@ 10 Months

Monday, April 8, 2013

Bulan ni Amani dah 10 bulan. Sekejap je. Tak sempat lagi nak upload cerita pasal Seoul. Tengah dok unpack dan tengok keje yang bertimbun. Esok la ye - tapi jangan risau - akan ada giveaway untuk reader BabyIbu. Insyaallah minggu ni akan announce.
 
Berbalik pada Cik Amani - bulan lepas memang Amani all out. Sebelum ni Amani hanya pandai meniarap dan guling-guling. Tapi bulan lepas Amani melunjur kemudian duduk kemudian merangkak dan memanjat. Dah boleh berdiri. Hoho syabas mere beti.
 
Gigi baru tumbuh satu - tapi dah nampak bayang lagi dua nak tumbuh. Tapi dalam hanya ada satu gigi, Amani dah makan nasi biasa tau. Masa kat Seoul, kalau sampai tempat makan, Ibu akan suap bubur Amani dulu, sebab konon nak makan aman-aman. Tapi time kami makan, die pun nak juga. So suap jelah nasi dan ikan. Huhu. Memang agak hebat bab makan-makan ni. huhu.
 
Apa-apa pun Alhamdullilah Amani sihat. Bulan ni akan buat follow up terakhir Amani - kes kena demam kawasaki dulu. Semoga dipermudahkan.

2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

bestnya amani.kecik2 dh sampai seoul :)

jacquelinejoan said...

comel and sound so lincah.. adik kecik sy pun mcm tu.. klu makan dia nak duduk semeja sama2 dengan org dewasa makan... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop