@ Marah anak?

Wednesday, October 17, 2012

Lately selalu marah Ammar. Bukan sengaja nak marah. Dah cakap lemah lembut 2-3 kali. Cakap dalam nada tinggi pun 2-3 kali. Lepas tu tak dengar juga memang angin pun naik la. Huhu. Setiap kali lepas marah or puk die mesti rasa bersalah sangat. Rasa sedihhh je. Tapi tak larat nak bersabar.
 
Dah cuba bertenang dan ambil nafas. Tapi macam semalam. Tengah nak kasi Amani tidur, die nak makan Calcium. ibu cakap - minumla susu coklat dulu. Nanti lepas adik tidur baru Ibu buatkan. Dia kata ok. Tapi tiba-tiba jerit dari dapur (yang mana Amani pun jaga dan menangis). Dia buka sendiri calcium tu dan habis tumpah. Tarik nafas panjangggggg.
 
Tu Ibu tahan lagi. Takpelah lapar kan. So kasi Amani baring kat toto dan kuatkan tv skit supaya dia ingat ada orang. Pergila buatkan Ammar roti. Tengah buat tu - Ammar ke depan. Tiba-tiba Amani nangis. Kelam-kabut Ibu ke depan. Tanya kenapa - Ammar cakap dia duduk atas adik die. Ya Allah sabar je. Memang angin dah sampai kepala. Kita dahla penat pastu buat perangai lagi.
 
Bukan tak pernah slow talk. Cakap lembut. Tapi macam tak lekat je kat kepala. Selalu cakap kuat-kuat. Kacau adik. Emmm bila Ibu tengah ok tu takpelah. Tapi kalau dah tengah penat dan lapar - memang hangin jelah kan.
 
Ada solution tak? macam mana nak handle situasi ni. Ibu malam-malam selalu baca allatif, al hayyum dan alqoyyum sapu pada ubun-ubun supaya lembut hati. Kalau boleh tak nak marah Ammar. Tapi sekarang ni kalau tak marah lagi la berleluasa. Huhu.
 
Budak bertuah ni

13 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Nigina said...

macam anak i gak...kekadang tgk dorang lebih suka kena marah... ntahlah i rasa dorang nak perhatian lebih kot...

hu[d]etx said...

Salam Kak,
Kita pun ada anak 2 tahun 7 bulan dan ada baby 5 bulan.
Memang mencabar sangat-sangat.Hehe.

Hari tu Dr. Harlina wife angkasawan tu instagram gambar buku husband dia belikan.

"The Second Baby Survival Guide: How to stay calm and enjoy life with a new baby and a toddler" -Naia Edwards-

Kita pun dah order kat Kinokuniya.

Harap-harap ada banyak tips dalam tu.

Hehe.


-Huda-


mira edora said...

Samala ngan aku yana.. memang tak tau nak buat apa dah. Aiman lagila, sukaaaaa sangat tarik rambut amni. Dia mcm pintal2 pusing2 kan rambut tu. of course la memang sakit kan, sama tido ke, masa amni tengah duduk ke. kalu tido,selain pintal2kan, suka lalu betul2 kat kepala amni, n akan pijak rambut amni. bab cakap elok2 tu, kekadang sampai tak reti nak buat apa dah. pukul pun ye, marah tu lagi la kan.. waaaaaa.. memang sangat susah. siap kekadang tu aku tarik balik rambut aiman kasi dia rasa camne sakit nyer tu. tapi masa tu meraung kejap (boleh plak dia buat amni, dia nyer meraung tu lg over dari amni yang kena tarik rambut).pastu nanti, buat lagi. paling tensen kalu masa tu amni tido.. aku pun xde idea nak wat camne. sabar selagi boleh.. tp kalu sehari 10x buat kan.. mau 3x je sabar.. yg lain tu tibai pulak..

atfina said...

owh...ini perkara biasa.. anak saya pon buat perangai yang sama waktu awal2 dapat adik dulu... dan disitula bermulanya kaki kena rotan.. babyibu kena teruskan usaha baca ayat2 suci di ubunya.. yakinlah pada usaha..dan bukan pada result. result takkan nampak imeediately... InsyaAllah..bila nanti adik dah pandai communicate dengan abang.. abang akan ok la... :)

Nad @ MamaZN said...

Sbr byk2 k

nurulams said...

hehe! exactly like my 4 year old son. Adik dia 6 months yang memang sama macam amni, jenis yang nak berdukung beriba bagai.

tapi sebelum i sempat tiup umbun-umbun ya latif... dia dah tiup umbun-umbun i dulu...alahai...

transformed housewife said...

marah mmg kena marah sbb biar dia tahu ada limit. tp bila dia behave, puji dan cakapla "ibu lagi suka abg jd budak baik mcm ni".

ieyda said...

ieyda pun penah alami kes mcnie...bila kita dh puk tu, rasa bersalah yg amat..terus gi peluk si abg...pastu dia siap ckp lg mama dh xsyg dia...ieyda nangis jap time dia ckp mcmtu...bukan sengaa nk naik tgn nie...tp dh xterkawal...

~emi~ said...

Heheh..bykkan bersabar ye kak. Dugaan bila dah ramai anak ni. Kalau sorang mampu lagi nak handle kita punya rasa marah, mampu lg nak sabar..dah ramai nnt tak terlayan semua..:)

http://antara2daerah.blogspot.com said...

huhuhu menghadapi perkara yg sama.....

Rozita said...

hihi... dia saje menguji tu... baru 2 tu.. belum 3-4-5 lagi..

akak ada kongsi kat blog juga pasal ni http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/06/anda-sanggup-pukul-anak.html dan ini http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2012/09/salam-sejahtera-semua-doa-untuk-anak.html

AkmaFaizal said...

Hmmm..tak tau nak kasi tip cam ne. Saya anak dah 4, tp masih tak boleh nak control marah. Walaupun dh nasihat, dah marah,dah cubit, dah pukul etc masih nak menguji kesabaran ayah n ibu.

Maybe xseronok klau xdgar bebelan ibu tiap2 hari. Seronok n inginkan perhatian gitu. :)

Sabo bebanyak n doakan yg terbaik utk anak2. Semoga diorg jadi anak yg soleh/solehah. Aamiinn

muzatul akmar Hj Mustafa said...

tak tahu lah sejauh mn keberkesanan tp tak salah mencube...jgn putus asa...lawan rasa takde masa dsb....bckan kat air minum die 4 surah iaitu surah fatihah, surah al kursi, surah insyirah dan surah toha ayat 1-5..........buat selalu....bolh juga dibaca kat ubun2 waktu die tdo........sambil masak nasi or mknn elok dibaca juga...cubelah amalkan...insyaAllah...sbb saya dah cube...anak hyper aktif...slalu marah bimbang juga takut ape2 jd kat die sbb hati kita sllu marah kat die......sbb tu cube cara ni...nmpk ada juga perubahan......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop