@ DUMEX MAMIL ALL 'N ONE Lancarkan Kempen 'GIVE ME 5' bersama Hi-5

Friday, November 22, 2013

 


Last week Ibu pergi ke sidang media DUMEX Mamil All 'n One bersama Hi-5, kumpulan muzik kanak-kanak. Hi-5, pemenang anugerah kumpulan muzikal kanak-kanak Australia, terdiri dari 5 penghibur dinamik Stevie Nicholson (aka "Stavros"), Lauren Brant (aka “Lolly”), Dayen Zheng, Ainsley Melham (aka “Ains”), dan Mary Lascaris (aka "Mare-bear"). Kumpulan penuh bertenaga ini mempersembahkan muzik bercorak pop kontemporari dalam dunia imaginasi penuh warna-warni dan menyeronokkan yang amat diminati oleh kanak-kanak berusia 2-8 tahun.    
 
 

Dumex Mamil All 'n One dan Hi-5, mengajak semua kanak-kanak Malaysia untuk menyertai kempen 'Give Me 5'!
 
 
 
Apa tu? Kempen pendidikan baru ini memperkenalkan cara baru untuk mendidik si kecil tentang kepentingan 5 kumpulan utama makanan – dan sekarang, ianya lebih menyeronokkan untuk mengambil karbohidrat, protein, tenusu, buah-buahan, sayur-sayuran, lemak dan minyak dalam jumlah yang betul! Untuk menyemarakkan minat kanak-kanak memulakan tabiat pengambilan diet yang seimbang, kempen 'Give Me 5' membawakan lagu dan tarian rancak, video pendidikan serta aplikasi digital interaktif yang menampilkan Hi-5 untuk menyampaikan mesej positif tentang pemakanan sihat.
 
 
 
Hi-5 Live

 
Menurut hasil kajian diet 2012, ramai kanak-kanak Malaysia tidak mengamalkan diet sihat.  Ini membuktikan bahawa diet kanak-kanak Malaysia sering tidak memenuhi jumlah hidangan 5 kumpulan makanan harian yang disyorkan. Menurut Connie Ang, Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd.:
"Kami mendapati kanak-kanak Malaysia tidak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang secukupnya. Mereka juga kekurangan Vitamin A, D dan Kalsium dan terlalu banyak mengambil protein dan lemak,"
"Nutrisi yang baik menjadi asas pertumbuhan dan tumbesaran yang sihat. Ini membolehkan kanak-kanak membesar dengan sepenuhnya. Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Danone Dumex komited untuk meningkatkan kesedaran tentang nutrisi seimbang bagi semua kanak-kanak di Malaysia. Kerjasama kami bersama Hi-5 akan membantu mendidik kanak-kanak tentang tabiat pemakanan yang sihat dari usia muda."  
"Dengan persembahan yang menampilkan aksi hebat dan kandungan pendidikan yang menghiburkan untuk kanak-kanak, Hi-5 adalah rakan ideal dalam kempen ini dan kami akan bekerjasama dengan mereka sebagai rakan rasmi sepanjang tahun depan juga untuk mendekati seramai mungkin kanak-kanak - dan juga ibubapa mereka!'
 

 

video
Lagu dari Hi-5

Sejak Oktober lagi, ibubapa dan peminat muda Hi-5 telah mula menyertai peraduan nasional untuk memenangi tiket percuma ke persembahan pembukaan eksklusif konsert 'Hi-5 House Party'. Konsert Hi-5 yang dibawakan oleh Dumex Mamil All 'n One akan berlangsung pada Jumaat 27 Disember di KLPAC! Bagi yang terlepas peraduan sebelum ini, masih ada dua hari lagi sebelum tarikh tutupnya pada 24 November - hanya beli mana-mana pek Dumex Mamil All 'n One 500g atau 900g hari ini dan jawab soalan mudah melalui SMS.

"Kami teruja berpeluang untuk menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak," kata Stevie Nicholson dari Hi-5. “Kempen ‘Give Me 5’ adalah usaha amat berharga kerana ia menyebarkan mesej penting tentang nutrisi, yang akan memberi kesan berpanjangan kepada kesihatan kanak-kanak. Sebagai idola peminat kanak-kanak dan pemuda Malaysia, kami mengambil serius tanggungjawab untuk mengilhamkan si kecil tentang tabiat pemakanan yang betul."



 
Ahli kumpulan Hi-5 menunjukkan dengan tabiat pemakanan yang betul - kita akan menjadi lebih cergas dan sihat
 

Sementara kanak-kanak berpeluang menyaksi persembahan Hi-5, hadiah paling besar dan lebih menyeronokkan ialah peluang melakukan persembahan secara langsung bersama kumpulan popular ini di atas pentas - melalui pencarian bakat seluruh negara, 5 kanak-kanak Malaysia yang bertuah akan berpeluang mempersembahkan lagu hit baru '5 Food Groups' bersama Hi-5!

Di samping itu, kempen 'Give Me 5' akan terus menarik minat peminat muda menjelang tahun 2014 dengan usahasama lain yang menyeronokkan bersama Hi-5 ! Seisi keluarga bakal menikmati pelbagai premium ekslusif Hi-5, serta acara dan aktiviti yang lain pada tahun depan sebagai sebahagian dari usaha giat untuk mendorong lebih ramai kanak-kanak Malaysia berfikir tentang 5 kumpulan makanan dan cara pemakanan yang betul.  

 

 
 
 
 
 
Pelancaran Kempen 'Give Me 5'
 
 


Mr Christiaan Uittenbosch, Marketing Manager of Danone Dumex Malaysia

Danone Dumex sentiasa memperjuangkan kepentingan nutrisi untuk kanak-kanak sepanjang tahun-tahun tumbesaran mereka. Kempen 'Give Me 5' adalah sebahagian dari usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa dan kanak-kanak bahawa nutrisi yang betul adalah asas untuk masa depan yang sihat. Formula Dumex Mamil All 'n One yang mengandungi nutrien penting dari kumpulan 5 makanan diadun sejajar dengan usaha untuk menawarkan formula yang dapat memberi kanak-kanak nutrisi harian yang disyorkan bersama tiga hidangan utama.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dumex Mamil All 'n One dan aktiviti Hi-5, klik aplikasi 'Give Me 5' di laman Facebook Dumex Mamil [www.facebook.com/DumexMamil/GiveMe5] atau hubungi Talian Pelanggan Danone Dumex di 1800 38 1038.


 

Ammar with Hi-5
 
 

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop