@ PhD Bootcamp

Friday, January 25, 2013

Minggu lepas Ibu pergi PHD Bootcamp. Bootcamp ni bukanlah ada tunjuk ajar ke workshop ke. Tapi just macam kena duduk dan hadap tesis tu. Tiga hari dari Jumaat sampai Ahad. Ada yang komen kata tak seperti yang diharapkan - maybe diorang expect akan ada yang bagi bimbingan berkenaan kaedah penyelidikan dan sebagainya. Tapi bagi Ibu, Ibu suka. Memang objektifnya, memang nak kita duduk dan buat. Yelah kalau dah hujung-hujung ni - kot kata kaedah kita salah - hoho - memang berlagu air mata la. Sekarang ni memang peringkat - hadap dan tulis je.
 
 
 
Yelah kalau kat rumah tu kan ke banyak dugaan - mana nak urus rumah dan mana nak layan anak. Kat lab tu ok sikit, tapi kat sini jadi semnagat sebab semua orang gigih menulis sebab nak submit. Ibu memang semangat sebab die buat Sabtu/Ahad. Selalu kalau weekend ni kat rumah kurang produktif - so pergi bootcamp ni banyak juga boleh buat. Berjayalag compile whole thesis in one file dan format apa-apa yang patut.
 
 
Mengantuk ke takde mood ke kena buat juga :P
 
Nampak senang je kan nak compile semua chapter masuk dalam satu fail. Tapi senang tak senang makan 3 hari la juga. Huhu. Bestnya lagi sebab makan free. Hehe. Siap ada sedia biskut dan air panas segala. Memang bestlah. Heh. Emm mesti korang bosan dengar cite pasal ni kan - tapi nak buat camne - sebulan dua ni Ibu memang fokus tulis tesis. Lain tu jadi kurang produktif. Insyaallah lepas settle semua Ibu akan aktif balik. Memang perjuangan yang hebat ni - memang ikut hati dah penat tapi tabahkan je ni. Sikitttt lagi. Huhu.Doakanlah ye.
 

P.s: Hadiah-hadiah akan diposkan minggu depan k. Kepada yang belum bagi maklumat penghantaran-sila bagi segera k. Tq

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

isabelle frankly said...

arghhh..tertekaaan.
tengok gmbr tu terasa mcm bengkel OBE dan audit what-the@#%^#$.

nasib baik tgh study leave.eheh

Oyis said...

rasanya kalo saya la, bertambah tertekan buat tesis secara berjemaah mcm tu, sbb lebih suka buat sorg2 kat library. but bagus jg kalo2 ada prob formatting etc, bole kot tanya org sebelah menyebelah, then share2 citer masa break ke, release sket tension kan tgk org lain sama2 go through benda yg kita lalui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop