@ Hong Kong Disneyland – Part 2

Wednesday, October 30, 2013

Ok kali ni melawat Hong Kong Disneyland part satu lagi pula (macam di map bawah). Kalau dalam Part 1 - kita melawat belah kiri. Kali ni melawat belah kanan pula. :P  Park di sebelah kanan ada Fantasyland, Tomorrowland dan juga lalu Main Street USA. Apa tunggu lagi - Jom!!


Fantasyland

Sampai-sampai, kami terus menuju ke Fantasyland. Lalu di bawah Sleeping Beauty Castle.


Sleeping Beauty Castle



Oo panas terik ya hari ni
 
Kemudian, terus ke hujung park. Nak tengok The Golden Mickey.  Kami tengok jadual untuk show The Golden Mickey akan mula pukul 11.30 pagi. Pukul 11.15 pagi dah mula beratur.
 
 

Semangat - antara yang terawal beratur


Dalam dewan
 

The Golden Mickey ni kononnya acara Anugerah ala Golden Globe la. Tapi untuk watak-watak Disney. Ammar sangat teruja sebab banyak watak Disney yang keluar.


 
 
Mickey Mouse dan Minnie Mouse
 
Toy Story

Mulan

Lilo and Stitch
 
 
 
 
Beauty and the Beast


 
Yeayy memang best. Banyak lagu yang mereka nyanyi. Satu lagi persembahan taraf broadway. Clap! Clap! Abis je cite. Amani pengsan. Kat sini banyak tempat letak stroller - memang senang dan selamat. So masa tengok cerita stroller tinggal je, lepas tu amik la balik bila dah guna.
 

Amani ditidurkan di stroller. Abang Ammar pula sibuk nak naik Cinderella Corousel (or Ibu kata Merry Go Round)

 
Cinderella Corousel


Ibu teman Ammar -Ayah jaga Amani. Masa Ibu naik ni, Ayah pergi ambil tiket untuk fast track di The Many Adventures of Winnie the Pooh. Fast track ni nanti dia bagitau la suruh datang balik dalam pukul berapa. So tak perlu q lama-lama. Memang bagus la -  kalau tak mau sejam nak beratur satu-satu mainan.

 

Ops dah habis pun tidur lagi. Time ni abang ammar pula landing kat stroller. Huhu.

 
Kemudian, kami pergi Mickey's PhillarMagic pula

 
 
 
Show Donald Duck - 3D. Best giler. First time tengok 3D la katakan. Ammar siap melompat mencapai barang yang 3D tu - hehe. Habis je kat sini kami terus pergi ke The Many Adventures of Winnie the Pooh. Sebab ada tiket Fast Track tadi, kami terus masuk je.
 
 
Dalam ni naik train lagi - best juga pusing-pusing



 

Amani pun enjoy walaupun mula-mula cuak sebab gelap
 
Kemudian kami jalan-jalan di Fantasy Gardens. Rezeki kami jumpa dengan Snow White, Cinderella dan Rapunzel. Tapi kami dah tak boleh amik gambar dengan Snow White sebab time dah habis. Amik gambar dengan Cinderella dan Rapunzel saja.
 
 
 
Gambar ni pun jadi lah kan. Cantik benau Snow White ni.
  
 
 
Dengan Cinderella dan Rapunzel. Suka Abang Ammar.
 
Hehe. Ok dah penat dan lapar. Kali ni kami pergi makan  di Tahitian Terrace. Salah satu café halal dalam Disneyland Hong Kong ni.
 
 
 
Cantik deko die

 
Menu

 
Kat sini kena beratur - konsep ala fast food gitu
 

Ibu paling suka laksa die (gambar sebenar tak sempat ambil - terus masuk perut plus dok berperang dengan budak berdua ni - ini gambar menu dari Internet).
 
 
Laksa
 
 
 
Nasi Ayam pun sedap
 
 

Amani suka :)
 
Lepas makan dan berehat. Kami terus pergi tengok parade di Main Street USA. Parade akan start pukul 3.30 petang. So cepat nak dok depan. Antara gambar sempat snap:


   


 


Donald Duck and Goofy



 
Winnie The Pooh

 
Tiger



 


 
Cinderella, Rapunzel dan Snow White

 

   
 
Tinker bell
 

Stitch


 

Best :). Isyk orang tua yang lebih ni. Hehe. dalam panas terik tu, ramai yang sanggup beratur sepanjang jalan nak tengok. Memang berbaloi. Kemudian kami sambung ke Adventureland.
 

Antara yang best di Adventureland ialah Stitch Encounter, Space Mountain, Autopia (ini orang dewasa yang kena drive) dan Buzz Lightyear Astro Blasters. Mula-mula kami jumpa Stitch Encounter dulu.

 
 Stitch Encounter


Best juga. Stitch tu boleh berinteraksi secara langsung dengan audien. Konon bercakap dengan alien secara online gitu. Hehe. Ammar suka sangat.
 
 Tepi Stitch Encounter ada Space Mountain. Tapi kebetulan tutup pula. Takde rezeki nak masuk.


Ini dekat dengan Autopia


UFO Zone
 
 
Buzz Lightyear Astro Blasters

 
Rezeki kami tak ramai orang time tu. terus masuk je.



 
Naik ride

 
Nanti ada pistol. Boleh tembak-tembak kutip point. Ammar announce - ride die paling suka. Siap minta masuk sekali lagi. Haha.



Ops keluar je ada kedai. Siap request baju Iron Man. Haha. Kemudian kami jalan-jalan di Main Street USA.  
 
 
Monsters University

 
Main Street USA
 
Di Main Street USA ni, banyak kedai cenderahati dan juga café. Antara Café yang menarik ialah Corner Café.
 

 
Oh menariknya set makan petang dia
 
Kemudian kami naik Hong Kong Disneyland Railroad dan kemudian makan malam di Tahitian Terrace. Pancit dah. Khatam sudah melawat Hong Kong Disneyland. Memang sangat best dan berbaloi nak bawa anak-anak. Tak payah nak jalan tempat lain - dalam ni je makan dua hari nak habis. :P

 


2 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Rozita said...

tengok gambar pun dah seronok.. tq sudi kongsi..
yana..tulis la total kos yg diperlukan utk tour tempat menarik ni.. termasuk kos2 yg x disengajakan macam baju cenderahati etc.. mungkin boleh membantu sesiapa yg nak ke sana nanti..

adianiez AIDA said...

yes betul tu. bab kos tu yg aida pun nak tau. sgt best kalau dpt bwk nurin & syuhada :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop