@ Masterchef Australia Season 5 - Tips Memasak :)

Monday, November 18, 2013

Ibu suka tengok Masterchef. Sekarang Ibu layan Masterchef Australia Season 5 - ditayangkan di Lifetime, Astro Channel 709, weekdays at 7pm dan 11pm. Ibu memang suka tengok cara diorang masak lebih-lebih lagi bila time group and Mystery Box. Nampak sedap je diorang masak. Terus rasa nak ajak Ayah pi kedai makan. Haha.

 
Ibu juga suka sangat juri-jurinya- Gary, George and Matt. Diorang ni nampak sangat santai and ramah mesra.
 
 
Nak tahu maklumat lanjut lagi - klik website Masterchef Australia Season 5. Ada episode guide, recipe dan juga video. Boleh la try resepi yang ada. Momterchef gitu :P. Website Masterchef Australia Season 5 ini juga mempelawa korang semua untuk berkongsi tips memasak di Cooking Tip-off in the Lifetime Malaysia Facebook fanpage . Ibu dah tengok - banyak juga tips yang korang boleh belajar juga :P. Em alang-alang sebut pasal tips ni meh Ibu share satu tips memasak. 
 
Tips memasak agar-agar
 
Kepada yang selalu masak agar-agar selalu boleh agak je anggaran agar-agar dan air. Tetapi kepada yang baru belajar buat mesti ada kes agar-agar terkeras la terlembik la. So Ibu bagi tips sikit eh. Untuk dapatkan agar-agar yang sedang cantik teksturnya guna pengiraan seperti di bawah ni:
 
1 bekas agar-agar
3 bekas air
1/4 bekas gula (bekas yang sama ya)
 

Rebus ketiga bahan di atas kemudian tambah la perasa - tambah milo ke pewarna ros ke susu pekat ke. Maka jadilah agar-agar yang yummy :)
 
 
Hehe. Ibu dah share tips - jom korang pula share :). Oh ya kalau share jangan lupa tagged #MCATipOff.  Cabaran Cooking Tip-Off  ini terbuka kepada semua peminat Masterchef Australia di Malaysia. Share di sini ya tips korang tu. Ok-ok nak standby jap lagi start Masterchef Australia Season 5 :)
 

1 kawan BabyIbu berkata-kata..:

~emi~ said...

Suka sgt tengok rancangan memasak mcm ni. Hehe :)

Btw jom singgah ke blog sy. Tak lama lg sy nak buat mega giveaway. kalau berminat nak jadi sponsor, dipersilakan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop