak tahan panas

So selalunya Ibu akan sapu sun block ke muka Ibu yang 'putih' ni. :P. Yelah sinar UV ni bahaya:
  • Sinar UVA (ultraviolet A) dari matahari boleh menembusi kulit dan mempercepatkan proses penuaan;
  • Sinar UVB (ultraviolet B) boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap dan terbakar bergabung dan merosakkan struktur kulit anda, menjadikan ia pudar dan kurang anjal.
 
Bila dua-dua ni bergabung muncullah masalah macam kedutan di sekeliling mata dan mulut, dan juga pigmentasi tidak serata yang muncul dalam bentuk bintik-bintik penuaan.  Huhu.
 
Baru ni Ibu dapat satu produk sun block ni. Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50. Jenama ni kan memang terkenal dengan produk sun block. Wajibla Ibu cuba kan.
 

 
Ini produknya Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50

Ibu dah cuba Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 untuk beberapa hari. Alhamdullilah sesuai dengan kulit. Bila pakai tak berminyak dan rasa ringan. SPF 50 lagi kan. Mestilah bertahan dari pergi kerja sampai balik kerja.
 
 

Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 :
Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 dirumus untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari. Selain itu, Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:
  • Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
  • Penyerap UVB untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
  • Ejen penstabilan sinar suria yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.
 
Kalau nak cuba bolehla beli Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya dengan harga RM32.90 (60ml).

Nak free? Boleh. Ibu akan bagi hadiah satu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 kepada pembaca bertuah. Apa nak kena buat? Mudah je
  1. Buat satu entri bertajuk Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50
  2. Buat satu entri ringkas - boleh copy paste bahagian Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 kat atas ni
  3. Tinggalkan link di entri ni sebelum 31 Oktober 2012
 
Pemenang utama akan menerima satu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50  dan 3 pemenang saguhati akan menerima hadiah misteri. Pemenang akan dipilih secara rawak. Mudah je kan? Jadi jemput join ye :).

@ Tempat Baru

Monday, October 22, 2012

Punya la lama tak datang lab. Lab Ibu dah ditutup rupanya. Nak buat bilik mesyuarat. Sedih kan. Huhu. So  sekarang kena duduk lab baru. Oklahkan dari takde langsung tempat. Hari ni datang nak tengok pc dan barang-barang Ibu. Dah susun-susun tadi. Tengah ambil mood buat kerja ni. Haihh - rindu Amaniiii.....


Meja baru
 
Meja baru, lab baru - semangat pun baru :P. Chayookkkk!!!!

@ Bocor

Minggu ni dah 2 kali Ammar kebocoran time tidur. Huhu. Ammar start diaper free dalam bulan Ogos. Mula-mula ok je tak pernah terbabas. Sebelum tidur memang make sure dia buang air kecil dulu. Tapi boleh pula tiba-tiba minggu ni bocor. Nasib baik tidur atas toto. Kalau katil lagila jenuh nak basuh. Tak tahula kenapa. Katanya dia tak sedar. Hmmm. Agaknya minggu ni hujan kot - sejuk. Huhu. Ammar oh Ammar.


@ Jadi tester? Suka goodie bag?

Saturday, October 20, 2012

Siapa yang tak suka dapat produk percuma kan. Jadi tester ni memang best. Dapat sample produk untuk cuba. Kadang-kadang dapat goodie bag lagi. As a blogger memang selalu dapat peluang macam tu. Tapi kali ni peluang terbuka pada semua (ops kali ni bukan semua-ada syaratnya 1. Female 25-45 dan 2. area KL/Selangor. Real Women Real Voices sedang merekrut - mencari orang untuk join diorang. Macam mana nak join - just register di link ni. Pendek je pun nak isi.
 
 
 
Kemudian sekiranya ada produk untuk dicuba - diorang akan war-warkan lah. Kalau kita nak - nanti just bagitahu. Mana tahu terpilih kan. Apa kena buat? Nanti just update jelah kat FB - pengalaman korang guna produk tu. Ibu rasa lagi mudah dari berblogkan. Kat FB pendek-pendek je tak payah nak cerita panjang lebar bagai. Hmm Ibu suka je join. Heh. Jomlah join ramai-ramai. Ibu dah daftar - korang nak daftar sila ke page Real Women Real Voices ye.
 
Ops kepada yang kat negeri lain jangan sedih pula. Like je page Real Woman Real Voices ni. Mana tahu nanti diorang rekrut untuk satu Malaysia pula :).

@ Yes akhirnya

Friday, October 19, 2012

Setelah 4 bulan akhirnya muat balik skinny jeans Uniqlo yang bersaiz 25 tu. Yess!! Err tapi muat ngam-ngam betul. Nak buh butang pun kena tarik nafas sikit la. Takpe janji muat. Seluar feveret tu. Kalau dulu pakai longgar. Kira okla tu kan. Takpe nanti slow2 pasti kembali ke asal - ayat tenangkan hati - huhu.

 
Erkk sekadar hiasan semata

@ SAYS - extra money!!

Kalau korang tak suka berblog tapi rajin berfacebook dan bertwitter. Bolehla join SAYS. Apa kebenda SAYS ni. SAYS ni satu platform penyebaran berita. Banyak la yang boleh kita kongsikan di FB atau Twitter. Paling best ada berita yang bila dikongsi kita akan dapat duit. Contohnya untuk berita macam Basuh Tangan Sebelum Makan dan Sokong Kempen Kanser Payudara ni. Kalau share - akan dapat RM0.20 bagi setiap link. Sapa nak bagi kan?
 
Paling best benda ni kita tak bergantung pada advertisor nak bagi ke tak kita promote iklan. Kalau rajin share - lagi banyak dapat. Ini Ibu punya akaun so far - Ibu baru join dalam 2 weeks. Tu pun kadang rajin kadang malas nak share. Tapi bergerak la duitnya. Yelah semenjak Nuffnang tak sayang kita. Kenalah cari alternatif baru. Tak gitu?


 
Marilah join ramai - ramai. Bukan susah pun. Sehari share satu pun dah ok. Just tekan broadcast dan automatik share - tak perlu nak karang-karang bagai. Nak join - just klik sini - REGISTER JADI AHLI SAYS.

@ Tools For Research

Thursday, October 18, 2012

Tajuk macam serius kan. Saje nak share tiga perisian yang Ibu guna. Semuanya boleh disync secara online. Maknanya kita boleh akses dari laptop/PC  kat rumah, web (secara online - boleh buka dari mana-mana laptop/PC di tempat lain contohnya lab di universiti) dan juga di smart phone (ini konon macam emergency sesangat nak guna kan :P). Aplikasi apa?
 
  • Dropbox - Tempat simpan fail. Senang tak pelu risau lagi laptop or external hard disk hilang atau rosak. Ibu dah pernah cerita di sini.

  • Mendeley - Tempat simpan rujukan (reference). Dulu guna Endnotes tapi rupanya Mendeley ni lagi bagus. Mudah nak digunakan.
 

  • Evernote - Tempat simpan notes. Contohnya bila baca jurnal - ada idea atau ayat yang menarik nak simpan. Boleh simpan kat sini. Kadang-kadang letak dalam buku nota. Tapi lepas tu tak pernah baca balik. Kalau kat sini boleh simpan dalam note yang kita boleh bahagikan ikut bidang ke ikut chapter ke. Jadi senang nak rujuk semula. Nak letak benda lain macam things to do ke plan melancong ke resepi ke pun boleh :P.
 

@ Belly Belt

Mengandung? Baju kurung dan seluar dah tak muat?. Ya inilah penyelesaiannya - eceh macam iklan beli barang pakai telefon kat tv pulak rasa. Heh. Tapi tak tipu memang ini penyelesaiannya.


Nama benda ni ialah Belly Belt. Ibu guna masa mengandung. Bolehla pakai baju kurung dan seluar sedia ada dalam jangka masa lama. Ini brand Mothercare. Kat gambar bawah tu ada tunjuk. ada dua jenis - satu butang dan satu cangkuk (sesuai tuk baju kurung). Ada juga 2 saiz - bila perut dah besar pakai yang panjang tu.


Tapi masa Ibu cari hari tu out of stock. Tak tahulah kot sekarang ada. Ini pun pinjam dari kawan Ibu. Tq sangat sebab kasi pinjam. Lap u (anda tahu siapa diri anda :P).

@ Alhamdullilah - Semuanya Normal

Wednesday, October 17, 2012


Baru balik dari Tropicana Medical Centre. Pergi follow up Amani. Tadi pergi check dengan Dr. Yeu. Mula-mula biasalah check berat (dah 6.3kg patutlah lenguh), tinggi, temperature dan jantung. Kemudiaan terus ke tingkat satu untuk echo (echo ni macam kita buat ultrasound-die scan kat jantung).
 

Tempat nak buat echo
 

Amani menanti dalam debaran
 
 
Dr. Yeu tengah echo
 
 
Tengah echo. Pujuk Amani tak kasi nangis. Kalau nangis nanti jantung berdegup laju.
 
Keputusannya. Alhamdullilah. Saluran darah dah kembali normal. Jantung pun normal. Ubat dah boleh stop. Nanti 3 bulan kena follow up lagi just nak monitor. Bersyukur sangat pada Allah.

@ Marah anak?

Lately selalu marah Ammar. Bukan sengaja nak marah. Dah cakap lemah lembut 2-3 kali. Cakap dalam nada tinggi pun 2-3 kali. Lepas tu tak dengar juga memang angin pun naik la. Huhu. Setiap kali lepas marah or puk die mesti rasa bersalah sangat. Rasa sedihhh je. Tapi tak larat nak bersabar.
 
Dah cuba bertenang dan ambil nafas. Tapi macam semalam. Tengah nak kasi Amani tidur, die nak makan Calcium. ibu cakap - minumla susu coklat dulu. Nanti lepas adik tidur baru Ibu buatkan. Dia kata ok. Tapi tiba-tiba jerit dari dapur (yang mana Amani pun jaga dan menangis). Dia buka sendiri calcium tu dan habis tumpah. Tarik nafas panjangggggg.
 
Tu Ibu tahan lagi. Takpelah lapar kan. So kasi Amani baring kat toto dan kuatkan tv skit supaya dia ingat ada orang. Pergila buatkan Ammar roti. Tengah buat tu - Ammar ke depan. Tiba-tiba Amani nangis. Kelam-kabut Ibu ke depan. Tanya kenapa - Ammar cakap dia duduk atas adik die. Ya Allah sabar je. Memang angin dah sampai kepala. Kita dahla penat pastu buat perangai lagi.
 
Bukan tak pernah slow talk. Cakap lembut. Tapi macam tak lekat je kat kepala. Selalu cakap kuat-kuat. Kacau adik. Emmm bila Ibu tengah ok tu takpelah. Tapi kalau dah tengah penat dan lapar - memang hangin jelah kan.
 
Ada solution tak? macam mana nak handle situasi ni. Ibu malam-malam selalu baca allatif, al hayyum dan alqoyyum sapu pada ubun-ubun supaya lembut hati. Kalau boleh tak nak marah Ammar. Tapi sekarang ni kalau tak marah lagi la berleluasa. Huhu.
 
Budak bertuah ni

@ Nak pergi massage plz

Tuesday, October 16, 2012

Sejak ada baby ni badan memang penat. Mana nak layan Amani, layan Ayahnya Ammar lagi, nak kemas rumah , nak study ... Memang lenguh je badan ni. Huhu. Tadi dapat email dari Milkadeal ada pula tawaran body massage yang menarik. RM38 je untuk 2 jam massage, mask mata dan free air. Macam best ni. Dekat sesangat dengan rumah. Boleh ye ayah jaga budak2 ni untuk 2 jam - ikon smile mata kelip-kelip. :P


@ Daiso The Curve

Last week sempat pergi Daiso di The Curve. Apa Daiso ni? Daiso ni kedai jual barangan dari Jepun. Semua barang RM5 sahaja. Memang banyak barang dalam ni - dari alat tulis, peralatan dapur, barangan kecantikan - eh pendek kata macam-macam ada.
 
First time pergi dulu jadi tak ketahuan. Semua nampak unik dan menarik. Main ambil sampai penuh raga. Yelah barang macam alat tulis, kotak aksesori - macam-macam lah yang nampak comel dan kiut. Sekali bila nak bayar. Dok terkira-kira. Eh kalau satu RM5 - kalau 10 barang dah RM50. Huhu. Ada benda yang berbaloi beli RM5 tapi ada yang Ibu rasa beli kat Tesco lagi murah. Huhu. Last-last letak balik semua - apa pun tak beli. Tapi kali ni pergi memang nak beli barang. Barang apa - jom tengok.

 
 
Barang banyak



Maaf sambil dukung Amani snap gambar jadi ni jelah sempat ambil. Ha kali ni pergi Daiso nak beli masker arang aka charcoal mask. Adik ibu la cakap ramai dok beli online. Katanya bagus. So tu semangat pergi beli. Heh.

 
Ibu beli yang kanan tu. Belum sempat try lagi. Lepas try Ibu review k. :)

@ Final?

Monday, October 15, 2012

Final draft? Final lah sangat. memang dugaan buat tesis ni. Huhu. Ibu kena submit awal tahun depan. Harap-harap dipermudahkan. Amin.

@ Si manis

Friday, October 12, 2012



Siapa si manis? Mestilah amani kan. Amani dah 4 bulan. Dah pandai nangis cembeng bila nampak ibu. Pandai juga ketawa mengekek bila diagah.

Rasa sekejap je 4 bulan. Hari-hari bergolek dengan amani. Nanti dah start pergi lab mesti rindu gile kat amani. Sedangkan bila ammar pergi rumah mil pun ibu still call tgh hari nak dengar suara. Apatah lagi baby ibu yg sorang ni.

Emm sejak dapat amani ni. Ibu memang suka cuci mata bju budak. Banyak pilihan baju gegirl ni. Aksesori pun banyak. Stoking la sepit la riben la. Memang syok je gayakan amani. Hehe.

Terbabas pula bercerita. Oh ya hari rabu ni amani ada follow up kes demam kawasaki dlu. Nak scan jantungnya. Harap bengkak di saluran jantung amani dah pulih. Doakan amani ye auntie2 semua.

Posted via Blogaway

@ COACH FO Sales!! Lagi murah kali ni..

Thursday, October 11, 2012

Promosi hebat dari Coach Factory Outlet kembali!!

Lagi murah dari hari tu dan ada wallets!!
 
Pre-order - ETA End November 2012
3 kali bayar - if nak 4 kali bayar just email
Deposit - minimum RM100
Deposit perlu dibayar sebelum pukul 3 petang esok - 12/10/12
Cepat-cepat. Tawaran hanya terbuka kepada 4 3 slot sahaja.

Siapa bayar deposit dulu dia dapat.
Berminat? email
babyibu at gmail dot com

































 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop