@ 1 283 964

Tuesday, December 24, 2013

Wah sedar tak sedar sudah 1 283 964 pengunjung blog BabyIbu ni. Terima kasih pada yang sudi singgah blog picisan ini. Insyaallah akan diperbaiki lagi mutunya.
 
 
 

Lately, berabuk sikit blog ni ye. Huhu. Ibu tengah ekjas dengan persekitaran baru. Tengah belajar ekjas masa. Pulak tu, dalam 2-3 minggu ni, kurang sihat sikit. Itu menambah lagi ketidakupayaan nak melakar cerita di sini. Tapi Insyaallah, akan Ibu usahakan agar semuanya seimbang. Doakanlah ye.
 
P.s: Kepada pemenang Gaya Si Comel Berhari Raya - 2013 harap beri sedikit masa ye. Ada yang belum beri alamat so agak makan masa sedikit untuk diproses. Insyaallah dalam seminggu dua-sponsor akan contact ya.
 
 

@ BabyIbu Giveaway: Win 4 tickets to Dumex Mamil All 'n One & Hi-5 House Party

Friday, December 13, 2013


Ingat tak entri Ibu pasal Give Me 5 with Hi-5? Ibu dapat 4 tiket untuk ke Dumex Mamil All 'n One & Hi-5 House Party pada 27/12/2013, KL Performing Arts Centre (6-7pm).
 


Tapi malangnya Ibu tak dapat pergi atas sebab urusan kerja. Jadi saying pula kalau tolak macam tu je, baik Ibu beri kepada penyokong setia blog BabyIbu ni kan :P. Ok Ibu nak buat giveaway yang mudah. Caranya begini:

  • Add BabyIbu dalam bloglist dan follow blog BabyIbu
  • Buat entri mudah berkenaan Kempen Give me 5- boleh rujuk link 1, dan Fb Dumex Mamil.
  • Tinggalkan email dan link di entri ini
  • Boleh hantar banyak entri
  • Pemenang dipilih secara random

Tarikh Tutup: 19/12/2013: 12 malam.

Ha mudahkan? Jom join sekarang. Penuhi impian anak anda :)




@ New Car Seat Sweet Cherry SCR7 For Sale!!

Sunday, December 8, 2013


New Car Seat Sweet Cherry SCR7
 
Harga Pasaran RM249
Harga Jual RM200 sahaja!!

Suitable from birth to10kg
Light weight and portable infant car seat/ carrier/ rocker
3-point, 1-pull padded safety harness
Traveling system: Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapte
 
COD: Klang/Kota Damansara/Seri Iskandar





@ Keputusan Gaya Si Comel Berhari Raya 2013

Tuesday, December 3, 2013

Akhirnya keluar juga senarai pemenang contest Gaya Si Comel Berhari Raya 2013. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang menyertai contest ini. Kepada pemenang sila email nama, alamat dan no tel kepada babyibu@gmail.com untuk pengeposan hadiah. Tenkiu :)
 
Hadiah Utama
 
Mya Awatif binti Abdul Raof
 
Cute Drawer tajaan YourBabyWardrobe
 
 


Hadiah Tempat Kedua

Kategori Boy
 


Wan Shakir Wan Zaki

Kategori Girl
Aanisah Faqihah binti Mohd Fairul
 
Hadiah Saguhati
 
Kategori Boy (3 Pemenang)
 
Custom Made Kopiah tajaaan Untuk C Comel
 




Muhammad Adam Amsyar
 


ALIFF FIKRIYY BIN MOHD. FAIRUZ

Kategori Girl (3 Pemenang)

Custom Made Charm Bracelet tajaan The Aura Handmade Little Trinket
 

 
 
Dhiya Amani Binti Mohd Zulhilmi
 

Qistina Arryana Binti Mohd Nizar
 
 

@ Sofia the First: The Royal Prep Week Special

Sunday, December 1, 2013

Sekarang ramai anak-anak dah minat Sofia the First. Ammar pun suka, apatah lagi Amani. Ada berita terbaru dari Sofia the First.

 


Minggu The Royal Prep

Isnin hingga Jumaat, 2 -6 Disember, 10.00 pagi (siaran ulangan pada 6.30 petang), Saluran ASTRO 613

Berehat dan beriadah selama lima hari dengan episod Sofia the First yang menampilkan pengembaraan Princess Sofia dan putera-puteri muda yang lain di Royal Preparatory Academy di mana mereka menerima latihan menjadi kaum kerabat yang sejati. Musim persekolahan bermula dengan episod baru, The Amulet of Avalor pada 2 Disember – apa akan terjadi pada Sofia apabila dia kehilangan kuasa untuk memahami kawan-kawan haiwannya apabila amulet ajaibnya tercicir?!



Tentang Siri Sofia the First

Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.    

Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.   

Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.      



Bercerita pasal Sofia the First ni, teringat my Amani the First :P. Amani memang sangat berdikari dan berani macam Sofia the First :)


Makan sendiri
 
 Yummy. Kalau minta makan dia tak kisah nak share
 
Anak dara yang berani. Siap sekarang temankan abang kalau abang nak minum air dan nak pergi toilet :P Good girl Amani!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop