@ Masa Kita

Tuesday, January 21, 2014


Baru-baru ini, Ibu ada jawab satu survey anjuran Friso. Tajuk survey itu ialah “Our Today Moments”. “Our Today Moments” ini merupakan survey berkenaan perjalanan hidup seorang Ibu. Bagaimana Ibu zaman sekarang berjuang membahagikan masa antara kerja dan juga keluarga. Bagaimana sibuknya kita dengan tugas harian seperti sebagai Ibu (hantar anak/mandikan/suap makan/teman bermain), Isteri (masak/urus rumah) dan juga sebagai seorang Pekerja (tak kisah full time or part time). Semua-semua kerja ni membuatkan kita kurang masa berkualiti untuk anak.

Sebagai kesannya, kita selalu rasa tak cukup masa, penat, rasa bersalah (lebih-lebih bila tengok anak tidur), tidak luangkan masa yang cukup dengan anak (balik kerja sibuk itu ini, tengok-tengok dah time tidur – huhu), bergelut dengan kerja yang due nya sentiasa ketat, dan tak lupa juga tanggungjawab kita dengan suami.

“Our Today Moments” merujuk kepada masa yang kita luangkan untuk anak kita, asing daripada masa kerja harian kita, dan hanya fokus untuk hari ini. Objektif utamanya ialah bagaimana kita berusaha untuk pastikan setiap masa bersama anak kita berkualiti – masa yang berkualiti inilah yang diberi nama “Our Today Moments”.

Selepas buat survey tu, Ibu mula realize kita kadang-kadang tak sedar ada benda kita terlepas pandang. Contohnya rupanya Ibu tidak meluangkan masa yang berkualiti secukupnya dengan Ammar dan Amani, walau banyak masa bersama tetapi selalu masa tu merupakan masa seperti masa makan, mandi, main, dan tidur.

Sejak kerja dah jarang Ibu dapat temankan diorang main dan melayan mereka dengan berkualiti. Selalu ends up akan marah-marah anak sebab kita pun penat. Huhu. Tapi yelah, bila kita kat rumah tulah mereka nak bermanja. Macam Ammar, selalu nak suruh Ibu bukakan baju la seluar – padahal dah reti. Bila Ibu penat mula la Ibu marah sebab buka baju pun tak reti. Nanti bila tidur sedih pulak Ibu tengok. Dia cuma nak perhatian Ibu. Huhu.


Berbalik pada survey tadi, hasil survey mendapati bahawa:

 
While the Malaysian mum spends an average of 6 hours 45 minutes with her children in a day; and considers 60% of her time spent with her children as “quality time”, the working mum spends less time and consider a lower portion of her time spent with her children as “quality time”.
 Overall, a working mum spends about 2.5 hours lesser than a non-working mum or housewife with her children, and she considers only half her time with her children as “quality time”.
More than half of the working mums surveyed also feel she does not spend enough time with her children.
The survey shows a higher proportion of working mothers (about half of them) are feeling the tension to balance between work and family, agreeing that
 a. They always don’t have enough time In their daily life/routine
 
b. They have sometimes missed out their children’s development
 
c. They often struggle to juggle between work, housework and the family
 
d. They feel guilty for not spending enough time with their children and they try to fulfil their children’s needs by giving them what they want


                                                                                        

Hmm ini membuatkan Ibu terfikir dan sedar betapa pentingnya masa kita dan anak-anak. Tak kisah betapa sibuknya kita. Ibu dah berikrar mulai tahun baru ni, akan mula luangkan masa berkualiti untuk Ammar dan Amani. Kena lebih banyak mencipta “today” moments supaya anak-anak mempunyai kenangan indah pada masa pembesaran mereka. Contohnya seperti:
 

 

https://lh4.googleusercontent.com/-_nHzZuYybR0/Umc3E7JZqHI/AAAAAAAANtc/JX9kb4iqceY/s288/1382496016037.jpeg

 

Buat aktiviti beriadah bersama di waktu petang

   

http://1.bp.blogspot.com/-xaCIhiwyFEk/UpiowSI_4YI/AAAAAAAAOP8/PMoCKIxX1xg/s400/20131129_164611.jpg


Selalu melakukan aktiviti bersama..Insyaallah


P.s: Untuk maklumat lanjut “Our Today Moments” & survey results layari: https://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether

 

0 kawan BabyIbu berkata-kata..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Widget By Devils Workshop