@ Cita-citaku

Monday, June 3, 2013

 
Apa cita-cita korang masa kecil? Selalu dulu mesti tulis nak jadi doktor, guru, polis, tukang masak, tukang jahit - hehe. Ibu kecil-kecil cita-cita nak jadi doctor. Pastu masuk zaman sekolah baru sedar penakut jarum makanya kensel.
 
Bila masuk sekolah menengah dah takde cita-cita sejati. Just nak score dalam exam. Tu je. Cita-cita pendek. Hehe.
 
Bila dapat result SPM (yang takdelah bagus mana - itulah balasan tak baca buku - huhu), dah mula confuse. Tak tahu nak amik course apa. Terikut member baik -so amik sains computer. Padahal time tu guna PC pun terkial-kial. Tapi takpelah sekali lagi just tekadkan azam kasi dapat result yang baik.
  
 
 
Walaupun result masa degree ok tapi sebenarnya takdelah minat sangat. Tapi takpe, ada hikmah amik sains computer ni. Dapat jumpa pasangan hidup kat sini (haha - adik-adik sila jangan jadikan contoh ye). Then tamatkan degree dengan baik Alhamdullilah.
 
By this time baru sedar yang Ibu suka buat research. Suka cari maklumat baru dan fikir idea baru. Dengan itu maka lahirlah cita-cita baru - nak jadi pensyarah. Sebab tulah Ibu amik Master dah PhD. Alhamdullilah sebab memang minat membaca dan menyelidik - maka perjalanan sambung belajar ni menjadi lebih mudah dan menyeronokkan (:P).
 
Perjalanan nak mencapai cita-cita yang satu tu hampir selesai alhamdullilah (itupun umur dah masuk 30-an - huhu). Sekarang terjebak pula dengan bisnes. Kenapa suka sangat bisnes ni? Hmm actually tak tau kenapa - macam hobi pula. Semangat tu kuat, jadi cuba jelah setakat mampu. Mana tahu ada rezeki bisnes berjaya, boleh tolong ramai orang pula. Tak gitu? 
 
Tapi, paling utama, tumpuan hidup sekarang nak spend masa berkualiti dengan  family dan besarkan anak-anak sebaiknya. Semoga dipermudahkan. Jadi pendek kata di sini, apa kita buat pun, yang penting bila kita ada passion. Maka semuanya akan dipermudahkan. Hati senang, hidup bahagia insyaallah.
 
Pelbagai barangan menarik untuk anda dengan harga yang murah. Lawati: http://kedaibabyibu.blogspot.com/
 
 

3 kawan BabyIbu berkata-kata..:

SYAHIDA said...

sy msa sek rend nk jd polis...=)

zarena heeney said...

masa kecik dulu cita-cita berdasarkan apa disekeliling kita kan..nampak cikgu nak jd cikgu..nampak doc nak jd doc

kelakar la masa kecik2 dulu
skang nie just tengok gelagat anak2 laks

huda said...

sy nk jadi doctor.. last2 lain kerja nye.. hehe.. xsape tau nasib masing2 kan :)

jom ke blog sy hudakassim.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop