@ Hari ini dan esok-esoknya

Wednesday, January 2, 2013

Tahun ni Ibu takde azam baru. Just guna balik azam lama :P. Azam tahun lepas yang tercapai tentunya dengan kelahiran Amani :).
 
 
 
Azam untuk Ammar pula. Buku Bacalah Anakku - BM dah hampir khatam. Alhamdullilah dah boleh baca sikit-sikit. Tahun ni nak fokus habiskan Iqra dan buku BI pula. Yelah - Ammar kan belajar kat rumah je. So Ibu kena pelbagaikan latihan - supaya nanti pergi sekolah tak terkejut. Jadi  Ibu la nak kena belajar manage masa dengan lebih baik.
 
 
Selain itu, fokus utama tahun ni ialah pada study. Memang tengah hujung-hujung ni. So many things to do - kalaulah tangan ni ada 8 - boleh guna 4 laptop sekaligus. Haha. Confirm cepat siap kerja.
 
Walaubagaimanapun - sebagai isteri dan ibu - keupayaan tu agak terbatas. So Ibu hanya buat yang terbaik dan termampu. Insyaallah niat di hati nak konvo tahun ni. Doakanlah ye.
 
Apapun - Ibu akan memperbaiki diri lagi. Berazam untuk lebih baik dari semua segi dunia dan akhirat - Insyaallah.

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Allene said...

ibu, share la macam ner ajar or pembelajaran yang sesuai untuk anak2 ikut umur. lin teringin nak train ank, tp tak tahu cara dia.

isabelle frankly said...

hehehe.tetiba tbyg kalo ada tgn 8 mcm octopus.
maunye cuak terus

ash said...

Salam ibu.. sori Off topic.. sy nak tanya tentang widget top commentator kat blog ibu ni, macam mana ibu RESET balik tiap2 bulan? top commentator blog saya tu adalah komen dari disember sampai sekarang 3 january. Saya dh tahu top commentor bulan disember, skrg nak reset jadi 0 balik tak tahu, nanti sukar nk tahu top commentator utk januari ni pula.. Harap ibu dapat reply kt sini atau kat blog sy. Maaf mengganggu.

BY: djdanchef
== ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop