@ Anak oh Anak

Sunday, November 18, 2012



Ibu jumpa ni di FB. Just nak share sebagai peringatan untuk semua. Bukan senang nak didik anak. Ibu pun selalu kena ingatkan diri supaya tak alpa dalam mendidik Ammar. Dugaan memang banyak. Kalau jenis sekali cakap terus buat, bahagia hidup. Tapi ni, 10 kali cakap pun tak tentu buat. Memang kena tarik nafas panjang-panjang.
 

Bila Ibu baca bawah ni. Banyak yang Ibu belajar. Contohnya yang pertama tu - melabel anak. Ini Ibu memang amalkan. Walau tensen macam mana pun Ibu cuba elakkan cakap ngada-ngada, tak dengar cakap - Ibu cuba guna ayat lebih positif macam budak baik, budak bertuah. Macam orang tua-tua amalkan. Sebab Ibu percaya ayat tu doa. Sebab tu juga Ibu tak suka bila orang lain cakap Ammar ni nakal or mengada-ngada (walaupun memang kadang-kadang tu betul). Bagi Ibu itu umpama doa. Jadi kenalah biasakan sebut ayat yang baik untuk anak - atau kepada anak orang lain sekalipun.
 



Kedua - jadual yang rutin. Ini memang perlu Ibu perbaiki lagi. Problem ni berpunca Ibu juga. Sebab Ibu punya jadual pun tak stabil - study ikut mood. Jadi jadual tak tentu. If kerja 8 to 5 lagi senang nak buat jadual anak. Apa pun akan cuba perbaiki lagi. Sekarang ni, apa yang Ibu amalkan ialah - dalam sehari make sure ada aktiviti yang Ammar akan buat. Baca buku ke, buat latihan matermatik ke, baca iqra ke, melukis ke. Semua selang-seli ikut mood die hari tu.
 
Ketiga ni memang dari baby lagi dah amalkan. Ibu nak Ammar peluk Ibu sampai Ibu tua. Sebab Ibu perasan-ramai tak nak peluk mak mereka bila dah besar. Malulah konon. Ibu tak nak macam tu. Hari-hari Ibu akan peluk dan kiss Ammar. Ibu akan minta Ammar peluk Ibu tiap kali pergi dan balik dari rumah MIL. Ibu juga suruh Ammar peluk dan kiss Ayah. Insyaallah akan jadi amalan sampai AMmar besar.
 
 

Pendek kata - banyak lagi nak kena belajar nak jadi ibu bapa yang baik. Bukan mudah. Apa yang boleh kita buat. Cuba yang terbaik. Biar hari ni lebih baik dari semalam. Kesalahan semalam, kita baiki hari ni. Begitulah seterusnya. Paling penting kita doakan anak kita. Semoga menjadi insan yang soleh dan berguna di masa depan. Insyaallah.
 
 

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Allene said...

setiap ibu, teringin jadi yang terbaik untuk anak2. tp kadang2 macam bnyk halangan je... :)

Rozita said...

saya masih peluk mak sampai dah ada anak..memang akan amalkan kat anak sampai bebila.. Nabi Muhammad pun rajin peluk anak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop