@ Posto

Thursday, January 31, 2013



Akhirnya berjaya curi masa nak pos hadiah2. Ingatkan nak kumpul semuanya tapi ramai lagi tak bagi alamat. Kepada yang dah bagi alamat, tunggu hadiah anda k. Bagi yang belum, boleh emailkan alamat k. ;)

Posted via Blogaway

@ Short Trip to Cameron Highlands

Tuesday, January 29, 2013

Memandangkan Ibu sekarang bz, memang kami takde plan ke mana pun. Tapi tetiba MIL ajak ke Cameron Highland. Emm Ibu pun fikir bolehla setakat sehari dua. Release tension jap. Ibu pun dah rasa macam zombie sebab kurang rehat dan tidur. So budget pergi ni boleh lapangkan minda sikit.
 
Kami bertolak hari Jumaat petang. Alhamdullilah sampai sebelum Maghrib. Terus pergi pasar malam. Wah pasar malamnya dah macam uptown pulak. Macam-macam jual. Maaf lupa pulak nak ambil gambar. Sorang bawa Ammar dan sorang bawa Amani. Jadi tak sempat nak snap. Huhu. Lepas beli jagung dan apam balik di pasar malam. Kami balik hotel dan tidur. Kali ni tidur di Equotarial. Kami tumpang apartment kawan MIL :P.
 
Esoknya bangun pagi-pagi nak pergi Gunung Brinchang. Heh. First time nak pergi walau dah naik Cameron Highland ni 2-3 kali. Bestla juga walau mengah Ibu panjat. Track die cantik. Cuma penat naik tangga jelah. Ayah la paling penat sebab dukung Amani. Kemudian, singgah kebun sayur dan strawberi kat situ. Sayangnya buah strawberi tak ada sangat - katanya musim die nanti bulan 3-4 macam tu.
 
 
Kemudian singgah minum jap kat BOH Sungai Palas. Ini memang wajib singgah. Best sangat. Rasa seronok dok atas pelantar tu. Lapik perut sikit before cari lunch. Dalam pukul 12 tengah hari kami pun turun. Sekali jemmed. Wahb baru perasan ramai giler orang. Nasib baik kami dah settle melawat-melawat. Just nak cari lunch je.
 

 
Lepas lunch, kami pusing-pusing kat area pasar malam tu. Orang dah mula ramai. Pukul 5 tu kami dah start beli-beli. Beli jagung sikit dan strawberi kering. Strawberi segar tu kalau bawa balik masam. Jadi better la beli yang kering kan. Pukul 6 petang kami balik ke hotel. Alhamdullilah lancar perjalanan. Tapi jalan bertentangan, memang packed gile. Siap kalau orang jalan lagi cepat sampai dari naik kereta. Huhu.
 
Malam tu Ibu dan Ayah turun jalan-jalan berdua. Mengenangkan kembali time honeymoon. Eceh. Hehe. Tapi sekejap jelah. Kesian pulak kat budak berdua tu. Malam pukul 10 dah tidur dan pagi esoknya kami bergerak pulang. Sekali lagi jalan bertentangan jemmed gile. Agaknya memang la Cameron Highland ni tak boleh datang kalau time cuti sekolah. Huhu.
 
Tapi apa pun, Ibu enjoy. Dapat berehat dan tenangkan minda sekejap. So now fokus balik ya. :)
 

 
 

@ PhD Bootcamp

Friday, January 25, 2013

Minggu lepas Ibu pergi PHD Bootcamp. Bootcamp ni bukanlah ada tunjuk ajar ke workshop ke. Tapi just macam kena duduk dan hadap tesis tu. Tiga hari dari Jumaat sampai Ahad. Ada yang komen kata tak seperti yang diharapkan - maybe diorang expect akan ada yang bagi bimbingan berkenaan kaedah penyelidikan dan sebagainya. Tapi bagi Ibu, Ibu suka. Memang objektifnya, memang nak kita duduk dan buat. Yelah kalau dah hujung-hujung ni - kot kata kaedah kita salah - hoho - memang berlagu air mata la. Sekarang ni memang peringkat - hadap dan tulis je.
 
 
 
Yelah kalau kat rumah tu kan ke banyak dugaan - mana nak urus rumah dan mana nak layan anak. Kat lab tu ok sikit, tapi kat sini jadi semnagat sebab semua orang gigih menulis sebab nak submit. Ibu memang semangat sebab die buat Sabtu/Ahad. Selalu kalau weekend ni kat rumah kurang produktif - so pergi bootcamp ni banyak juga boleh buat. Berjayalag compile whole thesis in one file dan format apa-apa yang patut.
 
 
Mengantuk ke takde mood ke kena buat juga :P
 
Nampak senang je kan nak compile semua chapter masuk dalam satu fail. Tapi senang tak senang makan 3 hari la juga. Huhu. Bestnya lagi sebab makan free. Hehe. Siap ada sedia biskut dan air panas segala. Memang bestlah. Heh. Emm mesti korang bosan dengar cite pasal ni kan - tapi nak buat camne - sebulan dua ni Ibu memang fokus tulis tesis. Lain tu jadi kurang produktif. Insyaallah lepas settle semua Ibu akan aktif balik. Memang perjuangan yang hebat ni - memang ikut hati dah penat tapi tabahkan je ni. Sikitttt lagi. Huhu.Doakanlah ye.
 

P.s: Hadiah-hadiah akan diposkan minggu depan k. Kepada yang belum bagi maklumat penghantaran-sila bagi segera k. Tq

@ oh amani

Wednesday, January 23, 2013



Lamanya tak bersiaran. Sibuk sangat sekarang ni. Serius rasa macam zombie. Ding dong je kepala. Dah seminggu asyik selsema batuk.

Paling kesian amani. Nak peluk2 pun tak boleh takut jangkit. Tapi selsema tak kena, alih- alih demam pula semalam. So, ibu pun kena slow down sikit dan fokus pada amani. Kesian die. Huhu.

Heh. Tak sihat pun masih tersenyum. Sayang amani.

Posted via Blogaway

@ Bootcamp?

Tuesday, January 15, 2013

Kalau Ayah pergi Bootcamp senaman - Ibu pula nak pergi PHD Thesis Bootcamp. Hujung minggu ni Ibu pergi. Tiga hari hanya Ibu dan thesis. Kena korbankan yang lain-lain sekejap demi nak siapkan thesis ni.
 
Kalau perasan memang Ibu slow sikit berblog kebelakangan. Reply email pun slow. Pendek kata semua slowlah - sebabnya otak tengah pikir banyak benda. Mana nak edit bab 1, mana nak edit bab 2 - mana pula nak analisis data. Huhu. Tabahkanlah hati ini dan kuatkanlah badan ni Ya Allah. Sikit je lagi ni. Huhu. (Tekak dah sakit, kepala dah pening ni)
 
Tengok gambar bawah ni tetiba semangat balik - chayok chayok!!!
 

@ Body Cantik dengan Spanx

Saturday, January 12, 2013

Heh tajuk memang tak tahan. Sebenarnya mencari-cari benda yang boleh membentuk balik badan selepas bersalin. So far dah ok cuma spare part sikit-sikit tu sakit mata pula tengok. Nak try Premium Beautiful tak mampu, so ada kawan cadangkan beli Spanx. Ibu beli Spanx ni online.
 
Sebenarnya baru dapat minggu lepas. Memang sedap pakai. Ibu beli yang ni In-Power™ Line Super Higher Power.
 

 
 
Meh tengok gambar sebenar. Kain die memang sedap pakai. Nak basuh pun senang. Gigih nak kena pakai selalu ni nak kasi perut kempis :P.
 
 
 
 

 
Siap ada lubang kat bawah - err untuk buang air. Tapi sungguh tak munasabah. Orang putih boleh la kot. Heh. Tunggu lagi sebulan dua Ibu akan review balik ada kesan tak.

@ Oh 7

Thursday, January 10, 2013



Sekejap je amani dah 7 bulan. Baru bergolek2. Makan selera dan dah pandai pilih orang. Hmm sian amani ibu tak dapat bersama kerap mcm abg ammar dulu. Nnti siap tesis ibu golek2 ngan amani k.

Posted via Blogaway

@ The best Nursing Bra

Wednesday, January 9, 2013

Owh menyepi pula sekarang. Tengah sibuk writing. Macam zombie je rasa ni. Tidur tak betul. Ni rehat jap before start balik keje. Just nak share nursing bra feveret. memang best sangat pakai. Semuanya dari Fabulous Mom. Ibu pernah try beli masa pantang. Tak sangka memang sedap dan selesa. Yelah kena la beli nursing bra ya bagus tuk support. Masa Ammar tak pandai, main belasah je.

Ada dua jenis yang Ibu cuba. Kalau malam or hari cuti Ibu suka pakai Fabulous Mom - Sarah Nursing Sleep Bra. Selesa sangat.

 
 
 
 
 
Kalau hari pergi keje tu suka yang Fabulous Mom - Kelly Padded Nursing Bra. Cantik dan kain sedap.
 
 
 
Sekarang tak sale so harganya dalam RM30++. Kalau tunggu sales (sekarang kan selalu sale) - dapat la harga RM20 lebih camtu. Oklahkan. Hehe. Orait nak sambung buat keje balik. :P

@ Alkisah Bertunang

Friday, January 4, 2013

Ibu tak bertunang dulu. PIL datang berbincang terus kira jadi. So ini bukan kisah bertunang Ibulah. So kisah bertunang siapa? Kisah bertunang adik Ibu or Pak Lang Ammar. Bertunang lepas raya haji hari tu. Baru jumpa gambarnya. Hehe. Jom layan gambar.

 
Ibu yang semangat. Menjadi pakai shawl :P

 
Inilah Pak Lang dan bakal Mak Lang Ammar dan Amani



 
Gambar sekeluarga

 
Ammar dan Pak Lang kesayangan. Muka nak menangis dah tu. Maklumlah last month Pak Longnya kahwin dan pindah serta jarang jumpa. Die takut Pak Langnya pula kahwin. Huhu.



@ Sate Ikan

Thursday, January 3, 2013

Korang tau sate ikan? Masa sekolah rendah suka sangat. Hari-hari lepas sekolah terus beratur nak beli. Selalu jual depan sekolah - pak cik naik motor jual. Owh sedapnya. Lama sangat tak makan. Baru ni jumpa kat pasar malam. Terus Ibu beli. Mengimbau kenangan dedulu. Walaupun tak sesedap dulu (kes budak tu tak reti bakar) tapi lepasla rindu :P.


@ Hari ini dan esok-esoknya

Wednesday, January 2, 2013

Tahun ni Ibu takde azam baru. Just guna balik azam lama :P. Azam tahun lepas yang tercapai tentunya dengan kelahiran Amani :).
 
 
 
Azam untuk Ammar pula. Buku Bacalah Anakku - BM dah hampir khatam. Alhamdullilah dah boleh baca sikit-sikit. Tahun ni nak fokus habiskan Iqra dan buku BI pula. Yelah - Ammar kan belajar kat rumah je. So Ibu kena pelbagaikan latihan - supaya nanti pergi sekolah tak terkejut. Jadi  Ibu la nak kena belajar manage masa dengan lebih baik.
 
 
Selain itu, fokus utama tahun ni ialah pada study. Memang tengah hujung-hujung ni. So many things to do - kalaulah tangan ni ada 8 - boleh guna 4 laptop sekaligus. Haha. Confirm cepat siap kerja.
 
Walaubagaimanapun - sebagai isteri dan ibu - keupayaan tu agak terbatas. So Ibu hanya buat yang terbaik dan termampu. Insyaallah niat di hati nak konvo tahun ni. Doakanlah ye.
 
Apapun - Ibu akan memperbaiki diri lagi. Berazam untuk lebih baik dari semua segi dunia dan akhirat - Insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop