@ Abang dan Adik

Thursday, June 27, 2013

Wah susahnya nak curi masa berblog. Bz bebenor sejak dah start keje ni. Huhu. Kali ni layankan gambar Ammar dan Amani. Ammar boleh harap jaga adiknya tapi si adik ni garang kalau ngan abang. Huhu. Dah berapa kali Ammar kena gigit. Kesian la abang Ammar.




@ Bubur Kanji Utara

Monday, June 24, 2013


Bubur kanji ni ala-ala bubur lambuk. Cuma bubur lambuk ada rempah  sikit dan banyak bahan lagi. Kira ini Ibu punya feveret. Lagi-lagi kalau bulan puasa. So ni kena praktis dah. Heh.

Nak masak senang je. Rebus beras dan garam sikit. Kemudian masukkan bahan macam udang kering ke daging ke ayam ke udang. Serai (satu cukup) diketuk dan halia dihiris nipis - masukkan. Bila dah jadi bubur, masukkan bawang merah yang dihiris nipis. Bila dah sampai kelikatan yang dikehendaki, masukkan santan. Taraa dah siap.

Posted via Blogaway

@ Oh Jerebu: Bacaan IPU di Petaling Jaya

Sejak semalam menjadi-jadi betul jerebu di kawasan rumah. Semua tingkap/pintu/pintu bilik air Ibu tutup. Kalau tak bau asap. Memang Ammar dan Amani berkurung di rumah je.

 
Pagi tadi - dari tingkap bilik study
 
Bacaan terkini IPU

 
 
 
Memang makin teruk area Petaling Jaya ni. Jadi kurangkan aktiviti luar. Kalau keluar jangan lupa pakai mask.
 

@ Handbag Coach Murah

Wednesday, June 19, 2013

Coach Factory Outlet Sales kembali lagi. Dulu Ibu ada buat sekejap. Tapi sebab ada masalah dengan masa dan juga supplier. Maka terpaksa stop. Kali ni dah dapat supplier baru yang lagi MURAH dan CEPAT. Boleh dapat less than 2 weeks. Insyaallah.
 
Kali ni sales memang cantik-cantik. So kepada sesiapa berminat boleh tengok sendiri design yang ada di link bawah ini. Ibu siap bagi username and password (tapi korang janganlah p order pulak ye). Just tengok dan ambil nama model dan no style. Ini stepnya:
 
1. Masuk web CFO
 
password: ilovecoach
 
2. Pilih design yang berkenan dan email
 
 
Nama Model:
Style Model:
 
3. Tunggu quotation harga (Deposit 70%)
 
 
LAST ORDER: 20/6/2013 - 4 petang
 
LIMITED 10 Bag Sahaja!
 
 
 
 
 
 






 

@ Shopping di Best Buy World

Ramai tanya mana nak beli produk kecantikan murah-murah. Ibu ada jumpa satu website ni - http://my.bestbuy-world.com/. Harga memang berpatutan lebih-lebih lagi bila time Happy Hour (seriously barang SK2 boleh dapat 50% tau - memang murah gile.



Selain kosmetik, perfume la beg pun ada. Kena rajin jenguk tunggu sales die. Satu lagi kalau was-was dengan barang - boleh je nak COD. Tapi ni apply kepada area Selangor/KL jelah. Kalau beli lebih RM150 - free shipping. Ha best kan? So jemput jenguk ye.  

Oh ya ni iklan tak berbayar. Saja promote since ramai bertanya pasal SK2. Ibu dah pernah beli kat sini dan dijamin original. :)

@ Demam

Tuesday, June 18, 2013


Malam tadi tetiba Amani muntah. Lepas tu badan terus panas. Hari ni pun asyik muntah. Kesian lembik badannya. Ibu cuak juga sebab last time Amani demam masa kena demam kawasaki dulu. Luruh jantung ibu dibuatnya.

Harapnya kali ni demam sekejap je. Demam nak dapat kaki kot amani kan.

Posted via Blogaway

@ Cadar Cotton

Monday, June 17, 2013

Tarikh tutup order untuk cadar cotton quilt dilanjutkan atas permintaan. Yelah ramai nak pakai cadar raya. Harga memang murah berbanding kedai tau. So sape belum order jemputlah tengok ye :)


1set RM165 include postage
Wholesale 5set RM145 exclude postage
Wholesale 10set RM125 exclude postage
Deposit 50 %

Description: Three pcs bedspread
Item Size:
Bedspread:230*250cm(90*98")
Pillowcase:50*70cm(20*28)*2
Material: 100% cotton
Filling: 220gsm needle punched cotton
Weight: About 3.0 kgs
Package: PVC handbag
 
 
Design boleh tengok di sini ya - KLIK SINI






@ Jemput ke gerai BabyIbu Shoppe

Saturday, June 15, 2013


Kepada sesiapa yang di sekitar kota damansara, jemputlah datang ke gerai BabyIbu Shoppe. Boleh try sendiri baju dan tengok quilt2 yang comel.

Gerai dibuka hingga pukul 1 tengah hari. ALAMAT:  91 jln cecawi 6/27 kota damansara pj 47810 selangor. Depan sek rendah seksyen 6/parking tasiK.

Jemput datang k. ;)

Posted via Blogaway

@ Dah start kerja

Wednesday, June 12, 2013

So officially Ibu dah start kerja. Lepas ni banyak aktiviti lain kena kurangkanlah ye. Huhu. Kena target sekurangnya satu ISI paper. Satu je tapi satu pun bukan senang. Jurnal ISI ni requirement di UM ni. So kenalah gigih k. Dah hantar 3 tapi semuanya masih dalam proses review. Harapnya adalah good news ye. Insyaallah.
 

Selalu rasa blur macam ni bila stuck tulis paper - huhu

@ KFO

Tuesday, June 11, 2013

Mesti korang heran ni apalah KFO ni. Canggih nau nama. Sebenarnya Korea Factory Outlet. Boleh pulak singgah sini masa pergi melawat mak sedara di Hospital Gleneagles. Kedai ni berdepan dengan hospital tu.



Apa yang best? Kata MIL (sebab MIL pandai tengok perabot, Ibu ni hancus) kualiti baik memang perabot Korea tahan lasak dan berkualiti. Banyak juga barang die - berlekuk, berbunga semua ada la kiranya.




 


Kedai dia ada satu lagi kat West Point, Lebuh Bandar Utama. Kata pekerja, kalau kat West Point ni lagi murah sbb tokey cawangan ni baik hati. Tokey kat kedai kitaorang pgi memang susah sikit. Penat la MIL minta tawar. Akhirnya, Ibu terjebak juga. Tara...


 
Nak letak bawah cermin kat dining hall. Nanti Ibu amik gambar. Dah sampai dah semalam (penghantaran percuma ye :).  Sape tengah nak survey perabot dan suka perabot kayu bolehla pergi ye :).
 

@ Borong Cadar Cotton Murah

Monday, June 10, 2013

Ibu memang suka sangat cadar cotton ni. Selesa dan cantik. Senang plak tu nak kemas. Hehe. Kali ni dibawakan khas untuk peminat cadar cotton. Boleh beli cadar cotton dengan harga murah.
 
 
Pre-order
 
 
Pelbagai design menarik di Pemborong Cadar Cotton Murah

 
 
Maklumat lanjut hubungi: Pemborong Cadar Cotton Murah

@ New Badge

Logo BabyIbu yang lama ada gambar Ibu dan Ammar. So bila Ammar tanya, mana Amani? Emm alahai. So Ibu pun tempah untuk gambar Amani dalam badge baru. Just tambah dalam gambar lama dengan Emila Yusof. Lucky me die sudi nak tolong buat. Rezeki Amani la kan. 
 
 
 
Lepas ni kalau anak 3-4 - penuh la badge tu. Ahaks!
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati: http://kedaibabyibu.blogspot.com/

@ “Think. Eat. Save.” World Environment Day @ KDCF

Friday, June 7, 2013

Jom bawa anak pergi aktiviti “Think. Eat. Save.” World Environment Day @ KDCF di Kota Damansara. Banyak aktiviti menarik tau. Boleh anak kita belajar pasal alam sekitar. Jumpa di sana!
 
WED 2013 website 600 Think. Eat. Save. World Environment Day @ KDCF

WED 2013 A to Z 800 Think. Eat. Save. World Environment Day @ KDCF

@ Happy Birthday Amani

Thursday, June 6, 2013

Selamat hari lahir Amani sayang. Sekejap je dah setahun. Alhamdullilah. Semoga Amani menjadi anak yang solehah dan sentiasa sihat dan cergas. Amin.
 
 
 
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati: http://kedaibabyibu.blogspot.com/

@ Win Coach! BabyIbu Shoppe Fans Giveaway!


Apa?
Win Coach! BabyIbu Shoppe Fans Giveaway!
 
 
Bila?
28/5/2013-30/6/2013

Hadiah
Hadiah Utama
COACH wristlet worth RM400
 
5 Hadiah Saguhati
Hamper worth RM50

Syarat
Seperti biasa, setiap contest pasti ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Syarat2nya adalah seperti berikut:
  • Add BabyIbu dan BabyIbu Shoppe di blogroll/bloglist anda.
  • Membuat review mengenai contest ini diblog anda (jangan lupa link balik ke entri ini).
  • Dalam entri anda, letakkan gambar satu produk dari BabyIbu Shoppe yang anda suka (rujuk di BabyIbu Shoppe dan FB BabyIbu Shoppe ) dan nyatakan kenapa anda sukakannya. Boleh tambah gambar atau sebagainya mengikut kreativiti anda. Entri boleh dalam English atau Malay.
  • Dalam entri itu pastikan anda mention dan link ke BabyIbu, BabyIbu Shoppe dan FB BabyIbu Shoppe (no link back will be disqualified).
  • Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address.
  • Dan ya..boleh hantar entri sebanyak mana yang anda hendak. Satu entri dikira satu penyertaan.
 
 Takde blog?
Boleh join melalui FB - KLIK SINI.
 
Nak masuk dua2?
Boleh. Setiap satu dikira berasingan. Jadi peluang untuk menang lagi banyak :P


Terima kasih kepada penaja
 
BabyIbu Shoppe

@ Checklist Untuk Ammar

Tuesday, June 4, 2013

 
Memandangkan Ibu sekarang dah kena ke ofis hari-hari maka susahla nak pantau Ammar. So setelah meng'google' akhirnya Ibu jumpa satu checklist yang menarik untuk Ammar. Saje cari yang ada karton sikit kasi die semangat. Kalau tak nak mandi/makan pun macam nak perang. Huhu. Semoga checklist ni dapat membantu Ibu. Heh.
 


So kat part kosong tu Ibu tulis siap-siap kerja apa die nak kena buat untuk hari tu. Matematik ke English ke. Bila siap die sendiri akan tick. Balik petang Ibu atau Ayah akan check latihan yang die buat. Nak buat macam mana sekarang Ammar still home school. Insyaallah tahun depan baru nak hantar die ke sekolah.

Sample Image

 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati: http://kedaibabyibu.blogspot.com/
 
 

@ Cita-citaku

Monday, June 3, 2013

 
Apa cita-cita korang masa kecil? Selalu dulu mesti tulis nak jadi doktor, guru, polis, tukang masak, tukang jahit - hehe. Ibu kecil-kecil cita-cita nak jadi doctor. Pastu masuk zaman sekolah baru sedar penakut jarum makanya kensel.
 
Bila masuk sekolah menengah dah takde cita-cita sejati. Just nak score dalam exam. Tu je. Cita-cita pendek. Hehe.
 
Bila dapat result SPM (yang takdelah bagus mana - itulah balasan tak baca buku - huhu), dah mula confuse. Tak tahu nak amik course apa. Terikut member baik -so amik sains computer. Padahal time tu guna PC pun terkial-kial. Tapi takpelah sekali lagi just tekadkan azam kasi dapat result yang baik.
  
 
 
Walaupun result masa degree ok tapi sebenarnya takdelah minat sangat. Tapi takpe, ada hikmah amik sains computer ni. Dapat jumpa pasangan hidup kat sini (haha - adik-adik sila jangan jadikan contoh ye). Then tamatkan degree dengan baik Alhamdullilah.
 
By this time baru sedar yang Ibu suka buat research. Suka cari maklumat baru dan fikir idea baru. Dengan itu maka lahirlah cita-cita baru - nak jadi pensyarah. Sebab tulah Ibu amik Master dah PhD. Alhamdullilah sebab memang minat membaca dan menyelidik - maka perjalanan sambung belajar ni menjadi lebih mudah dan menyeronokkan (:P).
 
Perjalanan nak mencapai cita-cita yang satu tu hampir selesai alhamdullilah (itupun umur dah masuk 30-an - huhu). Sekarang terjebak pula dengan bisnes. Kenapa suka sangat bisnes ni? Hmm actually tak tau kenapa - macam hobi pula. Semangat tu kuat, jadi cuba jelah setakat mampu. Mana tahu ada rezeki bisnes berjaya, boleh tolong ramai orang pula. Tak gitu? 
 
Tapi, paling utama, tumpuan hidup sekarang nak spend masa berkualiti dengan  family dan besarkan anak-anak sebaiknya. Semoga dipermudahkan. Jadi pendek kata di sini, apa kita buat pun, yang penting bila kita ada passion. Maka semuanya akan dipermudahkan. Hati senang, hidup bahagia insyaallah.
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati: http://kedaibabyibu.blogspot.com/
 
 

@ Mega Mawlid 2013

Saturday, June 1, 2013

 
 
Company Logo
 
Assalamualaikum wbt Sdr/Sdr muslimin muslimat sekalian, 

1. Saya ingin mengundang anda semua sekeluarga beramai-ramai untuk hadir sebagai salah seorang tetamu untuk Mawlid 2013 - Berqasidah & berselawat bersama Habib Syech Asseggaf pada hari Sabtu (1/6/2013), 8 malam di Stadium Shah Alam. 

2. Saya juga inginkan sedikit pertolongan semua untuk mewar-warkannya kepada sanak saudara, kerana program ini anjuran kami dibawah badan kebajikan kami Kelab Kebajikan & Rekreasi kakitangan Richworks (RichWell) dengan usahasama Richworks dengan niat untuk mengajak seramai mungkin umat Islam berkumpul bersatu, bersama dan berselawat ke atas Rasulullah saw serta sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan kita semua. Jadi, saya perlukan sedikit bantuan dari semua untuk mewar-warkan program yang terbuka kepada semua ini melalui share promo kami atau sampaikan dan mengajak seramai mungkin rakan-rakan anda untuk hadir nanti. 

3. Program ini di Stadium Bola Shah Alam ya! Jangan tersalah stadium, ianya bukan di Stadium Melawati. 

Bantu saya mengajak lebih ramai umat Islam untuk hadir bersatu, bersama dan berselawat. Dan saya juga percaya Insya-Allah, anak-anak anda akan lebih gembira menghayati maksud lirik qasidah "Ya Hanana" daripada lagu Raihana. 

Mohon bantuan semua untuk share dan semoga usaha kecil ini dilihat sebagai satu usaha kita sama-sama mendapat penyaksian untuk mendapatkan syafaat Rasulullah saw yang besar di sana kelak dan membuka hati kita selepas ini untuk lebih mencintai serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw. 

Bersama, Bersatu, Berselawat. 

- AzizanOsman, Pengasas RichWell - 
GrandMawlid.com.my
/

@ 6 dan 12

Alhamdullilah hari ni genap 6 tahun perkahwinan Ibu dan Ayah. Bulan ni juga genap 12 tahun kami berkenalan. Hoho lama kan? Dari muda remaja sampai la dah 30 an ni. Terima kasih Ayah kerana mengorat Ibu 12 tahun lepas :P. Terima kasih juga kerana sentiasa disisi Ibu - menyokong dan be my person.
 
Semoga tahun mendatang membawa seribu kebahagiaan dan rahmat untuk kita sekeluarga. :) Haih jiwang sorang-sorang lak hari ni. Ayah pergi panjat gunung pula hari ni. Apa nak buat? Tengok gambar jelah kan.
 
 



 
 
PROMOSI - 3 sets FOR RM65.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop