@ Jom Terjah Pembukaan Hamleys!!

Thursday, November 21, 2013

Masih ingat entri Ibu berkenaan Hamleys? Kedai Mainan Terkemuka di Dunia! Hamleys akan melancarkan pembukaan pada 30 November 2013 ni. Apa yang menarik? Haa – banyak yang menarik so sila masukkan dalam event wajib pergi tau. Apa yang best?



Bersempena dengan pembukaan kedai utama Hamleys yang pertama di Malaysia dengan keluasan lebih daripada 20,478 kaki persegi, 500 pelanggan pertama akan menerima permainan kad Angry Bird bernilai RM20.90. 

Pada hari pembukaan, karektor Ben 10 Bloxx akan menemui pelanggan-pelanggan dan persampelan popcorn percuma.

Banyak tawaran sempena pembukaan kedai, antaranya: 
  • Untuk setiap pembelian Transformer Beast Hunter Deluxe (RM59.90) pelanggan akan menerima Best Hunter Legion (RM24.90) secara percuma 
  • Untuk setiap pembelian Playskool Step Start Walk & Ride (RM149.90) akan menerima Spiderman Vehicle (RM59.90) secara percuma.
 
Kedai utama Hamleys terletak di Lot F319, Tingkat 1, 1Utama Shopping Mall, No 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Masa perniagaan adalah dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
 
Jangan lupa datang ye!! Jom bawa anak-anak kita tengok definisi baru kedai mainan di Malaysia! Banyak demonstrasi menarik untuk anak anda dan juga anda nikmati!!
 
"Setiap hari adalah hari yang ajaib di Hamleys"
 
Maklumat lanjut - sila LIKE!!

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop