@ Bila Indah Khabar Dari Rupa

Thursday, February 14, 2013

Ibu dapat email. Ada reader yang minta Ibu buat entri berkenaan dengan review produk. Ya Ibu memang banyak try and error produk - tak kisahla produk untuk Ibu - macam baju, kasut, kosmetik dan juga produk untuk baby - baju/toys/toiletries. Memang kadang-kadang kita beli sebab nama brand glamer tapi produknya sedih. Itulah bila indah khabar dari rupa.
 
Ibu juga sedar yang blog yang buat review ni memang rating tinggi. Orang memang nak tahu kebaikan dan keburukan produk sebelum beli. Ibu sendiri akan google dulu sesuatu produk tu before beli. Google2 pun selalu juga terkena beli barang yang tak berkualiti. Maklumlah beli online - bukan boleh pegang dan cuba pun. Kalau kosmetik pun - kena pakai dulu baru tau kan.
 
But deep down inside, Ibu sebenarnya tak berapa suka buat entri yang negatif. Even though niat maybe baik sebab supaya orang lain tahu kebaikan dan keburukan produk. Tapi Ibu still rasa kalau buat entri sebegitu, kita umpama menabur pasir dalam periuk nasi orang. :(. Rasa macam tak baik buat macam tu - even ramai akan kata - abistu barang tak elok, rega mahai - but itu still punca pendapatan seseorang.

Begitu juga dengan sikap orang yang suka komen di blog/FB orang meniaga yang tulis alah barang awak jual tu boleh dapat murah dengan harga xx di tempat xx. Bagi Ibu, itu bukan tindakan bijak. Orang itu nak meniaga, takkanlah die nak jual harga yang murah. Macam mana die nak cari makan. If kita ada jumpa barang yang sama n lagi murah, beli jelah or bolehla cerita di FB/blog sendiri dan tak perlulah nak canang di blog/FB orang jual tu. Banyak sangat dah Ibu tengok - kadang-kadang rasa - tak fikir ke orang yang komen ni. Mereka menutup rezeki orang tu - padahal orang tu cuma berusaha mencari pendapatan lebih.

Eceh membebel pula. Keje banyak ni. Apa-apa pun, Ibu still dengan pendapat Ibu. Its not good untuk menabur pasir di periuk nasi orang. Kalau nak tanya pendapat personally - via email ke - bolehla. But untuk canang2 kan how not good the product is - mmg bukan style Ibu. Apa pun tepuk dada tanya selera - eh bukan - tepuk kepala, berfikirlah sebelum buat apa-apa. Peace yo!!
 
 
Gambar takde kaitan dengan entri. Just rasa sama macam condition Ibu sekarang. Heh.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

zarena heeney said...

bg ena tgk pd produk apa yg akan ena review..suka gak bg pendapat setelah gunakan sesuatu produk, tapi ayat jgn la smp bg kesan negatif..sebab kena jugak bg pendapat sebab dr pendapat kita la seseorg peniaga dpt perbaiki dorang punya service ataupun sesutu produk..

peace yooo :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop