@ Autisme?

Wednesday, December 26, 2012

Ammar sangat aktif. Sangat-sangat aktif. Dia boleh main pagi sampai tengah malam tanpa penat. If penat, die baring 5 minit je pastu sambung main. Bila Ibu marah - tah dengar ke tidak. Kena pakai pitch tinggi baru nak jawab "Ye Ibu". Tu pun tak sampai 5 minit buat balik. Huhu.
 
Ibu takut juga if Ammar ada autisme. Sebab  ada satu dua ciri di bawah yang Ammar suka buat macam suka menjerit tanpa sebab dan dia memang suka pegang tangan Ibu. Tapi dari segi komunikasi dan pembelajaran - Ammar so far takde masalah. Dia boleh fokus baca atau buat latihan  5-6 muka surat sekali buat. Hmm takut juga kan. Nanti jumpa dr untuk cucuk Amani, Ibu nak cuba tanyalah. Huhu.

8 kawan BabyIbu berkata-kata..:

fiszah_pjo said...

anak kawan saya pun autism.dorang detect masa anak die umo nearly 2 years,huu.doktor kata mild autisme. now every week or two week, dorng anta anak dorang g terapi.better u g cek

M@Ri@M said...

yana....ako pn sma risau.pk n survey..ada yg ckp bdk sebaya dorg mmg cmtu.paed ckp..bdk nk membesar mmg cmni..esp lelaki.bio dorg aktif..otak bergerak.tp ako x byk lg anak ako g jumpa specific doc.sbb x semua menda menarah ke autisme kn.huhu..risau gk ek bile pk

amataresu said...

Salam,
Apa kata rujuk pada yang pakar coz tak semua doktor biasa arif tentang disabilities. banyak student saya yg salah dibuat klasifikasi oleh doktor biasa.
Moga2 sihat sempurna insyaallah..ujian Tuhan tak siapa tahu. mestilah kita nak buat yg terbaik utk anak tersayang kan..just do 4 the best, ready 4 the worst dan berserah kpd Allah ^__^

Arfah said...

Salam Ibu,

Selama ni silent reader je. Tapi hari ni terpanggil nak komen.

Kriteria dalam poster nampak agak mengelirukan, membuatkan orang awam ragu-ragu dan risau fikirkan anak-anak adalah autistic atau tidak. Walaupun poster cuba untuk menyenaraikan kriteria, namun setiap kriteria perlu penerangan lebih lanjut untuk menggambarkan Autism. But I guess, poster is aiming to create awareness in public to identify "weird" behavior in kids, that might lead to diagnosis of autism.

Autism lazimya dikenalpasti jika ada delays or abnormal functioning dalam social interaction, bahasa yang digunakan dalam perbualan sosial atau imaginative play (dan diterangkan secara terperinci melalui kriteria-kriteria tertentu).

Untuk seseorang di-diagnose as an autistic, dia kena match certain criterias, bukan hanya dengan satu dua behavior sahaja. And each behavior ada kayu pengukurnya. A bit complicated, but that what people usually miss.

I've had experience with patient that was misdiagnosed by medical doctor. Sebenarnya speech delay sahaja, tapi doctor diagnose as autism. Ada jugak children yang suka-suka di-diagnose autism oleh preschool teachers. My point is, it can get quite confusing in diagnosing disabilities in children and it's always best to seek professionals yang sepatutnya, like Psychiatrists or Clinical Psychologists.

Harap ini membantu.

Arfah
(Clinical Psychologist/Counselor)

::CIK LYNN:: said...

saya penah buat praktikal dekat pusat autisme...1st benda yang saya detect, bdk2 autisme ni ska psing objek bntuk bulat...

misshannajr said...

better jumpa pakar yg sesuai, dorang lebih tahu..

mommyosh said...

slm..sy pon risau jugak anak sy 4thn autisme koz lambat bertutur n tak bp phm ckp nye...terus chek pead..just speech delay..n skang baru nk belajar bertutur n nampak byk berkembangannya..so byk la gak study psl autisme..tye kwn2 yg ada anak autisme, tye docter.bw kat web..
neway, sy rs ammar bukan autisme..biasala bbdk nk lasak..terlebey gula org tua ckp huu..kalu budak autisme, slh satu nye, kalu kiter berckp dgn nye, die buat tak tahu jek..satu lg suke jln berjengket2

Raihana Rr said...

cuba akk jumpa pakar dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop