@ Car Boot Sale Kota Damansara

Sunday, January 26, 2014

Sekarang tiap-tiap hari Ahad pagi ada car boot sale di Kota Damansara. Mula-mula dibuat di area Gulam Mee, tapi dah bertukar ke tempat. Lokasi car boot sale ni bersebelahan dengan Uptown Kota Damansara. Dengarnya sewa tapak hanya RM10. So memang ramai gila orang jual barang.
 
 
 
Pelbagai barang ada - baju, toys, majalah, pinggan mangkuk, set golf - pendek kata macam-macam ada.
 

 
Harga pun murah-murah kena pandai tawar. Ada juga yang mahal - kes orang berniaga. Kalau orang yang nak clear barang tu selalu bawah RM10 boleh dapat. Hasil belian hari ni:
 
 
Printer RM8

 
Sandal Amani RM1
 
Ok la tu. Sebelum ni pernah juga MIL belikan dress Amani dan jaket Ammar hanya RM5 sehelai. Ibu malas sikit nak belek baju. Maklumlah pergi dengan angkatan tentera - huhu - kurang sikit nak bershopping tu. Huhu. Tapi kalau rajin - memang banyak la benda jumpa :P.


Hanya RM45 untuk 2 set
 
 



 

5 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Linda said...

Printer 8 ringgit! Untungnyaaa...;)

Mohd Roshaidi said...

assalammualaikum...akak stay kat kota damansara ke...?sy kdng2 ada tolong kwn2 meniaga kat situ...memang best...bole buat kwn kat situ...plus,sy suka gak beli brng2 di situ...mmng murah2..puas hati...

Yana said...

@Linda - Printer nak buat trade in :)

@Mohd Roshaidi - Ha ah. Area KD. Memang ramai kan datang. Barang pun banyak.

Nazuha said...

Yana, start kol berapa smpai kol berapa? lama tak gi Kota Damansara :)

Yana said...

start 8 lebih dah ada. Habis tgh hari kot. last sekali pgi balik 11 lbih ada lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop