@ Senangnya Nak Cantik

Wednesday, May 1, 2013

Ibu masih lagi hutang cite di Korea. Insyaallah minggu ni akan publish. Banyak sangat projek sekarang ni. Tak menang tangan. Kali ni nak cerita pasal orang Korea dan kecantikan. Bila Ibu pergi sana takdelah ramai yang cun-cun sangat pun. Tapi kalu yang cun tu memang cun la. Rupa-rupanya kat sini - memang terkenal pembedahan plastik.
 
Kiranya budak sekolah menengah pun boleh kumpul duit untuk pembedahan plastik. Ibu cerita kat Ayah - Ayah tak percaya. Katanya jeles la tu. Huhu. Sekali bila dok jalan kat stesen subway (ala stesen LRT) kat sana, ha bersepah iklan pembedahan plastik. Terang-terangan pulak tu. Dan beza sebelum dan selepas memang sangat berbeza la.
 
Tetiba teringat satu cerita ada lelaki di China saman isteri die sebab kes bila lahir anaknya tak comel. Mulanya dia ingat isteri die curang, sekali rupanya isteri die buat pembedahan muka. Memang sangat lain. Huhu. yelah muka boleh ubah tapi genetik macam mana nak ubah kan. Huhu. Meh tengok gambar iklan di sana. Tengok part sebelum dan selepas tu.







Lepas jumpa iklan-iklan ni baru Ayah percaya. Paling kelakar - bila kat subway - ada group perempuan jumpa kawan dia. Pastu siap jerit/terkejut macam tu. Err kami bukan paham pun tapi boleh pulak tetiba Ayah buat dialog - "Oh, lama tak jumpa. Cantik ko sekarang. Kat mana buat pembedahan.". Er dan macam logik sebab kawan die cantik giler dan kekawan yang lain dok belek-belek muka die sambil ekspresi muka terkejut. Heh.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Oyis said...

hii... kita kena bedah c-sec sbb terpaksa nak bersalin pon gerun, x de la sengaja2 nak kena toreh muka plak sbb nak melawa sampai mcm tu skali.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop