@ Tinggal sikit lagi

Wednesday, August 14, 2013


Ada yang bertanya kenapa blog BabyIbu bersawang je lately. Huhu. Sebabnya ialah Ibu sangat sibuk dengan study.

Ibu dah submit tesis bulan Februari lalu. Setelah menanti dengan penuh kesabaran dan kecuakan akhirnya Ibu dipanggil untuk Viva voce pada 2 Ogos lalu. Viva ni adalah satu proses untuk defend tesis.

So dari bulan Julai tu Ibu sibuk buat slide la prepare soalan yang mungkin bakal ditanya dan prepare apa2 yang patut. Hati dah tak aman. Maka benda lain memang dah tak leh fikir. Bisnes ke preparation raya ke semua Ibu tak buat time tu. Nasib baik ada adik Ibu datang so die la tolong urus bab bisnes.

Alhamdullilah viva Ibu berjalan lancar. Soalan yang ditanya bolehla tahan. Itu je nantila satu entri khas. Bila pengerusi umumkan "Tahniah anda berjaya dengan minor correction." Macam lembik lutut. Macam tak percaya dah habis satu perjuangan yang panjang. Alhamdullilah. Berkat ramadhan.

Esok tu baru Ibu shopping sakan cari baju raya. Baru ada mood la konon. Tapi sekejap je. Start minggu raya Ibu mula tekan gear 5 untuk siapkan correction. Memang all out gitu.

Berkat tak tidur di minggu raya, Ibu berjaya submit correction semalam. Rasa leganya. Barulah rasa ringan sikit otak dan bahu ni. Alhamdullilah. So sekarang berdoa supaya semuanya lancar dan Ibu boleh settlekan semua as soon. Kemudian bolehla mula perjalanan baru pula. Insyaallah.

Posted via Blogaway

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop