@ Hong Kong Disneyland - Part 1

Monday, October 28, 2013

Pergi dah dekat sebulan baru ada masa nak cerita pasal trip ke Hong Kong Disneyland. Tanpa membuang masa, kita mulakan dari hari pertama di Hong Kong Disneyland. Pada hari pertama, Ibu plan melawat separuh park dulu. Esok separuh lagi. Mula-mula pergi ke kawasan park yang baru dibuka. Menurut info, Toy Story Land dibuka pada 2011, Mystic Point pada 2012 dan terbaru sekali Gizzly Gulch baru dibuka tahun 2013 baru ni. Bersedia untuk melawat? Jom kita melawat.
 
 
 
Map Disneyland Hong Kong
 
 
 
Mula-mula kami melawat Grizzly Gulch dulu. Kat sini paling best Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Memang best - macam roller coaster. Bak kata Ayah, first roller coaster yang dia naik boleh gostan ke belakang :P. heh.


 
Memang best benda ni - ini dia punya laluan (Sumber)
 
 
 

 
Beratur nak masuk

 
Ayah je wakil masuk. Ammar dan Amani tak masuk.

 
Cantik dia buat ala-ala prison kat sini.

 
Wanted!

 
Tolong--kata Ammar

 
Amani tidur time ni. So abang Ammar jelah posing ye.
 
 
Kemudian kami pergi ke Mystic Point. Di Mystic point tu paling best ialah - Mystic Manor. Mula-mula Ibu ingat rumah hantu. Ini antara feveret Ammar (dan Ibu juga).
 
 

 
Cantik kan rumahnya
 

 

Masa beratur nak masuk
 
Mula-mula berdebar bawa Amani masuk. Yelah ingat rumah hantu - Mystic la katakan. Rupa-rupanya ala-ala rumah Harry Potter.
 
 
Naik ride macam ni (Sumber)
 
 
 Ni dalam rumah tu (Sumber)
 
Seriously sangat menarik. Muzik dan penataan cahaya (macam filem gitu) layak diberi 5 bintang Alkisahnya dalam rumah ini diduduki oleh Lord Henry Mystic dan juga monyet belaanya, Albert. Albert telah membuka kotak muzik misteri dan membuatkan semua dalam rumah tu hidup. Ride itu akan bawa kita ke seluruh pelusuk rumah dan berjumpa dengan lukisan hidup, piano bermain sediri, arca bergerak sendiri dan macam-macam lagi.

Memang best giler. Rasa macam nak masuk lagi. Dalam ni, kita akan naik ride kemudian ride tu berpusing keliling rumah. Bila kerusi berpusing, siap ada angin dan bunyi - serius rasa macam best sangat. Satu pengalaman yang sangat menarik. Ok sila tick wajib masuk ya. Ibu letak gambar dari Internet - dalam tu tak sempat ambil - tengah menghayati. :P
Keluar dari rumah, kami bergambar di Garden of Wonders. Cantik gila - gambar ilusi dipanggilnya.


 


 
Ops Amani dah jaga

 
Ammar lapik perut jap
 
 
Kemudian kami pergi Toy Story Land, kat sini antara tarikannya ialah Toy Soldier Parachute Drop, Slinky Dog Spin, dan RC Racer.
 
 
 
 
Ammar posing depan Toy Story Land landmark
 

Bersedia nak naik Toy Soldier Parachute Drop

 
Inilah die Toy Soldier Parachute Drop. Dia ala-ala macam Solero Shot di Genting Highland. Tapi ni untuk budak-budak punya.


 
Muka dah cuak ye

 
 
Heh get ready Ammar
 
 
Dah naik. Ok je pun sebab untuk budak-budak kan :P
 

 
Kemudian jalan-jalan sekitar Toy Story Land

 
RC Racer
 
Kami tak naik RC Racer sebab untuk orang besar sikit. Kami pergi naik Slinky Dog Spin.

 
 
 
Dah amik tiket. Muka Ammar masih tak abis dari kecuakan sebelum ni :P

 

 
Inilah rupanya Slinky Dog Spin. Best oo. Hehe. Amani pun suka.

 
 
Ammar posing lagi


 
Adventureland
 
Next park? Adventureland. Kat sini kami pergi Jungle River Cruise dan juga Festival of the Lion King. Oho kedua-dua ni memang berbaloi. Mula-mula Jungle River Cruise dulu. Lalu di kawasan Rivers of Adventure. Ammar suka sangat sebab sepanjang perjalanan ada banyak haiwan macam gajah, badak dan lain-lain.
 

 

 








 



 







 

 

Api ni siap rasa lagi bahangnya tau
 

 
Amani cuak tengok api


 

 
Atas ni Tarzan's Treehouse
 
Kemudian tengok Festival of the Lion King pula. Nak masuk tengok ni kena beratur 15 minit awal.


Jeng-jeng - lama juga nak tunggu mula
 





 


  

 Sinbad
 


Woww. 5 bintang ok Ibu bagi. Macam persembahan broadway. pelakon, skrip dan muzik semua the boom. Kalau kena bayar RM100-200 pun berbaloi. Memang ikhlas diorang buat show ni. Satu lagi yang kalau tak masuk memang rugi giler.
 
Habis show ni dah dekat 7 malam. Penat dah. Perut pun dah berbunyi. Alhamdullilah ada kedai makan halal dalam Hong Kong Disneyland ni. Kami pun pergilah berehat dan makan di situ.
 
Ada 2 kedai makan yang halal dalam Disneyland. Salah satunya yang dibawah ni, Explorer's Club Restaurant. Ni dekat bahagian Mystic Point. Satu lagi restoran di Adventureland iaitu Tahitian Terrace.
 
 
Explorer's Club Restaurant


Ada sijil halal.


 
Salah satu menu yang ada. Total ada 4 menu.

 
Ni set nasi ayam. Boleh tahan jugak sedap nya.

 
Ni nasi goreng ala Indonesia style


Amani survey ada tak menu tuk baby :P
  
Balik tu sempat tengok firework pula. Cantik sangat sebab berbelakangkan castle. Siap bunyi Disney. Jangan cakap anak teruja - mak bapak pun sama naik je. :P.
 
 
 
Semua tengah menunggu firework bermula
 
 

 
Gambar gelap :(
 
Tapi serius cantik giler. Oklah nanti sambung k. Hong Kong Disneyland Part 2 pula. :)
 

7 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Rozita said...

lama tak singgah sini.. bz betul nak bw skrg ni..

wah..gi disneyland..bestnya.. boleh bawak masuk makanan x dalam ni?

Allene said...

syoknya... berjalan sakan ye ibu.. sana sini pergi.. =)
eh.. amani da besar la...

Qashmere said...

Wah bestnya jalan jalan......

Qashmere said...

Wah bestnya jalan jalan......

Siti Hayati S.hamid said...

bestnya jalan2 disneyland.. tingin beno nak gi sini :)

Sayangku Zie said...

BERTUAHNYA DAPAT PI SANA... SERONOK LAH...

Yana said...

Rozita :) ptutnya tak boleh. Selit2 dalam beg. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop