@ Mari jumpa Doktor gigi

Friday, August 16, 2013

Selalu kami akan check gigi di hujung tahun. Tapi sebab tahun lepas sibuk - termiss check gigi tahunan. Makanya tahun ni awal sikit la. Lagipun semua orang masih mood raya. Makanya tak ramai orang kat klinik gigi tu. Macam biasa kami pergi Klinik pergigian Rohaya di Kota Damansara.
 
Kali ni semua orang check gigi, scaling dan polish - Ayah, Ibu, dan Ammar. Amani Dr tengok-tengok je. Kalau baby, Dr kata sama ada berus pakai berus gigi baby (without ubat gigi) atau just lap dengan kain je.
 
Dalam ramai-ramai, rasanya Ibu paling cuak kot bab check gigi, huhu. Jadi Ibu suh Ammar buat dulu. Kang dia tengok Ibu menggigil - mau die pula takut (contoh tak baik betul Ibu ni). Jadi Ammar pun check dulu - ada kena tampal sikit. kemudian polish. Kemudian tanya Dr, kat gigi depan Ammar ada macam warna putih sikit. Dr. kata tu sebab terlebih ubat gigi. Nasib baik gigi susu. Jadi pesan Dr. jangan pakai ubat gigi banyak sangat bila memberus. Adeh Ammar kalau berus sendiri memang suka betul dia ubat gigi Pureen perisa oren tu. Jadi Ibu suh Dr bagitau Ammar lepas ni kena pakai sikit je.
 
 
 
Abang Ammar yang berani
 
Lepas Ammar, Ayah check dan last sekali baru Ibu. Semua ok just scaling and polish je. Pesan Dr lagi, pakai berus gigi yang soft tu. Senang nak berus die celah gigi - maklumlah gigi Ibu kat berlapis-lapis. Apa-apa pun Dr. kali ni (tak tau pulak apa nama die) memang terbaik. Ramah tamah dan lembut je check gigi. Ibu cuak pun die layan je. Hehe. Ok gigi dah cantik, senyum semua :).
 

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop