@ Is your face sun-protected?

Tuesday, October 23, 2012

Walaupun sekarang ni musim hujan, tapi time panas tu tetap panas. Nama pun Malaysia kan. Iklim Khatulistiwa gitu. Kulit Ibu pula jenis yang cepat burn. Kalau kena panas sikit je cepat je tukar kaler  . Tension tau. Pulak tu sekarag ni naik motor. Memang le tadah muka kat matahari.
 
 

Panas ni



Ammar pun tak tahan panas

So selalunya Ibu akan sapu sun block ke muka Ibu yang 'putih' ni. :P. Yelah sinar UV ni bahaya:
  • Sinar UVA (ultraviolet A) dari matahari boleh menembusi kulit dan mempercepatkan proses penuaan;
  • Sinar UVB (ultraviolet B) boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap dan terbakar bergabung dan merosakkan struktur kulit anda, menjadikan ia pudar dan kurang anjal.
 
Bila dua-dua ni bergabung muncullah masalah macam kedutan di sekeliling mata dan mulut, dan juga pigmentasi tidak serata yang muncul dalam bentuk bintik-bintik penuaan.  Huhu.
 
Baru ni Ibu dapat satu produk sun block ni. Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50. Jenama ni kan memang terkenal dengan produk sun block. Wajibla Ibu cuba kan.
 

 
Ini produknya Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50

Ibu dah cuba Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 untuk beberapa hari. Alhamdullilah sesuai dengan kulit. Bila pakai tak berminyak dan rasa ringan. SPF 50 lagi kan. Mestilah bertahan dari pergi kerja sampai balik kerja.
 
 

Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 :
Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 dirumus untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven® terhadap sinar matahari. Selain itu, Teknologi AvoTriplex® Banana Boat menggabungkan:
  • Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit
  • Penyerap UVB untuk melindungi dari kesan terbakar cahaya matahari. Tanpa perlindungan yang mencukupi, sinar UVB akan menembusi lapisan epidermis kulit, menyebabkan ia mudah terbakar bergantung kepada jenis kulit anda.
  • Ejen penstabilan sinar suria yang mengekalkan perlindungan berpanjangan dari pancaran matahari dan tidak mudah cair.
 
Kalau nak cuba bolehla beli Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 yang terdapat di semua rangkaian farmasi, kedai runcit dan pasaraya dengan harga RM32.90 (60ml).

Nak free? Boleh. Ibu akan bagi hadiah satu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 kepada pembaca bertuah. Apa nak kena buat? Mudah je
  1. Buat satu entri bertajuk Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50
  2. Buat satu entri ringkas - boleh copy paste bahagian Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 kat atas ni
  3. Tinggalkan link di entri ni sebelum 31 Oktober 2012
 
Pemenang utama akan menerima satu Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50  dan 3 pemenang saguhati akan menerima hadiah misteri. Pemenang akan dipilih secara rawak. Mudah je kan? Jadi jemput join ye :).

6 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Min Aina Ila Aina said...

Saya guna Biore. Nakkan protection yang lebih, makan vitamin E.

Rozita said...

nak! jap lagi saya buat!

Rozita said...

dah join! http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/10/banana-boat-ultra-protect-faces-spf50.html

Raihana Rr said...

saya join!!

yahoooo.....

http://cahayahana.blogspot.com/2012/10/banana-boat-ultra-protect-faces-spf50.html

Ayu Hussien said...

salam...
saya pun dah join.. jom singgah

http://ayuhussien.blogspot.com/2012/10/contest-banana-boat-ultra-protect-faces.html

Raihana Rr said...

tak sabar nak tunggu result nyeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop