@ Al-Fatihah

Thursday, May 23, 2013

Hari Selasa malam lepas kami dikejutkan dengan berita atuk tenat (atuk Kuala Pilah). Malam tu juga pulang ke kampung. Kata Dr, infection dah tersebar ke paru-paru dan otak. Katanya. sebab faktor usia, mungkin atuk dah tak dapat bertahan lama. Malam tu juga kami balik semula ke KL sebab kerja.

Pagi esoknya, kami dimaklumkan berita pemergian Atuk. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Masa tu Ibu sebenarnya jadi secretariat di symposium. Nasib baik ada rakan-rakan sudi ganti, maka dapat Ibu pulang Ke Kuala Pilah dalam pukul 11 pagi macam tu. Ammar dan Amani Ibu tinggalkan sebab balik terus tumpang abang ipar.
 
Bila sampai Kuala Pilah, jenazah dah ada di rumah. Tunggu nak kebumi selepas asar. Sebak sangat Ibu rasa. Walaupun Ibu tak rapat sangat dengan Atuk. Tapi, perginya tak kembali lagi. Ini juga mengingatkan Ibu yang hidup kita di dunia ni hanya sementara. Sekali Allah ambil balik, pulanglah kita kepadanya.
 
Pertama kali juga Ibu ikut rapat semua proses sehingga di kubur. Bila tengok anak, menantu, cucu tolong angkat jenazah, turunkan jenazah ke liang lahad dan tanamkan. Ibu terdetik memang betullah, anak itu yang akan uruskan kita bila meninggal dan akan doakan kita bila di kubur. Banyak yang Ibu dapat iktibar semalam. Benda yang kita tahu tapi kita kita tak sedar betapa pentingnya sesuatu perkara contohnya hubungan keluarga dan saling membantu.
 
Apa-apa pun. Semoga kita sentiasa cuba untuk menjadi umat Allah yang lebih baik dan juga semoga ada yang sudi sedekahkan Al-Fatihah kepada Atuk. Amin.


1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ...
Salam Takziah buat semua ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop