@ Nursing Dress EDZ

Friday, August 30, 2013

Ramai pula bertanya pasal dress Ibu pakai raya hari tu. Dress tu dress biasa tapi boleh jadi nursing dress sebab ada butang di depan. First time sebenarnya beli dress. Macam best pula sebab dress tu flowy rasa macam Cinderella - haha  - sila abaikan ayat ni.




Ibu beli di EDZ - http://edz.com.my/.

 
Banyak lagi pilihan dress die. Ibu recommend sebab dress die potongan sedap (bukan sedap dimakan, tapi sedap dipakai), kain sejuk dan terletak je. Kalau nak try boleh ke kedai mereka di Bangi (Ibu belum pernah sampai, hari tu gamble je beli online nak pakai raya punya pasal). Antara dress lain yang ada:
 
 
 
 
 
 
 
Ha sape berminat bolehla terjah ye http://edz.com.my/. Pakia p opis pun cantik juga, tampak manis dan sopan, tapi Ibu naik motor maka angan-angan tu letak jelah ketepi, kang masuk kain dalam tayar motor sia-sia saje. Hukhuk.

@ Hmm new contest?

Tuesday, August 27, 2013

Rasa macam nak buat contest. Contest lama yang mendapat sambutan ramai. Ada yang sudi nak join tak? Kalau nak sediakan gambar anak anda ye - stay tuned!!

P.s: Masih dalam process finalized sponsor ya :P


 


 
Gambar dari contest tahun2 lepas - mesti dah tau contest macam mana kan? :P

@ Lemang sedap di Kota Damansara

Monday, August 26, 2013

Semalam beli lemang di seksyen 6 kota damansara. Gerai depan skolah rendah seksyen 6. Emm memang terbaik lemangnya. Sedap. Lembut je. Harga dalam RM10-14 -ikut saiz.





Alamak gambar isi lemang tak sempat ambil. Dah habis dimakan. Huhu.

posted from Bloggeroid

@ D'stylo Boutique

Friday, August 23, 2013

Kalau nak cari dress yang cantik dan murah bolehla berkunjung ke FB D'stylo Boutique. Ibu selalu ke butik diorang sebab dekat Kota Damansara je. Banyak pilihan dress. Mostly bawah RM100. Bolehla nak pakai pergi dinner ke open house ke. Nak pakai g kerja pun ok.







Ibu suka yang bawah ni





Boleh pakai nursing sekali. Nak pakai raya boleh n g kerja pun ok. Selamat menjengah D'stylo Boutique.

posted from Bloggeroid

@ Bedak Pixy

Thursday, August 22, 2013

Dulu Ibu pakai bedak Mac, memang bagus tapi ongkosnya gulp sikit. Pernah try yang lain tapi macam tak best. Akhirnya jumpa bedak yang best dan murah. Namanya Pixy. Pixy ni pakai rasa ringan dan tahan lama. Boleh jumpa di Watson. Memang standard Mac juga. Ibu suka!




posted from Bloggeroid

@ Pureen Warehouse Sale 24-25 Ogos 2013

Wednesday, August 21, 2013

Yeay acara wajib pergi kembali lagi. Memang berbaloi. Kali ni nak borong banyak toiletries - tisu, sabun mandi, sabun botol - suma dah habis stok sebab asyik missed pergi. Huhu. Kepada tak pernah pergi boleh tgk review di sini:
 

Ha banyaknya sejarah pergi. So far memang puas hati. Walaupun makin tahun harga makin naik. Tapi still murah dari luar. Kalau dulu baju selai RM1 pastu naik selai RM3. Last pergi ada lagi RM3 selai tapi dah kurang. Tapi masih still berbaloi. Satu lagi kain baju pureen ni sedap especially yang plain tu. Memang selesa dan tahan lama. Oklah. Jumpa di sana ye :)
 

@ Tatih adik tatih

Monday, August 19, 2013

Amani masih bertatih berjalan. Lenggang lenggung jalannya. Heh. Boleh dah dapat 3-4 tapak tapi dia macam takut-takut lagi. So hari-hari kami pegang la tangan die kasi practice jalan. Chayok amani!




posted from Bloggeroid

@ Anda ada bisnes di FB?

Saturday, August 17, 2013

Di sini nak mohon bantuan peniaga di FB untuk menjawab survey di bawah. Tiga responden bertuah akan dapat duit raya RM50 dan dihubungi melalui email. Tq sangat2.
 
 
 

@ Ammar dan Anzalna

Friday, August 16, 2013

Sebelum raya Ibu ada pergi The Curve dengan Ammar. Sekali jumpa Anzalna. Comel die. Kecil orangnya. Cakap manja je macam dalam tv tu.

Apa lagi kebetulan dia kat tepi Ibu, Ibu pujuk aka paksa :-D Ammar amik gambar dengan Anzalna. Hehe.



Ammar dengan muka kena paksa



Time comot ni la nak jumpa retis kan. Terus rasa nak g facial. Muahaha.

posted from Bloggeroid

@ Mari jumpa Doktor gigi

Selalu kami akan check gigi di hujung tahun. Tapi sebab tahun lepas sibuk - termiss check gigi tahunan. Makanya tahun ni awal sikit la. Lagipun semua orang masih mood raya. Makanya tak ramai orang kat klinik gigi tu. Macam biasa kami pergi Klinik pergigian Rohaya di Kota Damansara.
 
Kali ni semua orang check gigi, scaling dan polish - Ayah, Ibu, dan Ammar. Amani Dr tengok-tengok je. Kalau baby, Dr kata sama ada berus pakai berus gigi baby (without ubat gigi) atau just lap dengan kain je.
 
Dalam ramai-ramai, rasanya Ibu paling cuak kot bab check gigi, huhu. Jadi Ibu suh Ammar buat dulu. Kang dia tengok Ibu menggigil - mau die pula takut (contoh tak baik betul Ibu ni). Jadi Ammar pun check dulu - ada kena tampal sikit. kemudian polish. Kemudian tanya Dr, kat gigi depan Ammar ada macam warna putih sikit. Dr. kata tu sebab terlebih ubat gigi. Nasib baik gigi susu. Jadi pesan Dr. jangan pakai ubat gigi banyak sangat bila memberus. Adeh Ammar kalau berus sendiri memang suka betul dia ubat gigi Pureen perisa oren tu. Jadi Ibu suh Dr bagitau Ammar lepas ni kena pakai sikit je.
 
 
 
Abang Ammar yang berani
 
Lepas Ammar, Ayah check dan last sekali baru Ibu. Semua ok just scaling and polish je. Pesan Dr lagi, pakai berus gigi yang soft tu. Senang nak berus die celah gigi - maklumlah gigi Ibu kat berlapis-lapis. Apa-apa pun Dr. kali ni (tak tau pulak apa nama die) memang terbaik. Ramah tamah dan lembut je check gigi. Ibu cuak pun die layan je. Hehe. Ok gigi dah cantik, senyum semua :).
 

@ Jom jadi part of Malaysia Book of Records + dapat goodies worth RM150

Thursday, August 15, 2013

Sape ada anak umur bawah 3 tahun? Masih pakai diaper? Duduk area Lembah Klang? Nak ajak join event best Sabtu ni (masa tak fixed - boleh join bila-bila antara pukul 10 pagi hingga 10 malam).

Event apa ni?

  
 
Apa yang dapat kalau join?
 
Banyak hadiah menarik menanti anda!! Paling bernilai Sijil Malaysia Book of Records tu. Bukan senang2 nak dapat tau.
 

 
Nak daftar macam mana?
 
Senang je ada dua langkah:
 
  1. Daftar di Facebook Huggies - KLIK SINI.
  2. Untuk melayakkan dapat extra gift, tinggalkan email anda di entri ini atau boleh email terus ke babyibu@gmail .com maklumat berikut:  Nama (As per IC), IC, Mobile Number, Email, Child Full Name, Child MyKid Number, Chosen time Slot.


Mudah je kan? Apa tunggu lagi? Daftar sekarang!!

@ Branded Toys Warehouse Clearance

Kepada Ibu Bapa yang anaknya minat Thomas, Power Ranger, Ultraman, Ben 10 - Bolehla jengah ye. Di bawah flyernya. Ibu tak pegi sebab jauh dari rumah. Tunggu Mattel la Nampak gaya :).

Tarikh: 15-18 Ogos 2013
Masa: 9 pagi - 6 petang
Alamat: No 6, Jalan 4/118B, Desa Tun Razak, Cheras, KL
 

@ Tinggal sikit lagi

Wednesday, August 14, 2013


Ada yang bertanya kenapa blog BabyIbu bersawang je lately. Huhu. Sebabnya ialah Ibu sangat sibuk dengan study.

Ibu dah submit tesis bulan Februari lalu. Setelah menanti dengan penuh kesabaran dan kecuakan akhirnya Ibu dipanggil untuk Viva voce pada 2 Ogos lalu. Viva ni adalah satu proses untuk defend tesis.

So dari bulan Julai tu Ibu sibuk buat slide la prepare soalan yang mungkin bakal ditanya dan prepare apa2 yang patut. Hati dah tak aman. Maka benda lain memang dah tak leh fikir. Bisnes ke preparation raya ke semua Ibu tak buat time tu. Nasib baik ada adik Ibu datang so die la tolong urus bab bisnes.

Alhamdullilah viva Ibu berjalan lancar. Soalan yang ditanya bolehla tahan. Itu je nantila satu entri khas. Bila pengerusi umumkan "Tahniah anda berjaya dengan minor correction." Macam lembik lutut. Macam tak percaya dah habis satu perjuangan yang panjang. Alhamdullilah. Berkat ramadhan.

Esok tu baru Ibu shopping sakan cari baju raya. Baru ada mood la konon. Tapi sekejap je. Start minggu raya Ibu mula tekan gear 5 untuk siapkan correction. Memang all out gitu.

Berkat tak tidur di minggu raya, Ibu berjaya submit correction semalam. Rasa leganya. Barulah rasa ringan sikit otak dan bahu ni. Alhamdullilah. So sekarang berdoa supaya semuanya lancar dan Ibu boleh settlekan semua as soon. Kemudian bolehla mula perjalanan baru pula. Insyaallah.

Posted via Blogaway

@ Raya 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Di kesempatan ini juga nak ucapkan maaf andai ada salah dan silap di sepanjang perkenalan kita melalui BabyIbu ni.
 
Tahun ni turn raya di Kedah. Selasa petang dah gerak balik dan Ahad malam pula balik KL semula. Alhamdullilah perjalanan lancar. Raya kali ni Ibu sibuk sikit - nanti Ibu cerita di entri lain kenapa Ibu sibuk. Dan kenapa juga blog ni lama tak berupdate. :)
 
Ok meh kita layan gambar raya k - taraaaa.
 
 
 
Raya Pertama. Amani pakai skirt je. Dia dok aktif merangkak so kesian pula nak pakaikan baju kurung. Takut tersembam. Huhu. Ammar dan Ayah pakai baju recycle :P. Ibu je semua baru -ahaa :)
 
 
 
Bersama buah hati Ibu


Salam duit raya. Amani dapat duit raya semua masuk mulut ja.

 
Raya kedua di Perlis. Time amik gambar dah petang tengah panas terik. Ammar and Amani dah muka ngantuk.

 
Keluarga di Perlis
 
Rasa tak puas sebenarnya raya kali ni. Macam sekejap je. Takpelah nak buat camna kan. Lepas ni raya di KL pula ye. :)
 

@ Coach Small Packable Tote

Thursday, August 1, 2013

Beg pujaan ramai kembali. Hari tu ramai terlepas. Hot stuff ni. Ada 5 warna kali ni. Boleh tengok di www.coachfactory.com.

siapa nk view:

email: babyibu@gmail.com
password: coach123

Email babyibu@gmail.com kod barang dan harga in USD untuk quotation.
(Harga yang diquote termasuk tax (US ada tax tau), shipping kos (Pakai DHL so sampai cepat) dan handling fees)

Kuota hanya 10 items (5 leather, 5 signature).

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

GETAWAY HAND DRAWN SCARF PRINT SMALL PACKABLE TOTE - RM299
 
 




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop