@ Nak ambil gambar juga...

Saturday, November 3, 2012

Tadi pergi ke Giant. Beli barang dapur. Masa nak keluar perasan ada pertandingan Si Comel Giant - err macam tulah lebih kurang. Just kena bagi resit Giant bernilai RM50 ke atas. Ibu pun pergilah daftar. Disebabkan sorang je boleh. Satu resit untuk seorang. Makanya Ayah cakap tangkap la gambar Amani. Ammar dah pernah buat masa kecil dulu.
 
Time tu Ammar ok je. Siap semangat panggil nama Amani supaya Amani senyum. Tak sempat pula nak snap gambar time tu. Ibu pegang Amani. Ayah pula pegang barang time tu. Ambil gambar sekejap je pastu balik. Dapat jelah 2-3 keping gambar Amani yang senyum. Orang tu cakap kalau nak softcopy RM20. So Ayah kata tak payahla. Nanti balik rumah amik sendiri je gambar tu. Heh.
 
Kemudian kami balik. Bila nak masuk kereta Ammar mula buat perangai. Itu tak kena ini tak kena. Ibu tanya la kenapa. Tiba-tiba dibantainya meraung. Katanya Ibu tak ambil gambar abang kat Giant. Teresak-esak menangis. Lorr jeles rupanya. Tadi nampak macam ok. Huhu. Penat la pujuk satu petang ni. Itulah bila lama sangat dimanjakan. Sedih pula Ibu tengok. Tadi lepas balik Ibu pun temankan dia baring sambil peluk. Huhu. Takpelah bang, nanti minggu depan pergi Giant ambil gambar abang pula k.


2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Rozita said...

kesian ammar... hehe.. lainkali kena ambik gambar 2-2 nanti adik amani pulak yg jeles..

Oyis said...

ololo sian abg ammar jeles. memendam perasaan sampai naik kereta. minggu dpn ye ammar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop