@ Kisah Hari Ini

Tuesday, July 16, 2013

Lama tak menulis blog panjang-panjang kan. Hari ni nak update sikit status hidup. Heh. Ibu dah mula kerja dari bulan lepas. Sebab tu blog banyak terabai. Konon sibuk la kan. Hehe.
 
Kerja
Dah mula bekerja as Felo di UM. Kerja as Felo tu takdela mula lagi. Tapi banyak dengan penulisan jurnal dan start buat new research. Maklumlah di UM ni nak dilantik sebagai Pensyarah perlukan 1 jurnal ISI (jurnal ISI ni kira high ranking jurnal untuk publish paper). Jadi sekarang memang dok write dan rewrite paper jelah. Huhu.
 
Study
Alhamdullilah dah submit tesis last Februari. Sekarang masih menunggu tarikh VIVA. Harapnya sempat la bulan ni. Bulan berkat dan semoga examiner lembut hati. Hehe. Pada masa yang sama dah mula baca balik tesis dan prepare for VIVA.
 
Business
Pun sama macam blog. Dah slow. Tapi sebab minat so still semangat juga. Sekarang nak cuba shift kepada pre-order barang dari US dan UK. Buat masa free jelah. Sebab kena fokus buat research pula.
 
ELYA N US - Buat masa ni jual Coach
 
Family
Lama sangat jadi part time student part time surirumah. Jadi tengah dalam mengekjas lagi. Kesian juga la tinggal Ammar dan Amani. Ammar la sebab selalu ada je ngan die. Hari-hari die kira, 5 hari keje dan 2 hari cuti. Huhu. Kesian la anak Ibu.
 
Insyaallah lepas Viva ni boleh fokus balik. Sekarang buat apa pun serba tak kena. Huhu.

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Itulah pengorbanan nama nyer ... Semoga dipermudahkan segala urusan ... Juga semoga terus sukses dalam bidang perniagaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop