@ Pukau Budak?

Friday, March 29, 2013

Ibu baca dan copy paste dari FB. Just nak share as peringatan. Memang Ibu takut benda ni. Banyak sangat kes budak hilang lebih-lebih area KL ni. Ammar dah la kalau gi jalan tu lari sana sini. Huhu. Minta dijauhkan dari kita semua. Amin.


 
Diharap cerita yg akan aku ceritakan ni dapat memberi peringatan kepada SEMUA IBU BAPA di luar sana bahawa "JENAYAH JUGA BOLEH BERLAKU WALAUPUN ANAK ANDA BERADA DI SEBELAH ANDA". Bila berlaku pada anak aku sendiri, ia membuatkan aku sedikit trauma dan fobia utk keluar kemana-mana selepas ini. Kejadian berlaku hujung minggu yg lalu di Tesco. Kami sekeluarga membeli sedikit barang dalam sebuah kedai didalam Bangunan Tesco tersebut. Selesai memilih barang, suamiku beratur di kaunter utk membayar. Ketika itu, anak aku Hariz berdiri di sebelah kiri dan anak aku Aliz berdiri disebelah kananku sambil kami membelek2 barangan di dalam raga di hadapan kaunter itu.

Dalam masa 2 saat sahaja tiba2, kedengaran suara suamiku menjerit nama anak aku "Aliz! Aliz! Kakak!". Aku terus menoleh ke belakang memandang suamiku dan terus pandang ke arah luar kedai. Aku nampak tiba2 Aliz berjalan dengan lajunya mengikuti seorang perempuan yg tidak dikenali keluar dari kedai itu dan terus berjalan bersama dengan lajunya. Aku dan suamiku terus menjerit memanggil dengan kuat sambil tgnku memegang tgn Hariz. Tetapi yg pelik dan ajaibnya! Aliz langsung tak pandang belakang dan macam tak dengar langsung kitaorang jerit kuat tu. Keadaan mmg semua orang pandang pada kami. Perempuan itu ada menoleh sedikit tapi seperti buat dono sahaja.
 
Suamiku terus mengejar Aliz bersama perempuan itu yg sedang terus berjalan laju menuju ke Escalator untuk turun. suamiku terus memegang dan menarik tgn anak aku sebelum dia turun ke Escalator tersebut. Suami ku terus membawa Aliz kepada aku. Muka Aliz masa tu mmg nampak pucat dan 'Blur-blur".... Suamiku bercerita kepada aku, dia mmg tak nampak muka perempuan tu tadi. Perempuan itu tidak memegang tgn anak aku tp nampak Aliz sendiri yg nak pegang tgn perempuan tu. Bila ditanya pada anak aku Aliz, kenapa dia ikut perempuan itu, dia kata "Dia tak nampak mama langsung, dia ingat org tu mama".."
 
Sangat pelik dan ajaib macammana anak aku boleh tak nampak aku, sedangkan tadi mmg dia berdiri sebelah aku jer bersama anak aku Hariz?... Bila balik rumah, aku mmg rasa lain macam. Rasa takut dan pelik bercampur baur. Alhamdulillah! Anak aku selamat! Aku terus menelefon ibuku. Ibuku memberitahu kemungkinan Aliz dipukau oleh perempuan itu. Ibuku bercerita lagi, zaman sekarang orang pukau macam2 cara. Ader yg jenis Tepuk2 tepuk bahu sambil baca sesuatu ayat, ader yg hembus ke muka bila lalu disebelah tanpa memegang langsung... dan macam2 lagi. Orang yg kena pukau ini, selalunya dia tidak akan sedar, nampak atau dengar pada orang lain. orang yg kena pukau ini akan fokus dan ikut pada si Pemukau sahaja.
 
Aku bersyukur kehadrat Ilahi anak aku selamat. Kejadian ini mmg memberi kesan kepada diri aku sendiri. Selepas ini mmg kalau nak keluar mana2 kena baca ayat Kursi pada anak2 kita juga sebagai pendinding diri. Ya Allah Ya tuhanku, lindungilah seluruh keluargaku dari sebarang bencana, malapetaka dan anasir-anasir jahat. Amin Ya Rabbal Alamin.
 

@ Ehem

Thursday, March 28, 2013

Cuba teka kat mana?

@ Bye-bye Tea

Wednesday, March 27, 2013

Ibu memang peminum tegar teh. Selalu minum teh lipton. Sehari 4-5 cawan juga. Huhu. Pendek kata kalau miss rasa tak best. Alkisahnya baru-baru ni Ibu berurut. Bidan tu kata walau badan Ibu ni kecil tapi angin banyak. Ibu pun bagitau la memang suka minum teh. Pastu apa lagi - bidan tu bebel. Katanya teh tu kalau boleh jangan minum. Bukan kurangkan malah suruh stop terus. Errkkk. Terpinga Ibu. Ibu tak suka kopi, nescafe mahu pun milo. Teh je Ibu suka. :(
 
Bidan kata, kalau minum teh ni badan berangin. Perempuan tak elok badan berangin. Macam-macam penyakit nanti. So bidan tu cadang Ibu minum Teh Mas Cotet. Katanya teh mas cotet ni banyak kebaikan. Makanya Ibu pun trylah - beli Teh Mas Cotet brand Nani's. Macam ni ha kotak die.
 


Alhamdullilah rasa die ok. Lain sikit tapi boleh minumla-takdela pahit ke apa. Sedap jelah. So dah 2 minggu tukar. So far macam ada perbezaan. Ibu selalu kentut mengeluarkan angin (sebelum ni susah) dan badan rasa lebih ringan. So akan jadi amalan lah nampaknya cik mas cotet ni. :) Alhamdullilah.

@ Tersangkut Sudah

Tuesday, March 26, 2013

Ayah la ni install kat HP Iu. Terus tersangkut. Sangkut apa? Ni ha game Candy Crush Saga. Tapi bagusnya benda ni die ada lifetime. So kita takkan boleh ngadap lama-lama. Kena tunggu setengah jam untuk dapat life balik. Huwaa. Korang main? Ibu tak le mengadap sangat. Kadang2 je main bila ada masa - baru dok merangkak Level 38. Tapi bila sangkut level - sabar jelah. Hoho.




@ Personalized Calendar: Cantik

Monday, March 25, 2013

Last week sampai personalized calendar dari Phototalkz. Alhamdullillah menepati piawaian. Heh. Comelll. Tahun depan leh buat lagi.

Sape berminat boleh pergi ke web phototalk. Harga biasa Rm33.80. Ibu beli voucher Krismas so dpt 50% off.









posted from Bloggeroid

@ Business card

Saturday, March 23, 2013

Heh dah tua gini pun takde business card. Tak bolehla nak "this is my card" gitew. Baru first time buat. Buat pun sebab nak pergi conference. Senang nak tukar contact. Thanks to SofiMohd atas kesudian mendesign dan print kad ibu.


posted from Bloggeroid

@ Gambar Passport

Friday, March 22, 2013

Hari ni bz sangat. So tempek gambar passport Ammar and Amani. Bila tengok2. Banyak juga persamaan especially time hidung dan mulut. Bab mata je beza betul. Sorang bulat dan sorang sepet. Heh.

@ Pakej Rawatan Pantang

Thursday, March 21, 2013

Mencari bidan? Kalau berminat boleh contact Siti Aisyah Confinement. Ibu pernah urut dengan Ice ni. Sedap sangat urut. Kalau berminat boleh contact die. Harga ikut tempat.

Pakej Rawatan Pantang



Antara servis yang ditawarkan:

1. Urutan Tradisional untuk ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan
2. Bertungku
3. Lulur
4. Sauna
5. Bertangas Kering (selepas hari ke-30)
6. Penyediaaan minuman n ubat herba

FOC: Penyedian mandian herba ibu, mandian,tungku dan urutan aromaterapi bayi, berbengkung, berpilis dan berparam.

*Pakej rawatan utk kebenyakkan area selangor n kuala lumpur sahaja

@ Anonymous

Lately banyak betul komen SPAM. Dah lama tak sebanyak ni. Boring betul.



Plan nak buat contest? Any idea?

@ Oh troli

Wednesday, March 20, 2013


Sekrang malas tul bawa stroller. So main dukung je amani. Tapo lelama lenguh juga. Sib baik kalau shopping brg dapur, dua2 boleh masuk troli. Lega sikit.

Tapi kena hati3 tau. Ada kes, bila si ibu sibuk belek barang. Ada orang laki tetiba datang dan cuba amik anak die. Selamba je lalu dan nak angkat. Nasib baik perasan. Terus di jeritnya. Huhu. Bahaya sekarang ni. Macam- macam. Minta dijauhkan ya allah. Amin

Posted via Blogaway

@ Baju Gegurl

Tuesday, March 19, 2013

Sebenarnya dah lama nak mempromote tapi bz. Ni pun bz tengah setup eksperimen sikit. So jemput korang cuci mata. Klik http://www.facebook.com/pages/BabyIbu-Shoppe/201004653257863 untuk malumat lanjut seperti harga dan saiz setiap barang.
 
Kain cotton yang berkualiti. Nanti Ibu letak gambar Amani - actually beli untuk Amani tapi sebab kain die best tu buat jual sekali.
 
Preeti Kibo

 
 


 
 
 
Gymboree

Heh - ni kes over shopping. Direct dari US. Satu je untuk setiap item.
 
 




Boleh direct order dari http://www.facebook.com/pages/BabyIbu-Shoppe/201004653257863 atau email babyibu at gmail dot com.

@ 9 Months

Monday, March 18, 2013


Amani updates

- Baru boleh melunjur dan angkat bonto

- Gigi baru tumbuh 2

- Makan selera, 3-4 kali sehari

- Tak nak minum susu dari botol

- Dah boleh panggil Ma, da, dan cakap nak

- Lepas demam last 2 weeks badan dah susut banyak

- Idolanya adalah abang ammar. Kalau main dengan ammar terkekek gelak.

Alhamdullilah amani sihat. Rasa macam slow sikit progress dari segi nak merangkak tapi lain baby lain progressnya. So ibu pantau je.



Posted via Blogaway

@ Boleh lupa voucher Phototalkz

Ibu beli voucher calendar dari Phototalkz bulan Disember lepas. Tapi disebabkan sibuk, Ibu lupa langsung. Ada note dekat diary, tapi sebab 2 minggu demam - diary pun tak buka. Sekali buka rupanya due die 12 Mac 2013. Adeh. Rugi-rugi. Ibu terus email die. Dengan harapan die bagi tempoh masa lebih. alhamdullilah. Die bagi tambahan tiga hari.


Ibu beli voucher calendar ni
 
Ibu beli personalized calendar. So kena download software die untuk letak gambar dan sebagainya. Ibu main letak je gambar yang ada. Lama tak ambik gambar proper. Inilah hasilnya.
 


Khas untuk Ammar dan Amani
 
Nak letak kat meja lab. Kasi semangat buat keje dan pelepas rindu. Dah submit semalam. Kita tunggu hasilnya ya. :)

@ Mestilah Tukar Untuk Lebih Senang Dipakai

Sunday, March 17, 2013

~ This is a sticky post. Please scroll down for latest entries ~

Bila baby semakin besar, semakin besar dugaan nak pakaikan lampin. Kalau time baby dok diam-diam je. Tapi bila dah pandai meniarap macam Amani, asyik mengulat ke sana sini.


 

Jadi, sebagai alternatif kepada lampin biasa, Ibu guna Huggies Drypants. Sesuai dengan kempen terbaru mereka “Tukar Untuk Lebih Senang Dipakai”. Ibu sangat suka. Kenapa Ibu suka?
 
Sebab 1: Cepat – Hanya Koyak, Salin dan Lepas!
 
Tiga langkah je – dah macam Agent OSO :P. Koyakkan jahitan tepi, salin dengan hanya sarung seperti seluar dan lepaskan anak kita untuk sambung aktiviti mereka.



Langkah 1 - Koyak


Langkah 2 - Salin
 
 
 
Langkah 3 - Lepas
 
 
 
Sebab 2: Mudah – Senang di pakai dalam perjalanan
 
Wajib ada dalam diaper bag. Ibu sangat syorkan Ibu-ibu di luar sana bawa Huggies Drypants ni kerana ia mudah ditukar dan kita pun tak perlu nak risau kebersihan sekeliling untuk baringkan anak untuk menukar lampin. Just Koyak, Salin dan Lepas!! :)
 
 
Sebab 3: Diyakini – Terbukti secara klinikal
 
Banyak kelebihan Huggies Drypants ni yang membuatkan Ibu terpaut hati.
 
 
 
Kalau tak percaya - korang boleh cuba sendiri. Boleh minta sampel percuma daripada Huggies. Just isi maklumat di sini - http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx
 
 
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my dan jangan lupa LIKE www.facebook.com/Huggies.Malaysia.

@ Anak Soleh

Saturday, March 16, 2013

 
Ayah share dengan Ibu dan Ibu share dengan semua ye. Semoga dapat manfaat.
 

@ Selamat Hari Lahir Ayah!!

Friday, March 15, 2013

Semalam hari lahir Ayah. Selamat Hari Lahir Ayah!! Barulah Ayah dan Ibu sama baya cam gini :P. Malam tadi kami sekeluarga celebrate kecil-kecilan. Just pergi makan jelah. Apa-apa pun semoga Ayah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Amin.

 
Ayah dan anak-anak. Hadiah Ibu untuk Ayah :)

@ Turun berat badan

Thursday, March 14, 2013



Setelah hampir 2 minggu demam. Rasanya hampir 5kg turun. Huhu. Dah sebelum ni memang 2-3 bulan tak cukup rehat. Habis longgar semua seluar. Hmm memang best sebab perut pun kempis tapi tak best sebab dah susut sangat rasa cengkung lak rasa. So lepas ni time untuk  makan banyak2 nak kasi badan naik balik. Huhu.

Posted via Blogaway

@ Rempah Cap O

Wednesday, March 13, 2013



Rempah feveret. Susah nak cari kat kl ni. Kat kedah baru jumpa.

Posted via Blogaway

@ Huggies - Tukar Untuk Lebih Senang Dipakai

Last week Ibu pergi ke event Huggies Drypants - Tukar untuk lebih senang dipakai. Memang meriah. Memang rugi kalau korang tak join event Huggies ni. Ada banyak aktiviti menarik.


 Kawasan Event Huggies
 
 
Ada Silap Mata
 

Ada tarian dari budak-budak pakai Huggies Drypants - Comel sangat
 
 
Ada Cabaran Tukar Lampin - Tak sempat join :(
 
 
Setengah jam Ammar beratur. Punya ramai peminat kakak clown ni
 
 
 
Ibu sempat join contest untuk Amani je. Diorang bagi sample untuk cuba. Ibu tukar di booth diorang.
 
 
 
 
Amani posing dengan Huggies Drypants
 
Memang senang nak tukar diapers guna Huggies Drypants ni - just Koyak, Salin dan Lepas. Ibu paling suka atas dua sebab iaitu mudah nak salin (macam pakaikan seluar je - tak perlu nak baring bagai) dan bagus untuk digunakan bila travel. Yelah kalau kat luar tu, kita tak tahu tempat tukar lampin tu diyakini ke tak kebersihannya. So guna Huggies Drypants ni menyelesaikan masalah itu. I loikeee!!
 
 
 

 
Amani pun suka. Selesa dipakai dan tak mudah bocor tau!!
 
Oh ya. Kalau korang tak pernah guna lagi Huggies Drypants ni dan nak tahu betapa ia memudahkan kita - boleh request sample di sini k - http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx
 
 
 
Sample
 
 
 
Berbaloi-baloi
 
 


@ MIJ 2013

Tuesday, March 12, 2013

Jom ajak suami masing-masing serbu :P Serius berbaloi. Sangat murah dari Habib, Wah Chan, Poh Kong dan sewaktu dengannya. Boleh sebarkan pada bakal-nakal pengantin. Ni pengalaman pergi dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop