@ Pemenang Gaya Si Comel Berhari Raya 2014

Wednesday, December 17, 2014



Tahniah kepada pemenang Gaya Si Comel Berhari Raya 2014 BabyIbu 
Pihak kami meminta maaf atas kelambatan mengumumkan 
senarai pemenang.
#kepada pemenang yang telah disenaraikan dibawah kami meminta jasa baik tuan/puan
untuk pm email anda ke http://babyibu.blogspot.com/

Senarai Pemenang
Tempat Pertama

Nama : Ahmad Zafran Aiman
Umur : 1 tahun 9 bulan




Tempat Kedua
Nama: Wan Nur Hana Humayra bt Wan Hazly
Umur: 1 tahun


Tempat Ketiga

                 Nur Amna Humairaa Ahmad Fakhrurrazi
11 bulan





Saguhati

Nama : Aira Maisarah
Umur : 3 Tahun 2 Bulan



Nama: Jade Nur
Umur : 3 tahun
           
Nur Alisha Dania bt Ahmad Zawawi
4 tahun


Nama : Siti Fatimah Az Zahra

 Umur : 3 tahun 1 bulan



Nama si comel saya : Muhammad Izzat bin Kamarunnezam
Umur : 2 tahun 2 bulan 3 minggu 3 hari





Muhammad Akif Imtiyaz Suhaimi

5 Tahun






Nama; Puteri Nur Iris Kamilia binti Azri
Umur: 2 tahun 2 bulan





Nama : Ainul Sufiya bt Sahpur
Umur : 2 Tahun 4 bula







Nama baby : Siti Musfirah binti Mohd Zambani
Umur. : 7 bulan






Nama : Muhammad Daris Amni Farhan Bin Mohamad Rafei
Umur : 2 Tahun 3 Bulan


















@ With Sofea Jane

Saturday, October 25, 2014

Tadi pi kenduri jumpa Sofea Jane. Dapat ambil gambar dengan dia. Memang cantik sangat dia. Ramah mesra orangnya dan rileks ja. Macam biasa angkut Ammar dan Amani sekali amik gambo. Err awat nampak LS tembam bam bam pula dalam gambo ni. Huhu.

@ Hilangkan Pedih Hulu Semasa Mengandung

Friday, October 24, 2014

Kalau masa pregnant selalu kena pedih hulu hati. Ikut kajian, pedih hulu hati ni terjadi sebab  hormon, stress atau tekanan daripada baby. Ada orang suggest guna Gaviscon. LS cuba alhamdullilah ada hasilnya.


 
 
Tak bahaya ke ambil masa mengandung?

The Gaviscon products are completely safe to use during pregnancy. Derived from natural seaweed, the sodium alginate contained in Gaviscon, treats heartburn by creating a thick layer on top of the stomach contents. This prevents the acids flowing back into the esophagus (food pipe).


Ini LS nak share megenai cara kurangkan pedih hulu hati semasa mengandung.

@ Jom Tengok Persembahan Dugrostar!!

Wednesday, October 22, 2014

Ramai dah join Dugrostar. Dugrostar™ ialah platform seni persembahan mengujakan anjuran Dugro®, jenama susu formula untuk kanak-kanak membesar.


Ammar tak join la - malu di pentas katanya. Heh. Tapi kat rumah nak pula try Dugrostar STEP. Bawah ni gambar Ammar try step Dugrostar. Oklah Ibu bagi 3 bintang :p.

video

Bagi Ibu bagus juga event macam ni, dapat serlahkan bakat dan juga tingkatkan keyakinan anak kita. Plan nak bawa Ammar dan Amani pergi tengok persembahan secara live peserta akhir Dugrostar™. Seramai dua ratus lapan puluh (280) finalis akan disenarai pendek untuk peringkat seterusnya yang melibatkan persembahan langsung di tujuh pusat membeli-belah di seluruh Malaysia yang akan diadakan dari 24 Oktober hingga 16 November. Haa mesti meriah. Comel je budak-budak suma nanti. Lokasi yang terlibat ialah:
 
  • KB Mall, Kelantan 24-25 Oktober 2014
  • Plaza Merdeka, Sarawak 31 Oktober-2 November 2014
  • Sunway Pyramid, Selangor 31 Oktober-2 November 2014
  • One Borneo, Sabah 8-9 November 2014
  • Mahkota Parade, Melaka 7-9 November 2014
  • KSL Mall, Johor Bahru 7-9 November 2014
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang 14-16 November 2014 
Masanya ialah dari pukul 10.00pagi hingga 10.00malam. Banyak aktiviti menarik seperti:
  • Dugrostar STUDIO
  • Dugrostar STYLE
  • Dugrostar CELEBRITY
  • Dugrostar BEAT
  • Dugrostar STEP
  • Dugrostar JUMP
  • Dugrostar CREATIVE

Ada juga peluang keemasan untuk menangi hadiah wang tunai RM 1,000 di Dugrostar STUDIO. Anak kita juga boleh menyanyi, menari atau bermain alat-alat muzik secara PERCUMA dan pemenang akan dimaklumkan pada 30 November 2014. Ha menarik kan? Moh kita sama-sama pi.

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

@ Sertai Gaya Si Comel Berhari Raya 2014

Friday, October 17, 2014

Akhirnya kembali lagi atas permintaan. Gaya Si Comel Berhari Raya 2014. Kali ni LS make it simple - tapi hadiah still best ok :). Jemput sertai ya.


Tempoh
 
17 Oktober 2014 - 17 November 2014
 
 
Hadiah

  • 1 x Coach Wristlet
  • 2x Power Bank Xiomi
  • 10 x Hadiah Saguhati
 
Syarat
  • Pertandingan boleh disertai melalui Blog (http://babyibu.blogspot.com/) atau Facebook
  • Tarikh tutup pertandingan 17 November 2014
  • Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 6 tahun pada tarikh akhir pertandingan.
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
  • Semua keputusan adalah muktamad.
Cara Penyertaan
Blog
  • Letak banner di sidebar blog dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini di blog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan di hari raya
  • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk setiap anak.
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri dan email anda di entri ini.
Facebook
  • Like dan Share post ini
  • Comment "Saya Join"
  • Upload gambar anak anda di wall/timeline anda dengan caption "Kami sertai Gaya Si Comel Di Hari Raya bersama babyibu.blogspot.com dan berpeluang menangi Coach Wristlet" disertai dengan nama si comel dan umur (Gambar pastikan berstatus Public)
  • Bila dah siap, tinggalkan link gambar anda dan email di blog entri (http://babyibu.blogspot.com/2014/10/sertai-gaya-si-comel-berhari-raya-2014.html) ini.

Jom join and good luck!!

@ Baju Nursing dan Maternity Murah

Thursday, October 16, 2014

Memang sukar nak cari baju nursing dan mengandung yang murah dan cantik. Di pasaraya banyak kedai - tapi mahal. Jadi apa lagi - Google la. Maka sekarang LS selalu beli baju untuk mengandung dan nursing di satu laman web ni SummerGlitz. Murah dan so far kualiti dia memuaskan. Masa mengandung banyak beli baju pergi kerja kat sini. Cantik-cantik kemeja dan blouse dia.



Sekarang cari baju menyusu pula. Selalu LS beli yang simple pakai harian macam kat bawah ni. LS memang pakai hari-hari sejak dari Amani lagi. Kain pun sedap.






Banyak lagi pilihan. Nak yang blouse, dress - semua ada. Boleh tengok di sini ya - http://summerglitz.com.my/.  Pembelian lebih RM100 free postage.
 
P.s: Ini review ikhlas di hati pengguna tegar :P

@ Tempah party pack untuk birthday anak @Fancy PartyBox

Monday, October 13, 2014

Dah lama nak blog pasal ni. Tahun ni kan first time Ammar tadika - jadi first time kena bagi gift kat kawan-kawan kat sekolah. Budak-budak sekarang kan pandai minta macam-macam. Tema nak minion ya Ibu. Oklah nak. Nak buat sendiri tak reti takde masa maka LS tempah dengan bespren LS, AzzaMoro @Fancy PartyBox

 
 
Boleh request any gift set di Fancy PartyBox. LS request yang paing simple - ada pensel, sharpener dan pembaris. Cukuplah tu kan. Heh Mak sep budget. Comel sangat design dia.
 

 
Ammar is turning 6: Personalized Stationary
 
 
Siap dengan beg kertas (boleh nak tambah gift lain kemudian mcm food ke)
 
LS sangat puas hati. Banyak lagi design lain boleh request. Boleh tengok di FB Fancy PartyBox ye :)

 
Ada Frozen


 
Thomas pun ada

@ Esok last day: Jom serlahkan bakat dengan Dugrostar

Saturday, October 11, 2014

Esok adalah tarikh akhir untuk menyertai Dugrostar. Dengan Dugrostar™, setiap kanak-kanak berpeluang menjadi bintang! Peluang ini terbuka kepada kanak-kanak dalam dua kategori berasaskan umur: tiga hingga enam tahun dan enam tahun lebih hingga 10 tahun. Peserta dalam setiap kategori umur boleh menyertai dalam tiga segmen ini – menyanyi, menari, bermain alat muzik atau gabungan kesemua bakat ini, serta membuat persembahan secara individu atau berkumpulan sehingga seramai enam orang.
 
 
Ammar pun nak jadi Dugrostar

Err nak menyanyi ke menari?
 
Kepada mak bapa yang anak-anak yang berbakat boleh cuba masuk Dugrostar. Bagi diorang tingkatkan keyakinan diri dan tunjukkan bakat mereka. Maklumat nak masuk adalah di bawah ini:
 
 FAKTA-FAKTA DUGROSTAR™
 
 
• Dari sekarang hingga 12 Oktober, sertailah ibu bapa di seluruh Malaysia untuk menonjolkan bakat istimewa anak mereka dengan menyertai peluang yang unik ini. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka dalam tiga cara:
  1. dengan memuat naik video persembahan anak mereka di www.dugro.com.my;
  2. idengan mengunjungi siri jelajah terpilih di seluruh negara di mana rakaman langsung boleh dibuat di Gerai Rakaman Dugrostar™; atau
  3. dengan menyerahkan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi bersama rakaman persembahan anak mereka dan menghantarkannya ke alamat yang dinyatakan pada borang pendaftaran.
Jangan lupa masukkan kod rujukan video: HH0015

Penyertaan dalam Dugrostar™ adalah percuma tanpa memerlukan bukti pembelian!
• Kanak-kanak juga boleh menikmati koleksi eksklusif barangan Dugrostar™ dengan pembelian Dugro® bungkusan 900g dalam tempoh kempen, seperti beg piano atau gitar, jaket eksklusif dan jam tangan, serta banyak lagi!

 
Ops Amani pun nak masuk

Untuk maklumat lanjut tentang Dugro® dan Dugrostar™, layari www.dugro.com.my atau hubungi Dumex CareLine di 1-800-38-1038.

@ Bajet 2015

Hmm Bajet 2015 dah keluar. Ibu cuma hepi tengok bonus penjawat awam je.  hehe. First time nak dapat la katakan. Huhu. Apa pun kena start berjimat - anak makin besar (err makin ramai) maka belanja makin banyak.
 
Ringkasan Bajet 2015 dari Asto Awani
Bajet 2015 Sepintas Lalu

@ Ammar @ Kilang Gardenia

Friday, October 10, 2014

Hari ni tadika abang Ammar ada rombongan ke Kilang Gardenia. Ini kali kedua abang Ammar pergi ikut rombongan sekolah. Dulu ke kilang vitagen, kali ni ke kilang gardenia dan kilang buat pasu. Ayah cakap, Ayah pun nak join macam ni. Best. Masa first time dulu memang Ibu risau juga, kali kedua ni ok dah. Dah rileks. Huhu besar dah ye abang Ammar.
 
Semangat abang ammar bangun pagi tadi. Dah seminggu pesan kat Ibu - "Ibu cikgu cakap tak payah bawa air, beg atau makanan, semua cikgu dah sedia". Memangla nak oi, RM85 tu Ibu bayar nak pergi rombongan punya pasal. Huhu. Tadi cikgu ada hantar gambar. Hepi ye. Maklumlah rombongan sekolah lunch KFC. Teringat Ibu pergi rombongan dulu - makan nasi lemak je. :P
 
 
 Ce cari mana abang Ammar :)
 
Banyak juga roti abang ammar bawa balik. Kakak amani la makan. Terus peluk abang ammar. Hehe. Peluk bukan sebarang peluk ni, peluk ada sebab no. Hehe.
 
 
P.s: Roti yang strawberi tu sedap la - kena cari ni. Hehe.

@ Audio Parenting Bijak

Thursday, October 9, 2014

LS ternampak testimoni Audio Parenting Bijak di FB. Rata-rata komennya positif. Parenting Bijak ini adalah nukilan Prof. Dr. Rozieta Shaary. Nak pergi seminar tak sempat jadi inilah solution terbaik. Tengah promosi pula tu kan. LS nak imrove parenting skill. Banyak nak kena belajar. Anak dah makin besar maka mehla sesame kumpul ilmu. Insyaallah nanti LS bagi testimoni kat sini ye. :)
 
 

Dari FB Prof:
Assalamualikum dan Salam Sejahtera Semua,

Alhamdulillah, hati Ibu begitu gembira hari ini kerana setelah beberapa bulan Ibu dan tim bertungkus-lumus untuk menyiapkan projek terbaru Ibu ini. Iaitu sebuah Audio Class atau Audio Kit, Parenting Bijak!

Tujuan kami menghasilkan Audio Class ini adalah kerana setiap kali Ibu mengadakan Seminar Parenting Bijak, ramai para ibu dan bapa yang terkilan kerana tidak dapat hadir disebabkan kangkangan masa atau tiada siapa yang hendak menjaga sikecil dan pelbagai sebab lagi.

Selain itu, bagi peserta yang telah menghadiri seminar, mereka sering meminta agar mereka dapat menerima ilmu secara berterusan dan juga 'refresh' segala pembelajaran yang telah mereka perolehi daripada seminar supaya mereka dapat kekal meningkatkan ilmu dan motivasi diri untuk menjadi Ibu dan Bapa yang lebih berwibawa, sekali gus membesarkan anak-anak yang Cemerlang.

Memikirkan bagaimana Ibu dapat memenuhi keperluan-keperluan ini, maka dipermudahkan oleh yang Maha Mengetahui untuk Ibu menghasilkan class audio. Dengan ini, bila anda memilikinya, anda akan dapat melalui dan memperolehi segala ilmu yang ibu kongsikan bersama para alumni program Parenting Bijak di mana jua anda berada.

Selalunya sebuah audio kits berharga di sekitar RM200++ kerana nilai tinggi yang boleh diperolehi secara mudah dan berulang disamping dapat mengikut masa anda sendiri. Namun, Ibu mahu ramai orang mampu memilikinya, oleh itu walaupun nilai ilmu yang dikongsikan di dalam audio class ini melebihi RM1000, anda boleh memilikinya dengan hanya melabur RM67. Ini adalah tawaran istimewa sehingga 31 Oktober 2014.

Ibu sarankan anda klik link dibawah SEGERA
www.parentingbijakmp3.gr8.com


@ Sayang Adik peluk-pelukkan

Wednesday, October 8, 2014

Ammar dan Amani dua-dua suka baby. Ammar ok - sekali sekala dia datang cium dan cak Amina. Kalau minta tolong jaga adik time Ibu pergi toilet/solat/mandi pun boleh harap.
 
 

 Kes teringin nak riba adik
 
Lain pula dengan cik Amani. Sayang adik. Sayang sangat2. Huhu. 24 jam keje nak gomol adik. Nak kiss la peluk la. Sampai budak tu tengah tidur pun boleh jaga. Ibu risau sebab dalam nak kiss n peluk tu bolehla jadi kes tertarik tangan, tertekan perut dan mcm2. Huhu. Takpalah ya, yang penting sayang adik.
 
 
Adik tidur pun dipeluknya
 
Apa pun Alhamdullilah dengan kurniaan 3 penceria rumahtangga ni. Ayah kata boleh satu lagi ni? Ibu kata--erkkkkkkkkk....
 

@ Kepada Peminat Star Wars

Tuesday, October 7, 2014

Be a part of the first ever Star Wars Reads event in Malaysia!
 
Date: Saturday, 11 October 2014
Time: 12.00pm onwards
Venue:Kinokuniya, Level 4, Suria KLCC
 
Hosted by the Star Wars Malaysia Fan Club (SWMFC), Star Wars Reads is a global literacy and reading awareness event that started in 2012 using Star Wars publications as a platform to engage readers of all ages.
Get your children involved and interact with ‘Yoda’ during the book reading session and create a masterpiece of their own while observing a live painting session with award-winning character design artist Tintoy Chuo (creator of Peperangan Bintang Wayang Kulit), There will be book promotions and costumed character appearances too! 

12.00pm                      Fantasy Flight Games (FFG) X-Wing Game Demonstration
1:00pm - 2:00pm         Literary Discussion: Canon vs. Legends
2:00pm (onwards)      Costume Appearances
2:00pm - 3:00pm         Book Reading with “Yoda” 
                                                 -Book Reading for Adults (William Shakespeare’s Star Wars by Ian Doescher)
                                                 -Book Reading for Children (A New Hero by Pablo Hidalgo)

3pm (onwards)            Live Painting with Tintoy Chuo (award-winning artist)

There’s plenty of action for adult fans too, from intense literary discussions on Star Wars canon by fans to a live demonstration of Fantasy Flight Games (FFG) Star Wars X-Wing!


Attendance is absolutely free! Find out more about Star Wars Reads Day at https://www.facebook.com/starwarsmalaysiafc andhttp://www,starwars.com/READS

@ Pemakanan Sihat

Wednesday, October 1, 2014

Ibu memang agak kurang makan makanan sihat. Sayur kurang. Susu tak minum. Sekarang tengah cuba baiki tabiat pemakanan tu sebab bila umur naik ni rasa la badan makin tak kuat. Huhu. Lebih-lebih lepas bersalin hari tu. Jadi sekarang tengah cuba memperbaiki apa yang boleh. Sementara tu meh tolong jawab survey ni - Survey berkenaan eating habits and lifestyle.

https://docs.google.com/forms/d/1vBzuO9I_1FOtpQdWX8yS5snW8WktxjLgoS6XaRCHAS8/viewform

@ Rezeki bulan September

Sunday, September 28, 2014

Alhamdullilah bulan ni Ibu memenangi dua award - daripada I-IdeA dan juga Eureka. Dua-dua ni innovation competition. Bila judge temubual tu, rasa macam Viva pula. Dahla kena judge omputih :). Takpe bagi Ibu semua ni practice supaya lebih berani di masa hadapan. Insyaallah akan Ibu usaha lagi untuk menjadi lebih baik.






@ Share the Softness Campaign

Monday, September 22, 2014



 
Hmm itulah yang Ibu kongsikan di Facebook Kleenex Malaysia sempena kempen Share the Softness. Sebagai pasangan suami isteri, kami telah melalui segala detik, detik indah yang satu dalam sejuta seperti kelahiran anak-anak kami, Ammar, Amani dan Amina - bagaimana Ayah sabar di sisi Ibu sepanjang mengandung hinggalah saat anak-anak kami bernafas di bumi Allah yang indah ini dan bagaimana kami menikmati pembesaran mereka - dari mula senyum sehingga pandai menyanyi :).
 
Kami juga melalui detik sukar bersama - bagaimana Ibu menangis di samping Ayah di saat getir dan bagaimana Ayah beri semangat Ibu berjuang hingga mendapat apa yang Ibu impikan. Terima kasih Ayah. Terima kasih Mukhlis Sapiyan. You are my hero!! #kleenexsoftness
 
 
 Us :)
 
Sertai Kleenex untuk lafazkan touch of softness anda melalui Facebook dan bukan itu sahaja. Anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10000. Selain itu, setiap post di Facebook juga akan membantu dalam menderma kepada OrphanCARE, sebuah organizasi non-profit. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

 
Ketika rakyat Malaysia merayakan penubuhan persekutuan Malaysia 50 tahun lepas, Kleenex® memberikan cara baru kepada rakyat Malaysia sempena menyambut perayaan tersebut, iaitu dengan hanya mengamalkan perlakuan kelembutan melalui kempen “Share the Softness”. Kempen ini bermatlamat untuk mencapai sekurang-kurangnya 10,000 post di antara kalangan rakyat Malaysia yang berniat menjadikan kelembutan sebahagian daripada kehidupan seharian mereka!

Setiap peristiwa, besar dan kecil, boleh dijadikan bermakna dengan sentuhan kelembutan, dan Kleenex® mengingatkan lebih ramai rakyat Malaysia di mana-mana sahaja supaya menjadikan Malaysia tempat yang lebih lembut dengan mengambil waktu seketika untuk menunjukkan kasih sayang kepada orang tersayang dengan meluahkan kata-kata yang manis dan penuh keprihatinan. Dari sekarang sehingga 27 September, jenama ini mempelawa rakyat Malaysia meluahkan keprihatinan dan kasih sayang mereka melalui Facebook dengan tag yang mudah dan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000
Apatah lagi, perlakuan kelembutan ini juga membawa pengertian baru kerana setiap post Facebook menolong menyumbang kepada OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan untung yang menolong bayi-bayi terbiar dan anak-anak yatim mendapat rumah perlindungan dan penjagaan yang sempurna. 
Sama ada sekadar galakan atau dorongan biasa atau pelawaan untuk duduk bersembang, sentuhan kelembutan boleh membuatkan seseorang berasa dihargai. Untuk menyertai, anda cuma perlu ‘Like’ halaman Facebook Kleenex® Malaysia, cari post peraduan “Share The Softness”, dan mula berkongsi kelembutan. Tag pasangan, kawan, ahli keluarga atau jiran anda dalam bahagian komen post peraduan tersebut dan beritahu mereka betapa anda menyayangi mereka. Sertakan juga #kleenexsoftness!

Mesej yang paling menonjolkan kasih sayang akan memenangi Pek Kleenex® Softness eksklusif edisi terhad dan hadiah seperti kamera Polaroid, beg jenama Longchamp, rantai tangan Thomas Sabo dan banyak lagi!

Tidak lupa pada mereka yang kurang bernasib baik, setiap post Share the Softness di Facebook serta setiap pembelian rangkaian produk CSR Kleenex® adalah bersamaan dengan derma sebanyak RM0.50 kepada OrphanCARE; cuma SMS kod unik yang terdapat pada produk Kleenex®.


Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana hendak Berkongsi Kelembutan, kunjungi halaman Facebook Kleenex® (
www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi talian Kimberly-Clark Consumer Care di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop