@ Keranamu FB

Monday, December 31, 2012

Banyak betul sale sekarang ni. Year End Sale lah. Lepas ni New Year Sale pulak. Memang mengugat iman betul. Ibu takde pergi shopping complex pun - sebab takde apa nak beli pun kan. Kalau pergi tawaf wajiblah ada yang dibeli. Yelah sale sekarang 50%-70%. Memang berbaloila sebenarnya nak beli apa-apa.
 
Tapi bila fikir - takdelah benda nak beli sangat pun. Baju dah cukup. Toys dah terlebih :P. Konon-konon tak nak membuang duit maka takdelah Ibu rajin sangat nak pergi jejalan kat The Curve ke OU ke. Tapi..
 
Tapi end up ada juga yang sangkut. Semuanya sebab tetiba sale tu keluar kat wall FB. Haha. Bila dah keluar kat FB tu, mula la klik. Kang klik-klik terus teruja nak beli. Tangan laju je nak beli. Kalau g kedai tu Ayah selalu sound - pakai ke? bukan dah banyak ke? Tak cantik pun, biasa je. tak payah la beli. So insaf sekejap. Tapi kalau beli online ni - paham-paham jelah. Hehe.
 
Apa yang Ibu beli? Heh. Baju kurung dua lai dari Asylla. Tudung Najjah, baju Ammar n Amani. Huwaa. Tapi Ibu beli memang murahla. Berbaloi-baloi gitu. Heh kena masukkan satu azam baru la untuk 2013 - kurangkan online shopping. Boleh ke? Ahaks.
 
 
 

@ Itu ini

Thursday, December 27, 2012

Bulan ni memang sangat bz, So Ibu just buat quick update berkenaan beberapa perkara:

  • Terima kasih di atas feedback berkenaan autisme. Dah bersembang dengan beberapa orang yang tahu. Insyaallah bukan. Tapi next week g cucuk Amani akan tanya sekali Dr. Chua. Hopefully takde pape.
  • Lambat tul nak umum hadiah Top Commentator. Hadiah bulan 12 ialah Italian Chiffon Scarf bernilai RM40 untuk 2 orang. So ada lagi 5 hari nak join. Jom join..:)
  • Kepada pemenang bulan lepas - sila email alamat anda k. Nak poskan hadiah hujung minggu ni. Check sini senarai pemenang k - http://babyibu.blogspot.com/2012/12/yang-dinantikan.html.

Tenkiuuuu.

@ Autisme?

Wednesday, December 26, 2012

Ammar sangat aktif. Sangat-sangat aktif. Dia boleh main pagi sampai tengah malam tanpa penat. If penat, die baring 5 minit je pastu sambung main. Bila Ibu marah - tah dengar ke tidak. Kena pakai pitch tinggi baru nak jawab "Ye Ibu". Tu pun tak sampai 5 minit buat balik. Huhu.
 
Ibu takut juga if Ammar ada autisme. Sebab  ada satu dua ciri di bawah yang Ammar suka buat macam suka menjerit tanpa sebab dan dia memang suka pegang tangan Ibu. Tapi dari segi komunikasi dan pembelajaran - Ammar so far takde masalah. Dia boleh fokus baca atau buat latihan  5-6 muka surat sekali buat. Hmm takut juga kan. Nanti jumpa dr untuk cucuk Amani, Ibu nak cuba tanyalah. Huhu.

@ Oh Anura Zain

Sunday, December 23, 2012

The only singer yang boleh membuatkan Ibu teruja seperti bebudak ialah Anuar Zain. Dari muda remaja memang minat sangat. Bila Ibu tahu Anuar Zain nak buat Konsert Mega - Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari, teringin sangat nak pergi. huhu. Tapi nak buat macam mana - time nilah time paling getir dalam study. Harapnya nanti die keluarlah DVD ke apa - even tak feeling macam tengok real live pun - at least boleh tengok kan. All the best Anuar Zain!!



Nak pergi tengok? Sila la klik sini untuk beli tiket. Kalau ada pergi, kem salam kat Anuar Zain ye...

@ Ragam Amani

Friday, December 21, 2012

Ibu sangat sibuk dan tengah fokus pada benda lain. So mood nak berblog merudum. So jom layan ragam Amani...

Photo: Amani dah dapat lesen L

Photo: Amani tunjuk cara stretching yang betul. Pak Lang take note!

Photo: Style tak rambut saya

Photo: First time Amani gi taman permainan.







 

@ Food Rules




@ AEON Day One Utama dan Mamypoko

Wednesday, December 19, 2012

Tajuknya merupakan ringkasan kepada ayat - Hari ini pergi ke AEON day One Utama semata-mata nak membeli Mamypoko yang berharga RM40.90. Hehe. Amani dah pakai saiz M - huhu. Abang Ammar dulu setahun baru tukar saiz M. Gebunya anak dara saya sorang ni. Hehe.


Sumber: google
 
 
Barang lain? - just sehelai baju untuk Ammar dan Ibu. Tu je. Mode shopping ke laut sebab tengah dalam mood writing. Komen Ayah - Bagus Ibu. Teruskan mood begitu :P.

@ BabyIbu YES

Tuesday, December 18, 2012

Apa yang YES? Mestilah Year End Sale. Jom tengok..
 
 If ada yang berkenan - Order di sini ye
 
 
1. Shawls Arzu - Patchwork Dark Grey
RM69 RM50

 
2. Kasut Clarks
RM100 sahaja RM80

 Saiz 10 uk


 
 
3, Sandal Clarks

Saiz 5

RM175
 

 
 
4. Coach Poppy Metallic Signature Foldover Crossbody
 
Preloved - Guna sekali-dua je - Excellent condition-Like new
 
RM850 RM640
 


 
 
- Signature sateen fabric with metallic outline and fabric trim
- Inside zip, cell phone and multifunction pockets
- Zip-top closure, fabric lining
- Handle with 5" drop
- Longer strap for shoulder or crossbody wear
- Size : 11 3/4" (L) x 10 3/4" (H) x 3 1/2" (W)
 
 
 5. KYRA FLORAL PRINT MESSENGER
 
RM800 RM 630





Floral print fabric with metallic fabric trim
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Snap closure, fabric lining
Adjustable strap for shoulder or crossbody wear
13 1/2" (L) x 10 3/4" (H) x 3 3/4" (W)


COACH F47221 POPPY DREAM C MEDIUM SKINNY
 
RM200 RM130



Poppy Dream C print fabric with metallic trim
Zip-top closure, fabric lining
5" (L) x 3 1/2" (W)
This is a signature product
 

@ Si hitam buat ku tertawan

Monday, December 17, 2012



Si hitam baru di dapur Ibu. Ibu loikee

Posted via Blogaway

@ Takut Gelap?

Sunday, December 16, 2012

Ibu memang penakut gelap. Kalau sorang-sorang memang akan tidur buka lampu. Sejak dah kahwin takdelah buka lampu sebab dah bertemankan :P. Dulu kalau Ayah outstation, Ibu dan Ammar tidur buka lampu - tapi bukan lampu kawasan tidur - lampu toilet. Tapi lepas ni kalau Ayah outstation,  kena tidur tutup lampu. Demi kebaikan Ammar n Amani. Tapi still kena ada cahaya sikit - kang tak nampak lak nak breastfeed Amani. Huhu.

@ SCHOLL Warehouse Sale

Saturday, December 15, 2012


Pagi-pagi dah bangun pergi Scholl warehouse sales. Nak cari sandal la konon ni. Kasut School kat kedai selalu RM200-RM300 gak. Huhu. 

 
 
Sampai pukul 9.20 pagi tapi orang dah ramai giler. Nak tengok kasut pun tak nampak. If ada yang berkenan dah takde saiz. Huhu. Rata-rata sandal dalam RM90, kasut bertutup RM130, kasut lelaki dalam RM130-RM160. Kasut budak ada 3-4 pilihan je - RM60.
 
Gambar pun tak ambil sebab orang padat betul. Dengan nak pegang kotak kasut lagi. Disebabkan banyak takde saiz. Kitaorang beli 2 pasang je. Satu untuk Ibu dan satu untuk Ammar. Jadilah kan dari takde.
 

 
 Kasut Ammar - RM60

 
Selipar Ibu-RM50
 
Warehouse sampai esok. Sape yang dekat bolehla singgah ye. Heh.

@ Survey?

Friday, December 14, 2012

Rasanya memang ramai di luar sana yang tak suka jawab survey. Mesti akan mengelak dari terlibat dalam jawab survey. Ye tak? Tapi bagi kami dalam komuniti research ni sangat faham kepentingan survey tu. Betapa susahnya nak cari orang nak jawab survey. Betapa pening bila responden tak cukup untuk buat analisis.
 
Sebab tulah kalau ada orang nak buat survey - Ibu rela hati membantu. Tak kira la tepi jalan ke kat supermarket ke. Ibu mesti stop dan tolong isi. Apa salahnya membantu kan - just spend sedikit masa dan idea - bukan kena keluar duit pun kan.  

Ibu sekarang pun sebenarnya dalam fasa kumpul data. Tengah buat system evaluation. Tapi domain Ibu specific sikit jadi tak dapat nak minta tolong korang. Huhu. Tapi tadi kawan Ibu minta tolong buat survey untuk PhD die. Domain die Malaysian Women. Jadi pasti ramai boleh tolong. Harap korang sudilah tolong jawab survey kawan Ibu ni ye. Insyaallah bila kita permudahkan kerja orang, nanti Allah tolong permudahkan kita pula. Amin.

klik bawah link bawah ni untuk jawab survey

Survey of Online Health Information Seeking Among Malaysian Women

@ Yang dinantikan

Mohon maaf kerana lambat sangat keluar result. Maklumlah tengah banyak sangat kerja sekarang. Ok tanpa banyak cakap mari kita umumkan pemenang untuk dua contest yang berlangsung bulan lepas.

 Kepada pemenang - sila klik sini ya untuk bagi maklumat penghantaran hadiah :) Tahniah!!

Top Commentator
  
Allene
 Oyis
 
 
 

@ Tabung Si Jantung Hati

Thursday, December 13, 2012


Jom sama-sama kita meriahkan karnival ini. Beraktiviti sambil beramal :)
 

@ Writing Mood

Wednesday, December 12, 2012

Sekarang Ibu dalam writing mood. Bukan writing entry blog tau. Tengah dok menulis tesis. Hajat hati nak hantar awal tahun depan. Harapnya sempat. Tengah gigih ni. Gigih gigih pun - gigih standard mak anak dua je lah. :P Tak segigih macam masa buat master dulu. Bangun tidur mengadap tesis.
 
Gigih-gigih suam ni pun. Jerawat dah melawat dengan manja. Kepala pun dah pening-pening. Amani pula tukar bulan buat pe el tak nak tidur. Memang dongdang sayang la Ibu. Huhu.
 
Sekarang tengah evaluate system. Susahnya cari responden. Harapnya cukupla seperti yang ditarget. Sekarang baru dapat 10 per cent. Debor. Huhu. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amin.



 
P.s: Pemenang bulan lepas akan diumumkan esok or lusa ke. tengah peningg. TQ

@ Meriahnya Birthday Party

Tuesday, December 11, 2012

Hari Ahad Ibu pergi ke birthday party anak kawan Ibu. Kawan Ibu dari sekolah menengah di Kelantan. Memang meriah jumpa bestpren. Ammar pun suka sebab dapat jumpa kawan.



 

Ops kantoi. Ibu siap tapau kek bawa balik. Sebab masa Ibu dah nak balik baru potong kek. Tapi sebab kek red velvet punya pasal. Tebalkan muka tapau. Hehe.
 
Memang best sangat. Paling Ibu suka personalize item party. Ini kawan-kawan Ibu yang buat sendiri - SugarLova team. Diorang buat Ballon Decoration - dengan personalize hiasan macam kapal terbang kecik yang sangat kiut.
 

 


 
 

 
Cantikkan? Buat sendiri tau semua tu. Memang creative. Kalau korang berminat nak buat birthday party ke decoration tuk event ke - boleh contact diorng terus.

 
atau
 

@ Personalized Calendar 2013

Monday, December 10, 2012

Sape berminat nak buat personalized calendar? Boleh order kat sini Phototalkz. Tinggal beberapa hari je lagi promosi ni. RM10.15 sahaja. Ibu dah beli 2. Satu kat rumah dan satu kat ofis :). Boleh mengadap muka budak berdua tu sambil buat kerja. Hehe.


 



 
 
 
 

@ Kegembiraan di Penghujung

Tajuk macam nak tulis novel pula. Heh. Maksudnya di sini - bila belajar tu - tak kisahla sijil, diploma, degree etc. memang tak mudah dan banyak dugaan. Tapi Insyallah, Allah akan kurniakan kegembiraan/kebahagiaan di penghujungnya bagi yang rajin berusaha. Insyaallah.
 
Tahniah pada dua adik Ibu yang konvo pada tahun ni - Pak Ngah Opy dan Mak Su Tiqah. Semoga tahun depan giliran Ibu pula ;p. Doakan ye. Aminnnnnnnnnnn. (Bagi panjang sikit aminnya)
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop