@ Belajar Sampai Tinggi2

Monday, May 6, 2013

Bila orang tanya Ibu - "buat apa sekarang ni?" Err teragak nak jawab. "Tengah belajar lagi". Sebab apa teragak - jawapannya:

"Oih dah tua pun tak abis belajar lagi"
"Dari dulu asyik belajar - tak bosan ke?"
"Bila nak abis? Tak abis-abis belajar."

Hmm sebenarnya Ibu tak amik pot sangat (tak ambil hati), cuma kalau yang bertanya tu dengan muka dan nada yang sinis. Ohh sentap jugalah.

Bagi Ibu, belajar tu penting. Walaupun ada yang takde peluang belajar tinggi, tapi kita still belajar dari sudut pendekatan yang berlainan. Kita belajar jadi isteri yang baik, belajar nak didik anak, belajar memasak, belajar berniaga, dan macam-macam lagi. Semua yang kita buat - melibatkan proses belajar - secara sedar atau pun tidak.
 
Jadi Ibu tak rasa rugi belajar lama-lama walaupun mungkin ada yang batch Ibu dah gaji tinggi. Bagi Ibu, ni rezeki masing-masing. Apa yang penting, walau bidang mana pun kita atau jawatan apa pun kita - kita still kena belajar lagi. Kerana hanya belajar je akan meningkatkan kualiti diri kita dan sekaligus akan meningkatkan taraf hidup kita.
 
Macam buat PhD ni. Ilmu yang dapat dari tesis bukanlah semata-mata ilmu mengenai metodologi, sistem atau output penyelidikan - tapi apa yang paling utama bila buat ni kita akan belajar banyak pasal kesabaran, ketekunan, disiplin, ketahanan diri dan bagaimana kita kena berusaha dan berusaha sampai berjaya.
 
Jadi - kepada yang rasa belajar itu membuang masa. Buangkanlah perspektif itu. Kita kena belajar macam-macam perkara - dari segi luaran atau dalaman - sampai akhir hayat kita. Barulah kita akan menjadi lebih baik. Insyaallah.



4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Allene said...

betul tu, lin setuju....
tp klu lin, lin tak segan nak ckp belajar lagi... bangga adalah... =)

Oyis said...

betul yg yana tulis tu. kita pon slalu gak org tanya, x abis2 lg ke belajar dari dulu sampai skang? x puas2 lg ke bergelar student? kdg2 sentap jg tp lama2 jd lali dah. x pe yana, once dah siap, org dah x tanya lg hehe

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Kena kuat semangat ...

~~*Lady Salwa*~~ said...

Betul tu, setuju 100%...

'Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop