@ Promosi Travel Mat Patchwork

Thursday, September 26, 2013

Sempena hari gembira minggu depan, BabyIbu Shoppe nak buat promosi sikit :) Promosi Travel Mat Patchwork. Terdapat dua design patchwork - Pink Patchwork dan Cream Patchwork.
 
Hanya RM85 termasuk pos
 
Terhad kepada 5 unit sahaja per design

Nak order email babyibu@gmail.com

(ada kelas satu hari -so malam akan reply - ikut q email masuk k)


Pink Patchwork

 
 

 
 Cream Patchwork
 
 
 
 
Mana satu pilihan anda - KLIK SINI untuk order sekarang - unit terhad
 
 
Amani gegirl mestilah Pink kan :)

@ Cawan dua dalam satu

Tuesday, September 24, 2013

Cawan (padahal gelas) yang integrate dengan straw. Tok abah beli khas untuk Amani dan Ammar. Ibu suka sebab Amani belum pandai lagi kalau minum hirup, selalu basah baju. Jadi bila pakai cawan ni, kurangla sesi basah lencun. Tq Tok Abah.


posted from Bloggeroid

@ Surat Cinta

Monday, September 23, 2013

Alhamdullilah. Setelah hampir 4 tahun berhempas pulas (eceh) akhirnya dapat juga surat cinta ni. Syukur padamu Ya Allah.

@ Fuzana Mokhtaza In the House

Sunday, September 22, 2013

Kawan Ibu perkenalkan Fuzana Mokhtaza ni. Ibu suka design die - simple tapi elegent. Selain baju biasa, Fuzana juga banyak buat baju untuk bertunang dan kahwin. Oh memang cantik sangat baju die. Kalaula boleh bersanding sekali lagi memang dah Ibu amik kat sini. :P. Antara collection Fuzana Mokhtaza ni:




Ni collection Raya hari tu rasanya
 



Selepas berkali-kali melawat website Fuzana Mokhtaza ni - akhirnya dapat juga Ibu memilikinya. Senyum meleret ni. :) Cutting die cantik dan harga pun sangat berpatutan.


Baju mana Ibu beli? - nanti Ibu pakai Ibu amik gambar ye. Minggu depan dah nak pakai satu. Heh. Thanks Fuzana untuk baju yang cantik-cantik ni. Tak sabar tunggu collection Raya Haji pula :P.

@ Comotnya Adik

Thursday, September 19, 2013

Dulu Ibu pernah tulis entri pasal anak comot. Memang Ibu kurang gemar. Tapi nak buat macam mana - sejak dah mula kerja ni Amani di bawah jagaan orang lain. Pasrah je lahkan. Balik je Amani mesti agak comot.  Sama ada muka comot or baju penuh dengan kesan makanan. Huhu. Takpelah nak buat macam mana. Nak demand pun tak boleh. Janji ada orang jaga Ammar dan Amani baik-baik, itu pun dah sangat bersyukur.
 
 
 
Ha Amani makan apa tu?
 
 
Erkk makan coklat la ni - abang Ammar suap ke dik?
 
 
Sedap Ibu..:)

 
Ada lagi tak eh? :P

@ Hibah Amanah

Wednesday, September 18, 2013

Pernah dengar Hibah Amanah? Ibu pun baru tahu sebenarnya. Kalau Tabung Haji atau KWSP kita boleh letak penama (kira waris). tapi ASB kan tak boleh. Kalau nanti kita meninggal, tanpa wasiat, susah waris nak tuntut duit ASB tu. Maka ASNB perkenalkan Hibah Amanah ni. Ini prosesnya:
 
 
 
 
Kalau nak buat Hibah ni - kena pergi ke HQ ASNB. Ibu pergi ke Shah Alam buat.

 
Borangnya
 
Untuk mohon Hibah Amanah ni ada pembayaran. Pendaftaran RM180 (ini pemegang akaun akan bayar) dan setiap tahun kene bayar RM10 untuk servis pengurusan. Lepas isi boring kena jumpa Pesuruhjaya Sumpah (nasib baik la selang 2-3 kedai je tempatnya).


Mula-mula tak nak buat - tapi fikir if jadi apa-apa susah juga kan. So Ibu pun decide nak buat. Kalau korang berminat boleh baca link bawah ni untuk maklumat lanjut atau terus ke pejabat ASNB.
 

@ Hotel Sama-Sama KLIA

Tuesday, September 17, 2013

Hujung minggu lepas ada cuti 3 hari. Korang g mana? Ibu ada workshop 3 hari di Hotel Sama-Sama dekat KLIA. Ibu bawa semua orang pergi. So mereka lepak-lepak di hotel sementara Ibu bertungkus lumus di bawah. Huhu. Cantik juga hotel ni - bestla.
 
  
 
Ibu check in dulu hari Sabtu - isy empuk tilam ni


 
Luas juga biliknya

 
Amik gambar, sembahyang - terus kena turun balik ye. Huhu.

 
 

 
Tiga hari berteleku di bilik bawah ni. Tapi yang best kat sini - makanan banyak gile. Pagi makan, pukul 10 makan, pukul 1 lunch, pukul 4 ada tea break, pukul 6 dah dinner. Ehem memang mewah makanan. Dan akibatnya - huhu lemau sikitla nak berfikir. hehe.


 
Segan pula nak amik gambar banyak-banyak kat café die
 
Apa pun alhamdullilah workshop tiga hari menghasilkan output yang diperlukan. Paling Ibu best sebab Amani dapat belajar jalan. Sebab kat situ karpet maka Amani pun asyik practice jalan ke sana sini. Maka anak Ibu dah pandai jalan (dah setahun 3 bulan tau). Syabas mere bethi.
 

 

Cerita g Hong Kong? Kejap eh - minggu ni dah start kelas. So Ibu sangat bz. Huhu.


@ OMG - 40?

Friday, September 13, 2013

Semalam timbang berat. Huhu 40 kg sahaja saya ni. Ni dah kes boleh melayang. Huhu. Apa nak buat, dari bulan Ogos tahun lepas Ibu memang tak cukup rehat - masuk gear 5 untuk siapkan study. Alhamdullilah berbaloi. Cuma sekarang kena naikkan balik la. Ada petua naikkan berat badan?
 
Rasanya last 40kg ni masa anak dara je kot. Dah kahwin selalu maintain 43-44kg. Huhu. Nak naik 1kg pun susah tau. Paling senang nak naik - pregnant lagi - heh. Tak leh kesian Amani kecil lagi. So camno - kena makan banyak la cam gini. Huhu

@ Oh Nuffnang

Thursday, September 12, 2013

Setahun kebelakangan ni Ibu dah kurang aktif dalam dunia blog. Sibuk dengan study. Itupun cuba juga update blog at least seminggu sekali supaya tidak bersawang :P. Hehe. Yelah, tulis blog pun perlukan inspirasi. Tak boleh main update status macam di FB sahaja. Perlu mood, gambar dan ayat yang sesuai.
 
Sekarang dah habis belajar maka bolehla fokus balik berblog. Bolehla curi-curi masa kan. Ramai cakap rajin betul nak berblog bagai. Haih. Nak buat macam mana. Dah jadi hobi. :P. Tapi ada baiknya rajin menulis blog ni - ada rezeki masuk - kira ala part time job la ni.
 
Zaman Ibu start blog dulu belum ramai lagi. Tapi sekarang dah banyak blogger. Kepada yang rajin dan aktif yakni rajin tulis blog dan juga aktif kembangkan network. Confirm la masyuk. Ibu yang ala-ala sendu ni  pun alhamdullilah tiap tahun adalah rezeki hasil berblogging. Jadi kepada yang baru mula atau pun dah lama blog tapi belum ada hasil, just keep blogging. Ada rezeki insyaallah.
 
Kalau Ibu, banyak call adalah dari agensi pengiklanan. Nuffnang jarang jemput Ibu. Maklumlah blog sendu. Semalam saja Ibu dok belek website Nuffnang, baru perasan. BabyIbu dah tak jadi Glitterati member. Aduhai. Maybe sebab Ibu ada letak Google punya iklan. Ibu dah remove. Harap lepas ni kita jadi geng balik la ye En. Nuffnang. Hehe.
 


@ Gaya Si Comel Berhari Raya 2013


 
 
Tempoh

12  September 2013 - 31 Oktober 2013

Syarat Penyertaan
 
  • Letak banner contest di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu  dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
    • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
    • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
    • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - Pertandingan terhad kepada si comel berumur 1 hari hingga  6 tahun.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu  dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik. Semua keputusan adalah muktamad.

Hadiah 
 
Hadiah Utama
 
Cute Drawer tajaan YourBabyWardrobe
 
 

Hadiah Tempat Kedua
    (Dua  Pemenang - Kategori Boy dan Kategori Girl)
     
    Travel Mat tajaan BabyIbu Shoppe

 
Hadiah Saguhati
 
Kategori Boy (3 Pemenang)
 
Custom Made Kopiah tajaaan Untuk C Comel
 
 
 
Kategori Girl (3 Pemenang)
 
Custom Made Charm Bracelet tajaan The Aura Handmade Little Trinket
 

Penaja
 

@ Nantikan esok

Wednesday, September 11, 2013

Maaf kerana mengambil masa yang lama nak start contest. Sibuk sikit dengan study dan dah mula kerja. Nak finalize dengan sponsor pun makan masa juga. Tapi takpe - yang penting contest tetap ON. Contest apa? Gaya Si Comel Berhari Raya namanya. Walaupun dah tak bulan raya - tapi kira on jelah ye.
 

Apa hadiahnya? Salah satu hadiah utama ialah Cute Drawer tajaan YourBabyWardrobe. Meh tengok gambar hadiah sikit...
 
 

Ha comelkan? Jadi mak-mak sekalian sila godek gambar raya anak anda ye. Esok Ibu akan publish syarat-syaratnya ya. Tunggu!!!


@ SK2 Whitening Spots Specialist - RM250 sahaja!

Tuesday, September 10, 2013

SK2 Whitening Spots Specialist - RM250 sahaja!
 
Sampai pukul 4 petang ni sahaja ye - Cepat2!!
 
Elok untuk hilangkan jeragat :P
 
 

@ Sampai sudah

Friday, September 6, 2013

Alhamdullilah selamat tiba. Kami ke mana? Hmm dari tadi cari signboard yg sesuai tapi tak jumpa pula. Huhh. Kami di Disneyland Hong Kong. Kira holiday lepas habis belajar la ni. Heh.

Yelah minggu depan dah start kelas. Dah start kerja. So ni kira holiday sebelum mula fasa baru.

Ni baru sampai dan lunch. Belum masuk park. Nanti sambung lagi ye.











Ammar kumpul sticker

Ok lepas lunch nak pergi park pula ye. Nanti balik Ibu akan review detail. Guna hp je susah sikit. Heh.

posted from Bloggeroid

@ Selamat Pagi

Selamat pagi semua. Kami di LCCT menunggu flight. Semua mengantuk lagi ni. Pergi mana? Heh jeng jeng jap g sampai Ibu update. Ini kali pertama kami sekeluarga je pergi bercuti. Selalu bawa mil ke adik ke. So agak nerves. Haha. Doakan kami selamat sampai ye.




posted from Bloggeroid

@ Coach Factory Outlet Sales!!

Thursday, September 5, 2013

Coach Factory Outlet Sales kembali lagi. Kepada sesiapa berminat boleh tengok sendiri design yang ada di link bawah ini. Ibu siap bagi username and password (tapi korang janganlah p order pulak ye). Just tengok dan ambil nama model dan no style. Ini stepnya:
 
 1. Masuk web CFO
 
password: coach123
 
2. Pilih design yang berkenan dan email
 
Emel babyibu@gmail.com
Nama Model:
Style Model:
Harga (in USD):
 
 
  3. Tunggu quotation harga (Deposit 70%)
 
Harga dalm RM akan diemel kepada anda.
Harga termasuk tax, shipping us ke Malaysia, tax kastam dan shipping ke rumah anda.
 
 
  LAST ORDER: 5/9/2013 - 12 tengah malam
LIMITED 10 Bag Sahaja!
 
ETA: In 2 weeks
 
PARK HAND DRAWN SCARF PRINT VIOLET CROSSBODY
STYLE: F24026 77
RM 500

 
ASHLEY LEATHER SWINGPACK
STYLE: F48121
RM360
 
 
MADISON LEATHER MAGGIE SHOULDER BAG
STYLE: F16503
RM750
 
 
LEATHER DUFFLE
STYLE: F15064
RM620
 
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop