@ Sofia The First

Monday, May 13, 2013

Hari Sabtu dapat jemputan tengok Sofia the First di GSC The Garden. Memang best. Ibu pun macam tak puas tengok. Comel sangat Sofia tu. Heh. Amani pun terdiam tengok, Ammar apatah lagi. Tak bergerak.
 
Cerita ni berkenaan Sofia yang asalnya gadis biasa menjadi puteri raja sebab mak dia kahwin dengan raja. Memang macam dream come true. Ibu pun terkelip-kelip tengok bilik besar Sofia dan wardrobe penuh bajunya :P. Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi Sofia dalam perubahan dari gadis biasa ke puteri raja ni. Banyak nak kena belajar dan hadapi sebagai seorang puteri.




 
Apa cabaran? Eh korang kena tengok sendiri la. Tak best la kalau Ibu cerita. Kalau nak tengok, jangan lupa jengah:
 
19 Mei 2013
11 Pagi
Disney Channel (Channel 615)
 
27 Mei 2013
1 Tengah Hari
 Disney Junior (Channel 613)


Jangan lupa tau kasi anak-anak tengok. Gerenti nak tengok lagi. :) Memang bagus untuk anak belajar cara menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan juga skil baru. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh jengah http://www.disneyjunior-asia.com/. Banyak aktiviti menarik disitu :). Love Sofia.


4 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Allene said...

best je cerita ni... sejak ada anak lama da tak ke panggung.. tak confident nak bwk budak g panggung.

Cik Puan Rara said...

wow mcm nama anak sy lah.hehe

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Menarik nih ...Tapi kita xde ASTRO ...

zety said...

dpt juge beramah mesra kejap dgn owner blog nih ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop