@ Short Trip to Cameron Highlands

Tuesday, January 29, 2013

Memandangkan Ibu sekarang bz, memang kami takde plan ke mana pun. Tapi tetiba MIL ajak ke Cameron Highland. Emm Ibu pun fikir bolehla setakat sehari dua. Release tension jap. Ibu pun dah rasa macam zombie sebab kurang rehat dan tidur. So budget pergi ni boleh lapangkan minda sikit.
 
Kami bertolak hari Jumaat petang. Alhamdullilah sampai sebelum Maghrib. Terus pergi pasar malam. Wah pasar malamnya dah macam uptown pulak. Macam-macam jual. Maaf lupa pulak nak ambil gambar. Sorang bawa Ammar dan sorang bawa Amani. Jadi tak sempat nak snap. Huhu. Lepas beli jagung dan apam balik di pasar malam. Kami balik hotel dan tidur. Kali ni tidur di Equotarial. Kami tumpang apartment kawan MIL :P.
 
Esoknya bangun pagi-pagi nak pergi Gunung Brinchang. Heh. First time nak pergi walau dah naik Cameron Highland ni 2-3 kali. Bestla juga walau mengah Ibu panjat. Track die cantik. Cuma penat naik tangga jelah. Ayah la paling penat sebab dukung Amani. Kemudian, singgah kebun sayur dan strawberi kat situ. Sayangnya buah strawberi tak ada sangat - katanya musim die nanti bulan 3-4 macam tu.
 
 
Kemudian singgah minum jap kat BOH Sungai Palas. Ini memang wajib singgah. Best sangat. Rasa seronok dok atas pelantar tu. Lapik perut sikit before cari lunch. Dalam pukul 12 tengah hari kami pun turun. Sekali jemmed. Wahb baru perasan ramai giler orang. Nasib baik kami dah settle melawat-melawat. Just nak cari lunch je.
 

 
Lepas lunch, kami pusing-pusing kat area pasar malam tu. Orang dah mula ramai. Pukul 5 tu kami dah start beli-beli. Beli jagung sikit dan strawberi kering. Strawberi segar tu kalau bawa balik masam. Jadi better la beli yang kering kan. Pukul 6 petang kami balik ke hotel. Alhamdullilah lancar perjalanan. Tapi jalan bertentangan, memang packed gile. Siap kalau orang jalan lagi cepat sampai dari naik kereta. Huhu.
 
Malam tu Ibu dan Ayah turun jalan-jalan berdua. Mengenangkan kembali time honeymoon. Eceh. Hehe. Tapi sekejap jelah. Kesian pulak kat budak berdua tu. Malam pukul 10 dah tidur dan pagi esoknya kami bergerak pulang. Sekali lagi jalan bertentangan jemmed gile. Agaknya memang la Cameron Highland ni tak boleh datang kalau time cuti sekolah. Huhu.
 
Tapi apa pun, Ibu enjoy. Dapat berehat dan tenangkan minda sekejap. So now fokus balik ya. :)
 

 
 

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

isabelle frankly said...

x aci betul kan.minum teh secawan kat plantation tu rasa sedap semacam je. mula la secawan pun x cukup.
kalo kat rumah sendiri buat, xde lak rasa cenggitu.

Nad MamaZN said...

Stoberi segar kalu xmo masam, makan cicah ngan coklat

adianiez AIDA said...

short trip yg best!

Rozita said...

mata yana dah ada beg dah...x cukup tidur ke?

BabyIbu said...

hehe. dah 3 bulan tidur tak cukup. tengah pulun siapkan tesis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop