@ Alhamdullilah dah sampai

Friday, May 31, 2013

 
Hampir sebulan menanti akhirnya sampai juga baby quilt.
 
Kepada yang dah booked, petang ni Ibu akan contact ya.
 
Kepada yang teringin nak beli, harganya hanya RM89. Boleh tengok pelbagai design di sini
 
 




 
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati:
 
 

@ JM lagi?

Thursday, May 30, 2013

Rupa-rupanya dah ramai beli baju raya eh. Alamak Ibu apa pun tak beli lagi. Ayah dan Ammar recyle baju Melayu yang ada je. Kira nak cari untuk Ibu dan Amani jelah ni.
 
Untuk Ibu - ada booked pre-order Jovian Mandagie punya collection kat Tesco. Teringin juga tahun nih. Harapnya cantikla terletak masa pergi amik nanti. Berkenan yang baju moden tapi takut ngam-ngam badan nanti susah pulak nak nursing. So try baju kurung jelah. Huhu.
 
 
 
Satu lagi baju (emm satu hari mestilah satu baju kan) - Ibu tengah cari lagi. Nanti makin dekat nak raya mesti banyak yang cun-cun kuar. So tunggu dulu. :P
 
Untuk Amani pula - teringin nak buatkan baju kurung kain cotton comel-comel. Time raya tu rasa dah boleh jalan kot Amani eh. Masih survey-survey lagi baju kurung tuk Amani. Tunggu ye sayang Ibu carikan.
 
P.s: Apa-apa pun paling penting ialah - PUASA dah habis ganti?
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah.
 
 
 

@ Minggu Terakhir

Minggu ni merupakan minggu terakhir Ibu sebagai full time student. Next week Ibu dah mula kerja. Sedih pulak rasa. Lepas ni tak dapat la duduk lama-lama dengan Ammar dan Amani lagi.
 
Jadi minggu terakhir ni Ibu just enjoy masa dengan mereka. Layan Ammar bercakap itu ini, layan Amani main. Wahhh tetiba rasa macam dan jadi surirumah sepenuh masa. Huhu. Apa pun hidup mesti diteruskan, perubahan harus dinikmati. Cau cin cau.
 
 

@ Pyjama Murah

Wednesday, May 29, 2013

 
Sehelai RM 23 sahaja
 
Beli 3 helai RM65

Untuk melihat stok terkini sila KLIK SINI atau isi order di SINI

 
GW Green Dinasour 
 
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Dream Cat
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Dot Baby
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Pink Rabbit
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Red Bear 
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Black CAR
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Turqoise Dinasour
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Sky Fairy
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Green Lion
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Yellow Car 
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Flower Cat
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

 
GW Sky CAR
Size:

95 (2T), 100 (3T), 110 (4T), 120 (5T), 130 (6T), 140 (7T)

@ Jun Qong Detox Foot Patch

Korang pakai Foot Patch? Ibu baru ni mencuba. Memang best rasanya. Murah pun murah. Ibu pakai hari-hari sebab pakai foot patch ni mempunyai kebaikan seperti
  • penyahtoksin dan penyingkiran lemak
  • meningkatkan sirkulasi darah
  • melegakan kelet
  • memperbaiki kesihatan badan
  • meningkatkan kualiti tidur
  • mencegah penuaan
  • mencantikan kulit
  • detokfikasi pada tubuh
    •  
          Memang banyak kesannya. Kalau korang nak cuba boleh terus email elywana@gmail.com. Hanya RM15 sekotak (ada 10 pek).
           

      @MyTeksi

      Tuesday, May 28, 2013


      Pernah dengar MyTeksi? MyTeksi ni kita boleh guna untuk cari teksi. Tak perlu call. Just booked online je. Application ni boleh download di Play Store.
      Dengan guna aplikasi ni, die siap bagitau no plat teksi, nama driver, berapa anggaran nak bayar dan estimated time teksi nak sampai. Memang bagus.
      Ibu dah try guna. Memang sangat dipercayai. Boleh share lagi perjalanan kita if rasa cuak ke apa. Memang sangat mudah dari nak call toll line yang nak angkat pun payah pastu kena tunggu lama. Huhu.
      Apa pun bolehla cuba if nak guna teksi. Ibu recommend sgt. ;).

      Posted via Blogaway



      @1.2.3

      Monday, May 27, 2013



      1. Baru balik dari Kedah.

      2. Akan umum contest pagi esok.

      3. Confirm - hadiah utama adalah barang Coach. Bolehla pakai raya nanti ye. ;)

      Korang join ramai2 ye.

      Posted via Blogaway

      @ Huggies Dry Baru

      Friday, May 24, 2013


      LIHAT, CUBA DAN PERCAYA – MEMPERKENALKAN HUGGIES® DRY BARU DENGAN PENYERAPAN, KEKERINGAN DAN KESELESAAN YANG DIPERTINGKATKAN – KINI DALAM SAIZ DARI BAYI BARU LAHIR HINGGA XXL
       

       
      Ciri Huggies® Dry baru dan dipertingkatkan: 
       
      Lapisan baru cepat-kering untuk penyerapan yang lebih baik
      100% penutup mudah-alir udara untuk 10x pengaliran udara yang lebih pantas.
      Penghalang kebocoran berganda untuk perlindungan yang lebih baik dari kebocoran tepi.
       
      Sertai Cabaran Mega Huggies® Dry dan alami perbezaannya!
       
       
      Ibu-ibu boleh menyertai Cabaran Mega Huggies® Dry di mana jua melalui promosi secara langsung dan roadshow seluruh Negara, di mana ibu-ibu boleh mencuba Huggies® Dry melalui pelbagai aktiviti.
        
      “Huggies® memahami jalinan emosi ibu dan bayi. Para ibu sentiasa inginkan penjagaan terbaik untuk Si Manja tersayang. Memandangkan Huggies® Dry kini didapati dalam saiz kecil dan untuk bayi baru lahir, ibu-ibu boleh memilih jenama lampin yang terbukti secara klinikal menghalang ruam lampin untuk bayi mereka sebaik sahaja mereka dilahirkan,” jelas Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia. “Kadang-kadang cara terbaik untuk melihat perbezaannya ialah dengan mencubanya sendiri dan inilah tujuan cabaran Mega Huggies® Dry.”   
       
      Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Huggies® Dry baru di roadshow Cabaran Mega Huggies® Dry, bermula dengan
      • Batu Pahat Mall, Johor dari 17 – 19 Mei
      • Pusat Membeli-belah 1 Utama (High Street Concourse) dari 22 – 26 Mei
      • AEON Big Putrajaya dari 3 – 9 Jun
      • Sunshine Square Pulau Pinang dari 14 – 16 Jun
      • Kota Bahru Mall dari 20 – 22 Jun. 
      Para ibu boleh berkongsi pengalaman mereka menggunakan Huggies® Dry baru di laman Facebook Huggies® Malaysia kerana Huggies® Dry akan menemui ibu-ibu di mana jua melalui program mencuba di seluruh negara! Sertai Peraduan Pengguna Kebangsaan Huggies® Dry dari 6 Mei hingga 30 Jun dan berpeluang memenangi Hadiah Utama wang tunai sebanyak RM25,000, bekalan Huggies® Dry selama sebulan dan banyak lagi hadiah lain!   
       

       
       
      Dapatkan maklumat lanjut tentang Huggies® Dry di www.huggies.com.my dan berita terkini melalui www.facebook.com/HuggiesMalaysia.


      

      @ Al-Fatihah

      Thursday, May 23, 2013

      Hari Selasa malam lepas kami dikejutkan dengan berita atuk tenat (atuk Kuala Pilah). Malam tu juga pulang ke kampung. Kata Dr, infection dah tersebar ke paru-paru dan otak. Katanya. sebab faktor usia, mungkin atuk dah tak dapat bertahan lama. Malam tu juga kami balik semula ke KL sebab kerja.

      Pagi esoknya, kami dimaklumkan berita pemergian Atuk. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Masa tu Ibu sebenarnya jadi secretariat di symposium. Nasib baik ada rakan-rakan sudi ganti, maka dapat Ibu pulang Ke Kuala Pilah dalam pukul 11 pagi macam tu. Ammar dan Amani Ibu tinggalkan sebab balik terus tumpang abang ipar.
       
      Bila sampai Kuala Pilah, jenazah dah ada di rumah. Tunggu nak kebumi selepas asar. Sebak sangat Ibu rasa. Walaupun Ibu tak rapat sangat dengan Atuk. Tapi, perginya tak kembali lagi. Ini juga mengingatkan Ibu yang hidup kita di dunia ni hanya sementara. Sekali Allah ambil balik, pulanglah kita kepadanya.
       
      Pertama kali juga Ibu ikut rapat semua proses sehingga di kubur. Bila tengok anak, menantu, cucu tolong angkat jenazah, turunkan jenazah ke liang lahad dan tanamkan. Ibu terdetik memang betullah, anak itu yang akan uruskan kita bila meninggal dan akan doakan kita bila di kubur. Banyak yang Ibu dapat iktibar semalam. Benda yang kita tahu tapi kita kita tak sedar betapa pentingnya sesuatu perkara contohnya hubungan keluarga dan saling membantu.
       
      Apa-apa pun. Semoga kita sentiasa cuba untuk menjadi umat Allah yang lebih baik dan juga semoga ada yang sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada Atuk. Amin.


      @ Seminar Fesbuk Power

      Tuesday, May 21, 2013

      Entah kenapa - minat berbisnes menjadi-jadi pula kebelakangan ni. Nak kata rileks takde kerja - idok pule. Keje banyak - ada dua tiga paper bersusun nak dibaiki ni. Maybe juga sebab lately Ayah semangat maka Ibu pun tumpang sekaki kot. Heh.
       
      Last week Ibu dan Ayah pergi ke Seminar Fesbuk Power anjuran Bryan Gan. ADa 2-3 kawan Ibu dah pergi. Banyak belajar kata diorang. So Ibu pun excited. Maklumlah, Ibu bukan suka sangat rajin activekan diri kat FB. So bila nak kena jadi admin Fan Page - BabyIbu Shoppe ni terkial-kial. Huhu. Jadi -mohla kita menuntut ilmu pada yang arif. Tak gitu?
       
      Ibu pergi ni Hotel de Palma, Shah Alam. Ho. Ramainya orang. Sampai duduk lantai tau. Yelah nama pun free kan. So apa salahnya pergi dengar. Mana tahu dapat ilmu yang dapat dimanfaatkan.
       
      Ibu pun pertama kali pergi seminar macam mana. Hmm menarik juga sebenarnya. Ada ilmu yang dikutip. Berjaya atau tidak - bergantung pada kita sendiri. Tak gitu? So antara yang Ibu belajar masa seminar tu ialah kita nak berbisnes mestilah dengan niat untuk memajukan diri, keluarga dan juga komuniti, jangan sesekali niat nak kaya. Dengan niat yang betul, insyaallah kita akan diberkati.
       
      Antara tips dari Bryan Gan adalah jangan tag orang, rajin update status dan rajin berkomunikasi dengan pelanggan (ini Ibu kena lebih belajar -huhu). Actually, Ibu banyak juga baca di Internet tips-tips, tapi belum berjaya guna dengan betul. Diharap dengan pergi seminar dan perkongsian ilmu macam ni. Banyak lagi ilmu yang boleh ditambah. Insyaallah akan dikongsikan bersama.
       
       



       
      Dah register. Tapi lambat lagi kursusnya - Advanced Fesbuk Power. Takpe kita bertatih dulu ye :)

       

      @ Romper Comel Untuk Baby


      RM 19 sahaja

      Untuk melihat stok terkini sila KLIK SINI atau isi order di SINI




       
      Romper A
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.


      Romper C
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.


      Romper D
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.


      Romper E
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.
       
      Romper F
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.





      Romper G
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.


      Romper H
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.

      Romper I
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.

      Romper J
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.
       
       
      Romper K
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.



      Romper L
      Saiz 6m, 9m, 12m, 18m, 24m.


       
       
       

      PROMOSI HANGER- Untuk 5 orang sahaja!!
       
      RM35 termasuk pos
       
       

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
      Widget By Devils Workshop