@ Sofia the First: The Royal Prep Week Special

Sunday, December 1, 2013

Sekarang ramai anak-anak dah minat Sofia the First. Ammar pun suka, apatah lagi Amani. Ada berita terbaru dari Sofia the First.

 


Minggu The Royal Prep

Isnin hingga Jumaat, 2 -6 Disember, 10.00 pagi (siaran ulangan pada 6.30 petang), Saluran ASTRO 613

Berehat dan beriadah selama lima hari dengan episod Sofia the First yang menampilkan pengembaraan Princess Sofia dan putera-puteri muda yang lain di Royal Preparatory Academy di mana mereka menerima latihan menjadi kaum kerabat yang sejati. Musim persekolahan bermula dengan episod baru, The Amulet of Avalor pada 2 Disember – apa akan terjadi pada Sofia apabila dia kehilangan kuasa untuk memahami kawan-kawan haiwannya apabila amulet ajaibnya tercicir?!



Tentang Siri Sofia the First

Filem yang berdasarkan alam dongeng Enchancia mengisahkan kehidupan Sofia, seorang gadis biasa, yang mengalami perubahan mengejut setelah ibunya berkahwin dengan seorang Raja dan dia menjadi seorang puteri, Sofia the First. Sofia harus belajar menjalani kehidupan yang luarbiasa sebagai seorang kaum kerabat, pada masa yang sama berpegang kepada harapan dan impiannya sendiri. Perjalanannya untuk menjadi seorang insan yang terbaik turut membuka mata mereka di sekelilingnya untuk menyedari nilai istimewa tersendiri. Cinderella Disney juga muncul dalam filem ini untuk memberi nasihat kepada Sofia – dari puteri kepada puteri.    

Pengembaraan diraja Sofia bermula dengan persiapannya untuk berangkat ke istana bersama ibunya, memulakan keluarga baru dengan bapa tirinya, Raja Roland II, serta adik-beradik tirinya Amber dan James. Turut membantu perjalanan Sofia ialah tiga orang pengetua Royal Prep Academy– Fauna, Flora dan Merryweather (pari-pari kesayangan yang muncul dalam siri klasik Disney “Sleeping Beauty”) dan pelayan diraja, Baileywick, serta sekumpulan binatang comel dari hutan yang diketuai oleh Clover, arnab cerdik yang boleh bercakap. Lama-kelamaan, Sofia mendapati bahawa penampilan sebagai seorang puteri tidaklah sukar tetapi apa yang menjadikan seseorang itu puteri sebenar ialah sifat kejujuran, kesetiaan, keberanian, kebebasan, simpati dan budi bahasa.   

Kisah “Sofia the First” yang direka untuk kanak-kanak dan keluarga mereka menyampaikan mesej positif dan kisah kehidupan yang sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun kehidupannya terkurung dalam alam istana, ahli sihir dan kuda terbang, Sofia tetap seorang kanak-kanak yang menghadapi pelbagai masalah sosial yang sama seperti yang dihadapi penonton muda di rumah, seperti belajar menyesuaikan diri, mendapat kawan baru dan menguasai kemahiran baru.      



Bercerita pasal Sofia the First ni, teringat my Amani the First :P. Amani memang sangat berdikari dan berani macam Sofia the First :)


Makan sendiri
 
 Yummy. Kalau minta makan dia tak kisah nak share
 
Anak dara yang berani. Siap sekarang temankan abang kalau abang nak minum air dan nak pergi toilet :P Good girl Amani!

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop