@ Mega Mawlid 2013

Saturday, June 1, 2013

 
 
Company Logo
 
Assalamualaikum wbt Sdr/Sdr muslimin muslimat sekalian, 

1. Saya ingin mengundang anda semua sekeluarga beramai-ramai untuk hadir sebagai salah seorang tetamu untuk Mawlid 2013 - Berqasidah & berselawat bersama Habib Syech Asseggaf pada hari Sabtu (1/6/2013), 8 malam di Stadium Shah Alam. 

2. Saya juga inginkan sedikit pertolongan semua untuk mewar-warkannya kepada sanak saudara, kerana program ini anjuran kami dibawah badan kebajikan kami Kelab Kebajikan & Rekreasi kakitangan Richworks (RichWell) dengan usahasama Richworks dengan niat untuk mengajak seramai mungkin umat Islam berkumpul bersatu, bersama dan berselawat ke atas Rasulullah saw serta sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan kita semua. Jadi, saya perlukan sedikit bantuan dari semua untuk mewar-warkan program yang terbuka kepada semua ini melalui share promo kami atau sampaikan dan mengajak seramai mungkin rakan-rakan anda untuk hadir nanti. 

3. Program ini di Stadium Bola Shah Alam ya! Jangan tersalah stadium, ianya bukan di Stadium Melawati. 

Bantu saya mengajak lebih ramai umat Islam untuk hadir bersatu, bersama dan berselawat. Dan saya juga percaya Insya-Allah, anak-anak anda akan lebih gembira menghayati maksud lirik qasidah "Ya Hanana" daripada lagu Raihana. 

Mohon bantuan semua untuk share dan semoga usaha kecil ini dilihat sebagai satu usaha kita sama-sama mendapat penyaksian untuk mendapatkan syafaat Rasulullah saw yang besar di sana kelak dan membuka hati kita selepas ini untuk lebih mencintai serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw. 

Bersama, Bersatu, Berselawat. 

- AzizanOsman, Pengasas RichWell - 
GrandMawlid.com.my
/

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

zarena heeney said...

tak dpt nak join
sudah pergi ke melaka time tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop